Assalamualaikum,
Alahai, baru aja saya buat entry kat bawah tu mengenai penipuan melalui internet, buka Harian Metro hari ini ada lagi orang kena tipu akibat bercinta diinternet melalui laman sosial.
Kes pertama, seorang wanita dari Pantai Timur ditipu oleh orang Malaysia juga melalui laman sosial Twitter, yang mengaku kerabat diraja yang mempunyai harta kekayaan yang bernilai berjuta-juta. Baru sekali berjumpa wanita yang dah mabuk cinta dan rindu kekayaan tu pun dah buat keputusan nak bertunang lanang ( tak siasat2 dulu ). Dalam pada mengaku seorang jutawan tu, boleh pulak dia minta duit dan barang kemas yang bernilai RM 50.000 dari wanita itu. Dan paling tak menasabahnya, ada ke wanita tu boleh percaya dan menyerahkan duit dan barang kemasnya kepada seorang jutawan. Akhirnya awak juga yang gigit jari bila lelaki tersebut hilang tanpa dapat dikesan setelah mendapat habuannya sebanyak RM50,000. Akhirnya awak dapat malu dan majlis pertunangan terpaksa dibatalkan.
Kes kedua , seorang wanita dari Pulau Pinang, berkenalan dengan seorang lelaki dari Atlanta Amerika, yang mengaku beragama Islam, kuat beribadat, kaya dan raya. Hanya dengan bertukar-tukar gambar yang berukuran pasport saja wanita dari Pulau Pinang itu bolah percaya kepada lelaki yang mengaku bernama Hassan itu. Lalu dia menerima lamaran Hasan untuk menjadi suaminya, ( Hassan 50, tahun, wanita tersebut 49) Apakah faktur usia dan kaya raya yang menyebabkan dia tak sabar2 nak kawin. Akhirnya dia kehilangan RM 300,000 yang dihantar kepada Hassan berperingkat-peringkat dengan mengeluarkan wang simpanannya, pinjam dengan keluarga. Akhirnya Hassan mengaku dirinya dah mati setelah mendapat habuannya.
Moralnya : Kalau nak cari suami carilah orang yang betul2 kita kenal, dirinya, keluarganya, pekerjaannya ( kalau boleh pastikan sendiri tempat dia bekerja) akhlaknya dan pergaulannya.
Jangan mudah memberikan wang kepada lelaki walaupun dia bakal tunang atau suami kita. Tugas dan tanggungjawab mengeluarkan duit adalah tanggungjawab lelaki. Walaupun dia merayu dan meminta tolong, lebih lagi kepada orang yag kita tidak kenal.
Jangan bermimpi untuk mendapatkan suami dari laman sembang, laman sosial atau laman cari jodoh dalam internet atau telefon bimbit, semua itu hanyalah palsu belaka, semua itu untuk keuntungan pihak2 yang mengambil kesempatan dari kelalaian kita.
Jangan bagi nombor telefon atau email kita kepada rakan2 dari laman sembang, kalau kita tidak benar2 mengenali kita, kerana ini lebih memudahkan mereka menjalankaan kegiatan atau modus operandi mereka.
Akhir sekali jangan habiskan banyak sangat masa didepan komputer layan laman sembang, chat dan sebagainya kerana ini akan melemahkan daya fikir yang waras kita dan akibatnya kita mudah termakan pujukan dan akhirnya terpedaya.
Sekian, Wassalam.
Tuhan anugerahkan manusia minda, itu kelebihan manusia berbanding haiwan..dah tak nak guna nak buat macam mana lagi..
ReplyDeletetersedak mid baca.. sambil cecah biskut lemak dengan kopi o hujan-hujan ni weh..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteadehhh..main cinta
ibarat perigi mencari
timba..last sekali kering
perigi
pelik... takde orang sesenang nak kongsi kayanya... macam akak kabo lagik tak munasaboh kalu deme ter pulok mintok duit kat kita
ReplyDeletebetul sangat pandangan awak tu .. kadang2 saya pun hairan kenapa sampai jadi begitu orang2 kita ni !
ReplyDelete