Thursday, 31 March 2011

Akibat Sering Berpindah Randah

Assalamualaikum,

Laa, tak abis lagi cerita pasal pindah rumah. Memang pun. Bermula bulan 10 2010 tahun lalu keh berpindah rumah, tu kerumah sementara je diberi tumpang oleh kawan. Rumah sepatut keh pindah baru je siap repair ujung bulan 2 2011 lalu.

Tapi bila dah siap bayar deposit, api plak bermasaalah. terpaksa tunggu lagi. sambil tu pindah jugalah sikit2 barang. Boleh dikatakan sepanjang bulan 3 ni hampir setiap hari memindah barang. badan pun dah rasa sakit2 dan lemah longlai.

Diam tak diam rupa2nya banyak juga barang2 keh ni. Selasa lepas kemuncaknya, keh dua beranak memerah tenaga memindahkan barang besar dan kecil, masaalah air dan api pun dah setel. Alhamdulillah gembira rasa hati duduk rumah baru. Selesa sikit, walau pun penat, tidur malam lenalah sikit. tak perlu lagi banyak memikirkan perkara yang belum selesai


Sehingga semalam peti ais ni masih lagi macam ini
kosong dan belum siap dicuci.

Barang2 masih lagi berlonggok-longgok merata tepi dinding.
tak larat dah weh rasanya. Sebulan-bulan tanpa rehat.
Dua tiga hari ni nak rehat dulu lah.

Tapi laa, ada orang tempah bahulu laa plak.
Tak pelah, malam ni buat bahulu dulu.
Duit Masyuk tu. Alhamdulillah.

Ada yang nak tempah baulu bolehlah.
Minimum tempahan 100 biji. Harga RM 26.
Tambah belanja pos Rm7.00.

Sekian Dulu, Wassalam.

Tuesday, 29 March 2011

DariNya Kita Datang KepadaNya Kita Kembali.

Assalamualaikum,

Al Fatihah buat Allahyarhamah Kak Norzan binti Mohd Noor
yang telah kembali kerahmatullah pagi semalan. Semuga
rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang2
yang beriman.

Kepada anak2 beliau terutamanya Hasbi dan Amat yang
terlalu rapat dengan saya, diucapkan takziah dan
banyak2kan bersabar, walaupun anda berdua dah jadi
yatim piatu, janganlah merasa rendah hati, abang2 dan
kakak2 masih ada, insyaAllah kami semua juga tidak akan
membiarkan anda sendirian.

Semalam pergi ziarah jenazah Allahyarhamah, sedih
teramat rasa hati, ini hari dia, dan pemergiannya
secara mengejut, terbayang pula hari kita yang bakal
tiba, entah macam mana pula corak dan gayanya.

Semuga Allah memberi kita rahmatnya, dan
dipanggilnya kita dalam keadaan yang terbaik
serta dalam redanya. Amin.

Wassalam.

Friday, 25 March 2011

Koleksi Mini

Assalamualaikum,

Tak taulah bila saya memulakan hobi yang unik ini;
tau-tau aja dah banyak barang2 kecik atas lemari kat
belakang saya nih. Mempunyai hobi ni menyeronokkan
sebenarnya, tak kiralah hobi apa pun, pelihara kucing ke,
tanam sayur ke (dapat hasil), mengumpul barang antik ke,
barang kecik macam saya ni ke, mengait, menekat, semua
nya merupakan hobi yang baik. setidak-tidaknya kalau
terasa boring, tak ada mood, atau tengah marah ke,
pandang barang2 yang kita jadikan koleksi
secara tiba-tiba aja hati akan menjadi
senang dan tenang.
Apa lagi kalau hobi
yang boleh
dapat
hasil
yang
lumayan
yang boleh dijadikan
pendapatan sampingan.

Diantara koleksi yang dah lama tersimpan.


Yang dua ni dari Sarawak.

Tulip putih dalam pasu kayu

Yang ini pun kecik je. Tapi cantik.

Sekian Wassalam.

Wednesday, 23 March 2011

Cinta Hassan Pakistan Bernilai RM300,000

Assalamualaikum,

Alahai, baru aja saya buat entry kat bawah tu mengenai penipuan melalui internet, buka Harian Metro hari ini ada lagi orang kena tipu akibat bercinta diinternet melalui laman sosial.

