Thursday 1 July 2010

MLM (Meniaga Larut Malam)

Encik Abu Jimi semasa pelancaran program tersebut

Assalamualaikum,

Lama dah keh tak masuk MLM nih, sila tengok kat tajuk tu, apa maksud sebenar MLM tuh. Nok tak nok terpaksalah diakui maksud yang diatas tu adalah benar.

Dah beberapa hari kawan keh mengajak keh meniaga MLM, keh kata keh tak nok dah, keh dah serik, duit keluar banyak, hasil tak ada, yang pedihnya bila anak-anak keh cakap, "mok nih meniaga MLM, keluar duit banyak, tapi tak juga jadi jutawan". Betul juga kata anok2 keh tu, semenjak keh kenal MLM, banyak dah duit keh keluar untuk pendaftaran, beli barang untuk buat demo, mula2 majulah, tapi sampai sekerat jalan, mati. Jadilah keh meniaga buluh kasap, " Untung tarak, modal lesap." Bukan sekali, malah berkali keh kena macam nih. So serik dah.

Tapi sejak sebulan lalu bila kawan keh perkenalkan MLM yang satu nih, pada mulanya keh buat tak endah juga. Dalam pada itu keh menkaji juga perjalanan programnya. Nampok cantik dan boleh bertahan lama. Dengan itu maka hati keh cairlah juga. Ahad lepas keh pegi perlancaran secara besar-besaran program tersebut sempena Karnival Lipis, yang di resmikan oleh Ketua Pemuda Umno Pahang En Abu Jimi, dan terus je daftar sebagai ahli.

Pada penelitian keh bagus juga program ni untuk sesiapa yang ingin mencari pendapatan tambahan, kerana dia berkonsepkan " Membeli Dapat Duit" bukan "Membeli Habis Duit" atau "Menjual Baru Dapat Duit". Yang paling baiknya tak perlu hangkut barang kehulu kehilir untuk dijual, dan tak perlu maintain belian. ( Maaf iklan sikit, tapi serious, baik untuk sesiapa yang ingin mencari pendapatan tambahan).

Sebagai langkah pertama malam tadi keh cuba kumpulkan kawan2 keh dalam sepuluh orang untuk dengar penerangan tentang program tersebut. Hajat hati tu nak buat secara kecil-kecilan aja, tempat keh ni pun taklah berapa besar sangat, tapi kepada mereka yang keh jemput tu keh berpesan juga tolong bawak kawan2 sekali. Hasilnya bila sampai pukul 9.00 malam seperti yang dijanjikan seorang pun tak datang lagi. Keh pun rasa amat terharu. Penceramah pun dah telef0n banyak kali, keh cuma mampu bagi tau, harap bersabar mereka akan datang sebentar lagi......

Tepat jam 9.15, seorang muncul, lega sikit hati keh, dituruti peserta kedua bersama rakannya, seterusnya beberapa orang lagi, sehingga sepuluh orang datang, kami pun memulakan penerangan. Apa yang paling memeranjatkan keh, selepas pukul sepuluh malam, ramai lagi yang datang menjadikan bilangan yang datang hampir 40 orang, sehingga tempat keh ni dah bersesak2. Memang benar MLM ini adalah Meniaga Larut Malam, kerana orang yang berniaga MLM lebih cenderung berurusan bila malam dah larut.

Hasil yang keh dapati 3 orang sign up on the spot, satu pagi tadi, yang lain2 coming soon....Alhamdulillah, cerah masa depan....

Nota, kepada sesapa nok tahu tentang MLM nih sila hubungi keh melalui comment blog nih..

Sekian Wassalam,

12 comments:

  1. berminat gek koi nak tau..bisnes mende?

    ReplyDelete
  2. koi bukan tak sokong orang rumah buat mlm, ketnya koi kat rumoh pon mlm juga (menunggu lewat malammmmmm)

    ReplyDelete
  3. Salam bertandang lagi..
    moga hari ini lebih baik
    dari semalam..
    doa dari koi dalam apa
    bidang dan perniagaan
    yang aok ceburi..moga
    berjaya...

    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  4. MLM- Menyokong Lebih Mesra. Selamat berjaya juga kawan doakan.

    ReplyDelete
  5. salam,

    moga jadi jutawan MLM nanti..

    ReplyDelete
  6. biasa nya meniaga lewat malam ni di uptown kajang atau kat wakaf che yeh kelantan.

    ReplyDelete
  7. keh mendoakan kejayaan...:)
    teruskan mencuba, manalah tau rezeki masing2

    ReplyDelete
  8. kali ini awak buat sungguh2. jangan buat sekerat jalan macam dulu. kalau jalan sekerat, tak sampai ke mana. kan ?

    dalam pada itu saya doakan awak beroleh kejayaan.

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya mak. boleh la komeh dan cucu2 menumpang nanti. :)

    ReplyDelete
  10. MLM..membawa maksud Menoreh larut malam ''..untk dapatkan susu yang banyak..

    ReplyDelete
  11. MLM hok kali neh lebih serasi kot dengan kak.. semoga berjaya..nak tahu jugak, company apa?

    ReplyDelete
  12. Semoga berjaya dan buat sungguh-sungguh

    ReplyDelete