Wednesday 9 March 2011

Trip To Raub.


Assalamualaikum,

Apa khabar rakan2 blogger hari ni? saya? penat sikit ni, baru je balik dari Raub. Buat apa pergi Raub? Pergi JPJ, bayar saman, hehe, nasib baik masa untuk bayar saman berdiskaun dilanjutkan sampai esok, kalau tidak rasanya terpaksa tunggu undangan mahkamah ajalah supaya dapat diskaun sikit seperti yang dinasihatkan oleh pegawai JPJ masa saya telefon minggu lepas. Tapi tulah takut pulak surat undangan tak sampai macam yang hari tu, tau2 aja bila nak baharui lesen dah black list. Sempat jugalah dua tahun memandu tak berlesen. Alhamdulillah hari ini semuanya dah beres, lesen pun dah boleh diperbaharui. barulah yakin sikit nak memandu.

Ops, ni gambar kat mana pulak. Panjang ceritanya, dan pastinya akan saya ceritakan satu persatu. Sampai Raub dalam pukul 9.00 pagi tadi ada kawan jemput. Ingatkan dia seorang saja, rupa2nya dia bersama suaminya, terlanjur nak hantar suaminya mengajar di Rumah Sejahtera, Perkampungan Ibadah, Jalan Cheroh Raub.

Lepas hantar suami dia baru kami ke JPJ Raub. Tak ramai dah orang datang untuk bayar saman hari ni, munkin semuanya dah bayar sebelum tempuh pertama tamat. Cuma saya seorang saja yang terlewat agaknya. Dalam masa tak sampai 15 minit urusan bayar saman dan membaharu lesen saya selesai. Alhamdulillah.


Lepas tu kami kembali semula ke Rumah Sejahtera untuk ambil Ustaz suami kawan saya. Terlanjur masa masih awal ( dua kali datang, dua kali bergambar )kami ambil kesempatan bertemu dengan Pengawas rumah tersebut Cik Norzawani binti Nordin. Menurut beliau, rumah tersebut yang dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Raub mempunyai 17 orang penghuni warga tua yang terdiri dari lima orang perempuan dan 12 orang lelaki. Beliau juga berharap ada pihak yang sudi mengadakan aktiviti bersama penghuni Rumah tersebut, bagi memberi semangat kepada penghuni2 yang rata2nya warga emas tapi kebanyakannya masih boleh melakukan aktiviti.

Cik Norzawani, muda lagi orangnya, baru beberapa
bulan berkhidmat diRumah Sejahtera.


Imam Abdul Razak( orang Tanjung Besar ) Imam Masjid Raub,
dan Guru Agama rumah tersebut bersamanya Isterinya.

Deretan rumah sederhana, sesuai untuk warga tua
yang memerlukan perlindungan. Rasa damai pulak
bila berada disini. ( munkinkah perjalanan hidup saya
juga akan berakhir disini, harap2 tidaklah )



Pak Mat adalah seorang penghuni yang sempat diambil
gambarnya.Beliau cacat penglihatan. Telah tinggal
disini selama 3 tahun.



Ini mak Yam yang tiba2 datang memeluk saya, beliau berasal
dari kampung Lubuk Kulit Kuala Lipis.
Satu yang amat terkesan dihati saya bila membuat lawatan kesini, bagaimanakah kesudahan kehidupan kita apabila kita seusia mereka nanti kerana ada sesetengah penghuni disini yang mempunyai ramai anak yang mampu menjaga mereka tetapi mereka tetap tercampak kesini dalam keadaan daif, sebatang kara, jauh dari anak cucu yang sepatutnya menceriakan kehidupan hari-hari terakhir mereka. Wallahualam,

Sekian, Wassalam.



22 comments:

  1. tak sampai hati bila tgk keadaan orgtua yg ditinggal begini. tapi lebih baik mereka tinggal disin dari didera dirumah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Mana pergi anak2 orang tua itu yer..