Kes pertama, seorang wanita dari Pantai Timur ditipu oleh orang Malaysia juga melalui laman sosial Twitter, yang mengaku kerabat diraja yang mempunyai harta kekayaan yang bernilai berjuta-juta. Baru sekali berjumpa wanita yang dah mabuk cinta dan rindu kekayaan tu pun dah buat keputusan nak bertunang lanang ( tak siasat2 dulu ). Dalam pada mengaku seorang jutawan tu, boleh pulak dia minta duit dan barang kemas yang bernilai RM 50.000 dari wanita itu. Dan paling tak menasabahnya, ada ke wanita tu boleh percaya dan menyerahkan duit dan barang kemasnya kepada seorang jutawan. Akhirnya awak juga yang gigit jari bila lelaki tersebut hilang tanpa dapat dikesan setelah mendapat habuannya sebanyak RM50,000. Akhirnya awak dapat malu dan majlis pertunangan terpaksa dibatalkan.

Kes kedua , seorang wanita dari Pulau Pinang, berkenalan dengan seorang lelaki dari Atlanta Amerika, yang mengaku beragama Islam, kuat beribadat, kaya dan raya. Hanya dengan bertukar-tukar gambar yang berukuran pasport saja wanita dari Pulau Pinang itu bolah percaya kepada lelaki yang mengaku bernama Hassan itu. Lalu dia menerima lamaran Hasan untuk menjadi suaminya, ( Hassan 50, tahun, wanita tersebut 49) Apakah faktur usia dan kaya raya yang menyebabkan dia tak sabar2 nak kawin. Akhirnya dia kehilangan RM 300,000 yang dihantar kepada Hassan berperingkat-peringkat dengan mengeluarkan wang simpanannya, pinjam dengan keluarga. Akhirnya Hassan mengaku dirinya dah mati setelah mendapat habuannya.

Moralnya : Kalau nak cari suami carilah orang yang betul2 kita kenal, dirinya, keluarganya, pekerjaannya ( kalau boleh pastikan sendiri tempat dia bekerja) akhlaknya dan pergaulannya.

Jangan mudah memberikan wang kepada lelaki walaupun dia bakal tunang atau suami kita. Tugas dan tanggungjawab mengeluarkan duit adalah tanggungjawab lelaki. Walaupun dia merayu dan meminta tolong, lebih lagi kepada orang yag kita tidak kenal.

Jangan bermimpi untuk mendapatkan suami dari laman sembang, laman sosial atau laman cari jodoh dalam internet atau telefon bimbit, semua itu hanyalah palsu belaka, semua itu untuk keuntungan pihak2 yang mengambil kesempatan dari kelalaian kita.

Jangan bagi nombor telefon atau email kita kepada rakan2 dari laman sembang, kalau kita tidak benar2 mengenali kita, kerana ini lebih memudahkan mereka menjalankaan kegiatan atau modus operandi mereka.

Akhir sekali jangan habiskan banyak sangat masa didepan komputer layan laman sembang, chat dan sebagainya kerana ini akan melemahkan daya fikir yang waras kita dan akibatnya kita mudah termakan pujukan dan akhirnya terpedaya.


Sekian, Wassalam.

Tuesday, 22 March 2011

Yahoooo....Aku Kayap.....

Assalamualaikum,

Tengoklah, betapa pandai mereka merompak duit kita.
Lihat sajalah email yang baru saya terima sebentar tadi
Saya semak dekat western Union, memang satausnya
Pickup.

Bila puloklah keh memickupnya.
Tak boleh bior ke deme nih.
nanti ada orang yang tertipu
lagi.

How are you doing today?

I write to inform you that we have already sent you $5000.00 US Dollars through Western union as we have been given the mandate to transfer your full benefited sum of $100,000.00USD starting from 03/02/2011 to the 28-04-2011 via our office here (Western Union) by the United nations in conjunction with the Nigeria Government as a compensation to those who have victim of scam mails from Nigeria. I called to give you the information through phone due to the high rate of internet scams on net. but I cannot reach you yesterday even this morning. So, I decided to email you the MTCN and sender name so that can pick up this $5000.00 USD to enable us send another $5000.00USD by tomorrow as you knows we will be sending you only $5000.00USD per day.

