Wednesday 1 September 2010

Mencari Malam Al-Qadar,

Assalamualaikum,

10 malam terakhir dibulan Ramadhan telah berlalu 2 malam, malam ini adalah malam ke 3, iaitu malam ke 23 dibulan Ramadhan. 10 malam terakhir dibulan Ramadhan adalah malam yang paling dinanti2kan oleh umat Muhammad kerana diantara malam itulah kita akan berpeluang mendapat malam Al-Qadar, dimana setiap ibadah yang di laksanakan pada malam itu pahalanya digandakan seolah-olah kita telah beribadah selama 1,000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun. menjadikan kita seolah2 menghabiskan seluruh hidup dan usia kita untuk beribadah. Bayangkan jika kita hidup hanya 70 tahun, sedangkan ibadah yang kita dapat untuk 83 tahun.

Bagi mencari malam2 yang berkemunkinan sebagai malam Al-Qadar maka kalangan ulama' ada menyatakan bahawa al-Qadar diturunkan pada malam2 yang ganjil, iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dibulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan dan ada juga ditemui pada malam 23. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya dia bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Kesimpulannya malam LailatulQadar itu berpindah dari satu tahun kesatu tahun yang lain didalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah disepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. ( Petikan dari Risalah Ramadhan Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis )

Kesimpulannya marilah kita sama2 meningkatkan ibadah dan amalan kita di10 malam terakhir ini, cuma tinggal 8 malam saja lagi, 2 sudah berlalu. Diantara ibadah mudah yang boleh kita lakukan, membaca alQuran, bertasbih dan bertahmid, beristghfar, berselawat keatas nabi, lakukan sentiasa kerana lailatulqadar turunnya tidak lama. Beruntunglah kita yang dapat menbaca walau sepotong Bismillah pun diwaktu Lailatulqadar turun. Lakukan dengan hati yang sangat ingin bertemu, semuga Allah menemukannya.

Cara Kita menghadapi 10 Malam Terakhir Dibulan Ramadhan.

1. Tidur dirumah, malas dah nak ke masjid kerana terlalu penat, setelah hampir sebulan menunaikan Terawih, masjid lengang bermula malam 21 Ramadhan.

2. Sibuk mengemas rumah, menghias, mengecat untuk persiapan Hari Raya.

3. Sibuk bakar kuih Raya untuk dihidangkan kepada tetamu kelak.

4. Last minit jahit langsir atau baju anak.

Memanglah, itu tanggungjawab kita demi memastikan Hari raya dapat diraikan dengan penuh meriah, tapi disamping tangan kita yang sibuk membuat kerja, mulut kita masih boleh mengucapkan tasbih dan tahmid, masih boleh mmengalunkan ayat2 alQuran yang kita hafal. Semuga kita bersedia mulai malam ini. InsyaAllah.

Perkongsian ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa juga yang sudi menerimanya.

Sekian, Selamat Menggandakan Ibadah. Wassalam

12 comments:

  1. sesambil buat kuih pun boleh berzikir. tak salah. moga2 bertemu. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Selawat bebanyak, tidak letih badan..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pesan memesan kearah kebaikan.. sebab kome nie mudah ngat leka.. :(

    ReplyDelete
  4. salam kak, sy tgk sorang ustaz ckp kat tv psl mlm Lailatul Qadar, katanya tahun ni ikut ramalan alim ulama, malam 29.. Allahualam.

    ReplyDelete
  5. saya suka guna analogi : peserta2 lumba lari 100 meter, akan menguatkan larian mereka apabila menghampiri garis penamat supaya mereka boleh menjadi pemenang no. 1. serupa lah juga dengan Ramadan. di penghujungnya ini kita mestilah gandakan amal ibadah kerana belum tentu kita akan bertemu lagi Ramadan pada tahun hadapan.

    emmm kami mencari lailatul qadar, tapi menjumpai lailatul kamdar. kami mencari lailatul qadar tapi kami menjumpai lailatul nasi kandar, kami mencari lailatul qadar, tapi kami tetap jumpa lailatul cadar

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah. Moga tak sia-sia amalan Syaaban hingga Ramadhan,

    ReplyDelete
  7. salam LL..insyaallah..semoga kita dirahmati allah..dimalam2 yang mulia ini..

    ReplyDelete
  8. salam,
    terima kasih bebanyok atas peringatan. koi la antara yg culas ngat ter... :(

    ************************************************

    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

    3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

    4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

    5. Berhati-hati di jalanraya.

    ReplyDelete
  9. Salam...

    selamat menyambut raya rodong.....maaf andai ade koi tersilap nulis ulasan kat blog aok ni yak...

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari raya. Maaf zahir batin

    ReplyDelete