    ReplyDelete
  3. kesian kalau jenguk rumah-rumah camni...harap-harap kita tidaklah terbiar nanti sebagaimana mereka!

    ReplyDelete
  4. Assalam LL..harap2 masih ada yang sudi menjaga kita bila dah tua nanti..
    terasa sedih pulak bila mengingati hari tua kita kan..

    ReplyDelete
  5. salam..
    bejalan merata aok yak?
    molek tu..bila lagi nak tengok
    tempat orang yak..?

    ReplyDelete
  6. Sedih dan simpati juga nengok org tua yang dibiar sebatang kara gitu.. jika hari ini kita buat sedemian kepada ibu bapa kita, bukan barang mustahil anak2 nanti akan berbuat kepada kita begitu juga. Moralnya sayangi ibu bapa kita selagi hayat mereka dikandung badan.

    ReplyDelete
  7. melawat rumah orang orang tua begitu membuat kita insaf

    ReplyDelete
  8. kalau balik raub memang selalu lalu depan rumah ni. kebetulan kakak ipar rumahnya kat taman sebelah tu. selalu juga kami sekeluarga menziarah pakcik2 dan makcik2 di situ. molek sangat lah kak LL hebahkan mengenai rumah ni. bolehlah ramai rodong2 datang membuat lawatan dan khidmat masyarakat di sini

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Julietchun,
    Betul tu juliet, daripada dipenjara dirumah sendiri lebih baik tinggal disini, segalanya terurus.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum en Relevan,
    Setengahnya tu masih ada anak2 tapi tak nak jaga mereka, setengahnya dah memang tinggal sebatang kara, selebihnya biar mereka sajalah yang tau perkara yang sebenarnya berlaku. Kesian mereka tu.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaaikum CekWa,
    InsyaAllah CekWa, kalau kita didik anak2 kita dengan sempurna kita tak akan tercampak ketempat macam ini bila dah tak berdaya nanti.

    ReplyDelete
  12. Wassalam kak Erna,
    InsyaAllah kak Erna, sama2 kita berdoa semuga hari-hari terakhir kita penuh dengan kasih sayang dari anak2 cucu.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum En Zul,
    Alhamdulillah, Tuhan nak bagi saya pengalaman agaknya, trip yang sepatutnya menyelesaikan masaalah lain diberiNya pula pengalaman lain yang lebih bermakna.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum AAP,
    Betul tu En Yassin, apa yang terjadi kepada kita tu sebenarnya berasal dari kita juga.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum endiem,
    Memang betul, saya sendiri rasa amat insaf melihat keadaan mereka disitu, dari semua sudut dan aspek kehidupan malah pergaulan juga.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum En Hisyam,
    Duduk area situ ke en Hisyam, baguslah kalau selalu membuat lawatan kesitu, hilang juga sunyi makcik dan Pakcik disitu. Saya kalau dekat pun munkin selalu juga melawat.

    ReplyDelete
  17. salam cik lipislady...rase nye sy ada ternampak cik lipis lady kt pasar malam lipis lastweek.btol x ad pegi???tp takut nk sapa, takut tersalah org...heheeee

    ReplyDelete
  18. Salam jengah rodong. Keh pun baru melawat rumah orang tua Sabtu lepas. Memang insaf....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kasutburuk,
    Yee dik, saya memang ada kat pasar malam tu,
    lain kali tegur ajalah, tanyalah betul ke tak, kalau salah orang tak apa. Tak malu salah dan tak malu pun.

    ReplyDelete
  20. assalam..
    hidup yg berbeza cerita dan rahsia disebaliknya, insyaAllah, mrk akan lebih selesa di situ

    ReplyDelete
  21. assalam
    lama x jalan2 kat Raub te
    kesian nasib mereka....kita nanti? macamana?

    ReplyDelete
  22. Hmmm...Lubuk Kulit tu tmpt asal abg ipor koi...

    ReplyDelete