The money is available for pick up but when track will show pickup and cannot be cash due to security reasons, which was deposited for transfer to you by one Mr. Victor Perez from United nations in conjunction with the Nigeria Government as a compensation payment of all scam victim, the money is available, for pick up by receiver (you) but you can not be pay the money due to its restriction from our head office in UK, which was a security measure because the money has been in the air for 18 days now and maybe in danger, hence the MTCN has to be reactivated to enable you cash out the money in any western union office in your area, the reactivation of the MTCN will cost you a token of $185 US Dollars, once this is paid, our head office will release the fund on hold to enable you cash it. To be sure of this is real please log on to www.westernunion.com and click on track to check the status of the money.

MTCN: 3124746354
Sender's Fist name: Merete
Sender's Last Name: Kristensen
Question:When
Answer: Now
Amount: $5000.00USD

Berhati-hatilah dengan email sebegini, Masih ramai lagi rakyat Malaysia ini yang tertipu dengan email sebegini.


Wassalam.

Keputusan SPM 2010 DiUmumkan Esok

Assalamualaikum,

Keputusan pepereksaan SPM bagi tahun 2010 akan diumumkan esok. Semua calun2 yang tunggu keputusan esok nampaknya berdebar-debar dan tak sabar. Student keh yang enam orang tu pun nampak gayanya excited sangat dah. Siap minta cuti esok untuk meraikan kejayaan mereka (bagi yang berjaya, mintak2 semua berjaya dengan cemerlanglah.

Keh sendiri tengah berdebar juga nih, adik, anak keh yang bungsu tu pun akan pergi mengambil keputusan juga esok. Nampak gaya dia relex dan enjoy aja, maknya pulak yang berdebar-debar dan tak tentu rasa. Untuk adik mak doakan adik berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang sesuai dengan apa yang diusahakan.

Untuk semua anak-anak yang mengambil keputusan esok, keh pun turut mendoakan kejayaan mereka. Bagi yang kurang cemerlang dan tidak berjaya jangan putus asa, cuba lagi. Kalau dah malas mencuba, masih banyak ruang dan peluang untuk anak-anak semua ceburi dan terokai dipelbagai bidang. Pilihan ditangan anda. Semuga barjaya.

Wassalam.

Tuesday, 15 March 2011

Selamat Pengantin Baru Ija dan Suami.



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, majlis kawin anak akak dah pun selesai, penat pun dah
hilang. Hari ini dah mula kerja, walaupun semalam sepatutnya cuti tapi
terpaksa datang juga kerana terlupa nak bagi tau 2 student, mereka
datang juga. Kesian kat mereka. Tapi tak apalah, bukan penat sangat,
walaupun keh merupakan tuan rumah kedua mengendalikan kenduri
tersebut. Oleh kerana itu juga keh banyak terlepas peluang untuk
mengambil gambar2 yang menarik. Cuma yang ada ini ajalah yang
termampu keh snap.
Acara berinai, pengantin perempuan sedang diinai kaki.


Kumprinx dan wife dan abang pengantin tak ketinggalan,
sibuk menghias bilik pengantin.


Pengantin lelaki menyerahkan duit mas kawin, beserta iringan
sebentuk cincin dan seutas rantai tangan selepas upacara
akad nikah.


Pengantin bersanding selepas akad nikah.


Pengantin dengan Ibu dan Bapa, akak dan abang ipar keh.


Ini aja gambar yang keh sempat bergambar dengan akak dan
abang2 penganting.

Selamat Pengantin Baru, Semuga Kekal Sepanjang Hayat.

Sekian Wassalam.

Wednesday, 9 March 2011

Trip To Raub.


Assalamualaikum,

Apa khabar rakan2 blogger hari ni? saya? penat sikit ni, baru je balik dari Raub. Buat apa pergi Raub? Pergi JPJ, bayar saman, hehe, nasib baik masa untuk bayar saman berdiskaun dilanjutkan sampai esok, kalau tidak rasanya terpaksa tunggu undangan mahkamah ajalah supaya dapat diskaun sikit seperti yang dinasihatkan oleh pegawai JPJ masa saya telefon minggu lepas. Tapi tulah takut pulak surat undangan tak sampai macam yang hari tu, tau2 aja bila nak baharui lesen dah black list. Sempat jugalah dua tahun memandu tak berlesen. Alhamdulillah hari ini semuanya dah beres, lesen pun dah boleh diperbaharui. barulah yakin sikit nak memandu.

