Assalamualaikum.
Rodong2 yang selalu dekat dihati keh. Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada semuanya. Semuga Ibadah kita ini walau sekecil mana pun akan ditimbangkan oleh Allah untuk mendapat ganjaran yang baik di Akhirat kelak.
Amboih lama bete keh tak menjenguk blog keh ini, dah bersawang nampaknya,apa lagi untuk menjenguk blog rodong2 semua. Mintok maaf lah, nak katakan keh sibuk taklah sibuk sangat, tapi mood untuk berblog tuh hilang seketika, almaklumlah niat nok memperbetulkan dan memperelokkan ibadah itulah yang paling keh utamakan dalam bulan mulia ini. Begitu juga harap2nya kepada rodong2 semua. Keh mintok maaflah kerana tak melawat dema, dah seminggu lebih rupanya. Disamping itu keh nok ucapkan terima kasih juga kepada rodong2 yang masih menjenguk blog keh walaupun tak ada hidangan yang baru. Kesetiaan rodong2 keh sangat2 hargai dalam mengeratkan lagi sillaturahim dialam maya ini.hari ini rupanya dah seminggu atau 7 hari dah kita berpuasa. Tanpa disedari
masa berlalu begitu pantas sekali. Sebut tentang nak mengutip sebanyak munkin pahala dibulan barakah ini, memang banyak sangat yang kita boleh buat baik sewaktu bekerja maupun sewaktu dirumah dikala berehat bersama keluarga. Selain dari perkara wajib, banyak perkara2 sunat yang jarang2 dapat kita lakukan sewaktu bukan bulan puasa boleh kita lakukan dibulan puasa ini. Contohnya membaca beberapa potong ayat Al-Quran selepas solat Zohor kerana kalau bukan bulan puasa masa solat kita menjadi pendek kerana berebut nak makan tengahari.Satu lagi bila buat makan petang lebihkan sedikit untuk dikongsi2kan dengan jiran yang terdekat, Amalan ini disamping dapat bersedekah dapat juga mengeratkan persahabatan sesama jiran. Disamping melakukan solat tarawih, lakukan juga solat sunat Tahajud setiap malam sepanjang bulan Ramadhan ini bagi meningkatkan lagi pahala kita disamping berdoa supaya diperkenankan segala doa kita kerana bulan Ramadhan ini setiap doa orang yang meminta dengan ikhlas begitu mudah diperkenan oleh Allah SWT. Semuga kita juga diantara orang2 yang diperkenankan doanya dengan mudah.
Kalau dah melakukan segala yang wajib dan sunat, jangan lupa juga meninggalkan segala yang haram dan makruh dan berusahalah untuk menghindarikan diri dari melakukan segala macam perkara yang kurang baik yang kadang2 tu memang menjadi kebiasaan kita seharian. Contoh diantaranya kurangkan bercakap banyakkan berzikir, kurangkan memandang perkara2 yang boleh menimbulkan keinginan, kurangkan berjalan tanpa tujuan2 tertentu.
Ingatan ini sebenarnya untuk diri keh sendiri, tapi kalau ada yang sudi mengambil iktibar keh amat2 menghargainya.
Sekian, Wassalam.
Jgn riso.. koi selalu dtg sapu sawang kat blog aok... hehhehe
ReplyDeleteA'ah..kwn dengan Echam tu sama sama sapu sawang kat blog aok ni..kome guna Vacum lagi..
ReplyDeleteSelamat berpuasa yer aok..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteEchan dengan EN Relevan, terima kasih bebanyok sebab menyapu sawang di blog keh ini, semuga Allah memberi ganjaran untuk kebaikan deme berdua, Selamat berpuasa juga untuk deme berdua..
udah update pun...nice n3
ReplyDeletepost yang baik ni pon dapat pahala
ReplyDeleteSelamat Berpuasa
ReplyDeleteselamat berpuase weh....
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewahh betul..lama aok menghilang yek?
molek lah tu..lebih san utamakan yang
penting..selamat beramal di bulan mulia
penuh pengampunan dari Allah ini..jazakallah..
Salam ramadhan almubarak selamat berpuasa.. jangan biar het blog bersawang esok kawan bimbang akaun tak aktif abis hilang semua :(
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteselamat berpuasa kak =)