Tuesday, 31 August 2010

Apakah Kita dah Letih

Assalamualaikum,

Setelah genap 53 tiga tahun, apakah jiwa patriotikkita sudah menipis atau kita sudah terlalu letih untuk mengibarkan Jalur Gemilang dimana2 saja bagi memeriahkan sambutan hari merdeka ini. Tahun ini sambutan Hari Merdeka terasa hambar, bermula dengan kurangnya pengibaran Jalur Gemilang di permis2 perniagaan, dirumah2 malah di jabatan2 kerajaan juga. Diikuti dengan tiadanya perarakan secara besar-besaran, munkin kerana bulan Puasa. Tapi yang nyatanya sambutannya terasa amat hambar.

Beberapa tahun yang lepas, apabila tiba 15 Ogos, kebanyakan pemilik kenderaan akan memacakkan bendera dibumbung kereta mereka, tapi tahun ini boleh dibilang dengan jari kereta yang ada memacakkan bendera dibumbungnya dan menyelimutkan bonet hadapannya dengan bendera.

Yang paling sedih di Indonesia pulak, Jalur Gemilang diinjak2 tanpa ada rasa hormat langsung terhadap negara kita yang bukan sedikit budi dan baktinya terhadap warga mereka disini. Apakah agaknya akan jadi beberapa tahun lagi, setiap 31 ogos, apakah ianya akan semakin hambar, atau akan terus dilupakan tarikh itu?

Renung2kanlah.

Sekian, Selamat Berpuasa.


22 comments:

  1. koi pasang bendera sepanjang tahun tak kira hari dahhh

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa, selamat menyambut kemerdekaan

    ReplyDelete
  3. terasa sgt sedih bila baca dan tgk gambar tentang jalur gemilang kita dibakar.tp kita xboleh cepat melatah dan berkelakuan bodoh mcm org2 yg biadap membakar bendera tu.kuatkan jati diri kita,bersatu padu sesama kita.itu yg paling penting.

    ReplyDelete
  4. memang betullah..tak meriah..biasa tengok banyak kereta² memasang bendera..kenapa ye?

    ReplyDelete
  5. salam weiii..
    koi rasa tak hambar
    cuma bulan posa dema
    tak mahu menunjuk
    berlebih la pulok..
    koi ande juga kibar
    bendera di kereta dan
    rumah koi..he he

    ReplyDelete
  6. Suspen juga nak tengok iklim sambutan kemerdekaan tahun2 depan

    ReplyDelete
  7. salam,

    tahun ni jalur gemilang nangis pasal ada orang tak hargai dan sakiti dia hehe..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, cemomoi,

    Bagus aok, betul2 menghormati bendera, dan menghargai kemerdekaan, dan sayang Negara..tahniah..

    ReplyDelete
  9. salam.

    kat negara kita juga ada orang bernama "Namewee" yang nampaknya kebal dari sebarang tindakan !

    ReplyDelete
  10. Salam ..selamat menyambut kemerdekaan ..berpuasa dan berhari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, endiem,

    Sama2lah kita, selamat berpuasa, selamat berbuka..lambat lagi hehehe...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, Anis,

    Mereka tu ikutkan baran hati aja, pada hal banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih aman untuk diaambil..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, cikgu naman,

    semua orang letih kut, bulan puasa, walau bagaimanapun Merdeka tetap merdeka..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, En Zul,

    Bageh aok, semangat petriotik kuat,
    memang yee sebab bulan puasa ni tak noklah excited sangat yee, takut menganggu puasa..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,Kak Aida,

    InsyaAllah tahun depan Meriahh...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, Penjejak Maya,

    Kesian dia..mari kita selamatkan..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, Tuan Haji,

    Dia ni memang kebal, apa ilmu sia pakai tak tau,

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, En Relevan,

    Omboih aok, semangat kebangsaan bete, tahniah tahniah..

    ReplyDelete
  19. ssalamualaikum, En Yassin,

    Raya lapan hari lagi weh, jangan cepat sangat selamatnya nanti basi plak...banyok buat kuih dah orang rumaoh en Yassin, boleh kome berziarah raya esok, balik kampong ke?

    ReplyDelete
  20. tahun depan lagi letih kak. raya pertama jatuh 30 ogos, hari merdeka pada raya kedua. mana nak ngibar bendera lagi, mana nak melayan org datang beraya lagi

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, En Hisyam,

    Nampak gaya kena tunggu 2 tahun lagilah baru kita larat mengibar bendera hehehe...

    ReplyDelete