Ops, ni gambar kat mana pulak. Panjang ceritanya, dan pastinya akan saya ceritakan satu persatu. Sampai Raub dalam pukul 9.00 pagi tadi ada kawan jemput. Ingatkan dia seorang saja, rupa2nya dia bersama suaminya, terlanjur nak hantar suaminya mengajar di Rumah Sejahtera, Perkampungan Ibadah, Jalan Cheroh Raub.

Lepas hantar suami dia baru kami ke JPJ Raub. Tak ramai dah orang datang untuk bayar saman hari ni, munkin semuanya dah bayar sebelum tempuh pertama tamat. Cuma saya seorang saja yang terlewat agaknya. Dalam masa tak sampai 15 minit urusan bayar saman dan membaharu lesen saya selesai. Alhamdulillah.


Lepas tu kami kembali semula ke Rumah Sejahtera untuk ambil Ustaz suami kawan saya. Terlanjur masa masih awal ( dua kali datang, dua kali bergambar )kami ambil kesempatan bertemu dengan Pengawas rumah tersebut Cik Norzawani binti Nordin. Menurut beliau, rumah tersebut yang dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Raub mempunyai 17 orang penghuni warga tua yang terdiri dari lima orang perempuan dan 12 orang lelaki. Beliau juga berharap ada pihak yang sudi mengadakan aktiviti bersama penghuni Rumah tersebut, bagi memberi semangat kepada penghuni2 yang rata2nya warga emas tapi kebanyakannya masih boleh melakukan aktiviti.

Cik Norzawani, muda lagi orangnya, baru beberapa
bulan berkhidmat diRumah Sejahtera.


Imam Abdul Razak( orang Tanjung Besar ) Imam Masjid Raub,
dan Guru Agama rumah tersebut bersamanya Isterinya.

Deretan rumah sederhana, sesuai untuk warga tua
yang memerlukan perlindungan. Rasa damai pulak
bila berada disini. ( munkinkah perjalanan hidup saya
juga akan berakhir disini, harap2 tidaklah )



Pak Mat adalah seorang penghuni yang sempat diambil
gambarnya.Beliau cacat penglihatan. Telah tinggal
disini selama 3 tahun.



Ini mak Yam yang tiba2 datang memeluk saya, beliau berasal
dari kampung Lubuk Kulit Kuala Lipis.
Satu yang amat terkesan dihati saya bila membuat lawatan kesini, bagaimanakah kesudahan kehidupan kita apabila kita seusia mereka nanti kerana ada sesetengah penghuni disini yang mempunyai ramai anak yang mampu menjaga mereka tetapi mereka tetap tercampak kesini dalam keadaan daif, sebatang kara, jauh dari anak cucu yang sepatutnya menceriakan kehidupan hari-hari terakhir mereka. Wallahualam,

Sekian, Wassalam.



Tuesday, 8 March 2011

Selamat Hari Wanita.

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari istimewa buat kaum wanita semua kerana hari ini adalah Hari Wanita. Kepada kaum wanita selamat merayakan Hari Wanita. Diperingkat global hari ini merupakan perayaan hari wanita yang ke 100. Tahniah buat kaum wanita semua yang semakin maju dah berjaya setanding dengan kaum lelaki. Dalam apa bidang sekali pun, dimana ada lelaki disitu juga ada wanita yang mencipta kejayaan. Yang pentingnya wanita tidak lagi di pinggirkan dalam apa jua bidang, dan kebolehan mereka juga diiktiraf setanding dengan lelaki. Selamat Maju Jaya Kaum Wanita Semua.

Sekian Wassalam.


Sunday, 6 March 2011

Terpaksa Makan Ubat Piriton.

Assalamualaikum,

Tah mengapa malam tadi rasa macam aktif sangat minda nih.
Macam-macam kerja nak buat rasanya. Bermula dengan
menggunting kain langsir bilik pengantin anak akak, bila dah siap
gunting baru perasan terlupa plak beli benang yang sama kaler.
Terpaksa tangguh dulu jahit langsir.

Pas tu ambil plak baju kurung keh sendiri yang dah siap jahit,
tinggal nak klim aja, ingat nak siapkan mengelim. Tapi bila dah
siap klim sebelah tangan dan lehir, tengok jam dah pukul 12.00
tengah malam, keh pun bersiap2 nak tido. Bila letak kepala ke bantal
dan baru nak terlelap, dengar pulak adik buka pintu,
segar semula mata.

Dengar adik ketuk pintu nak masuk. Keh pun suruh
dia masuk. Bertuah punya adik dia bawak ais krim
kegemaran keh plak. Mulanya keh tolak bila adik berikan
pada keh tapi rasa macam terliurlah plak. Keh pun
makanlah sikit. Ish sedak plak makan ais krim memalam
buta nih. Keh pun apa lagi makanlah sampai separuh.
selebihnya bagi adik.

Tapi tah macam mana rasa nak lagi. Gila betul, makan
ais krim tengah malam. Adik kata dalam peti ais ada
lagi satu. Tanpa berlengah keh buka peti,
ambil aiskrim buka bungkusannya dan makan sampai
separuh lagi. Lebihnya bagi adik lagi. Tak larat dah.

Sedak sangat makan aiskrim tengah malam buta, akibatnya
mata keh tak nak lelap. Jam dah pukul 1.20 tapi mata
masih segar. keh cuba membaca buku, biasanya mata
akan terus mengantuk kalau baca buku, tapi sampai 2.30
pagi, jangan kata mata nak rasa mengantuk,
malah jadi semakin cerah. Apa dah jadi nih, tengkuk dah
rasa sakit2, silap2 karang naik darah tinggi. pukul 3.10
minit pagi, mata masih cerah lagi, langsung tak ada rasa
mengantuk. Rasanya kalau di biarkan sampai ke subuh
tak tidur nih. Dalam hati dah berkarang, apa nak dimakan
untuk jadikan mata mengantuk ni.

Tak kan nak makan ubet darah tinggi yang tak pernah
hayat keh makan tu, silap2 karang tercacak biji mata.
Dalam berkira2 keh teringat ada satu ubat gatal dan
selsema yang keh ambil di hospital dua minggu yang
lepas. Ubat tu memang sentiasa dalam dompet keh.
Apa lagi keh pu korek dompet, terjumpalah ubat ini.

Tepat sekali seperti yang keh inginkan. Harap2 lepas ni
bolehlah tido. Tanpa berlengah, keh ambil sebiji, terus telan.
Waktu itu dah pukul 3.30 pagi. Tah bila keh mula terlelap,
tak pastilah. Pagi tadi bila tersedar tengok jam dah
pukul 07.05 pagi. Terlepas Subuh.

Jangan dibuat dah makan2 tengah malam nih. Bukan
aiskrim saja, termasuk makanan2 lain juga.

Sekian Dulu,
Wassalam.

Thursday, 3 March 2011

Terpaksa.

Assalamualaikum,

Nampak gayanya terpaksa juga saya mendelete beberapa
gadget dekat side bar sebelah kanan dan kesemua
gadget di side bar sebelah kiri. Ini aja cara untuk
menyelamatkan blog ini daritidak dapat dimasuki
dan dan melakukan sebarang pengubahsuaian
oleh tuan punyanya sendiri. Apa boleh buat, dah ok sikit
esok,masukkanlah semula apa yang telah didelete
itu. Minta maaf kepada semua kerana terpaksa
mendelete link2 dan award2 daripada kawan2.

Sekian dulu.
Wassalam.

Tolong Bagi Maklum Balas

Assalamualaikum,

Saya menghadapi masaalah nak buka
blog saya ni, buka boleh tapi
cuma posting sahaja yang keluar,
Sidebar yang kat tepi kiri kanan tu
semuanya tak keluar.

Kepada rodong-rodong yang buka
blog ni tolong bagi maklum balas
sikit, adakah anda semua menghadapi
masaalah yang sama bila buka blog
saya ini. Terima kasih atas kerjasama
rodong2 semua.

Sekian, Wassalam.