Sunday, 31 July 2011

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum,

Selamat datang Ramadhan yang berkat.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua rakan-rakan blogger, Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.

Semuga ibadah tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semuga segala ibadah kita di terima dan diberkati Allah.


Hingga Jumpa Lagi.

Wassalam

Friday, 29 July 2011

Rindu Ahhh....Bilateral Mammograms.

Assalamualaikum,

Salam pagi Jumaat, rakan-rakan blogger dan pengunjung, semuga hari ini lebih baik dari semalam. Rindu kat kawan-kawan, rindu nak bertandang ke blog kawan2 tapi, rindu nak update blog, tapi apa kan daya kekangan masa membuatkan setiap percubaan nak online terbantut. Alhamdulillah hari ni saya cuba juga curi2 masa nak update blog yang dah seminggu sunyi sepi ini.

Sebenarnya saya dah balik Lipis hari Isnin lagi, tapi sebelum balik Lipis saya pergi ke klinik Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia ( National Cancer Society Malaysia ) untuk buat ujian mammograms. Saya percaya semua wanita tahu apa itu Mammograms dan apa tujuannya. Tapi yang nak saya ceritakan disini ialah tentang adanya subsidi kerajaan untuk wanita-wanita yang ingin melakukan Mammograms tapi kurang kemampuan.


Saya sendiri pun pergi atas biaya Kerajaan melalui klinik LPPKN, yang menyediakan sebuah teksi untuk 4 orang pergi balik dari Lipis ke klinik Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia. Trip dua kali seminggu itu telah bermula sejak tahun lepas lagi. Tambang di biaya sepenuhnya dan kos x-ray dibiaya separuh, selebihnya sebanyak RM 40 di jelaskan oleh saya sewaktu mengambil keputusan. Nagetif filem akan diberikan kepada kita untuk dibawa pulang dan perlu dibawa semula sewaktu membuat pemereksaan ditahun berikutnya atau dua taahun akan datang.Ini program LPPKN dalam memberi kesedaran betapa pentingnya mengesan kanser payudara dan kanser servik pada peringkat awal supaya penyakit tersebut boleh di ubati atau dihapuskan sekiranya terdapat tanda2 awal pada kita.


Tapi sayangnya tidak ramai orang melayu kita yang ada kesedaran tentang kempen ini. Pengalaman saya yang membuat tempahan sejak tahun lepas lagi, untuk mencari tiga orang lagi untuk mencukupkan jumlah 4 orang untuk satu trip sangat sukar. Semuanya mempunyai alasan masing-masing. Sebaliknya kaum Cina adalah kaum yang mempunyai kesedaran sangat tinggi mengenai bahaya penyakit pembunuh no satu ini, dan mereka tidak melepaskan peluang ini untuk pergi membuat pemereksaan.

X-ray cuma memakan masa beberapa minit sahaja, dan langsung tidak menyakitkan. Keputusan yang diterima adalah 99% tepat. Sangat berguna untuk mengesan sebarang gejala diperingkat awal.


Pengalaman melihat sendiri pesakit yang menyangka dirinya terlalu sihat dan tak munkin ada tanda-tanda awal kanser dan apabila dilakukan pemereksaan x-ray ternyata terdapat dua biji benjolan seperti kanser, membuktikan penyakit ini tidak ada tanda2 khusus yang boleh kita buat panduan. Pengesanan awal melalui mammograms adalah satu-satunya cara yang paling berkesan dan terbaik. ( nak dengar apa kata DR. Daddy Ziyyad tentang kanser payudara ini )

Sila berhubung dengan LPPKN ditempat anda jika ingin menyertai program ini, atau boleh pergi sendiri ke Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kaual Lumpur. Tapi kena bayar penuh kalau pergi sendiri, tak mahal, hanya RM 80 untuk mammogram RM150 untuk Mammogram dan Pap Smear

Jumpa Lagi.

Wassalam.

Saturday, 23 July 2011

Ahh..Boringlah Plak

Assalamualaikum,


Selamat hari Sabtu kepada rodong2 blogger dan kawan2 serta pengunjung setia. Selamat bercuti dan selamat berhibur kepada yang keluar bawa anak jalan2 atau berkelah pada hari ini. Seronoknya kalau dapat jalan2 bersama anak2 pada hujung minggu begini.


Masuk hari ini dah lima hari saya berada di rumah anak cucu, ahh..rasa boring lah plak asik berkurung dirumah ni. Maklumlah kita ni bukan biasa dok rumah, paling lama dok rumah sekerat hari, tu pun sambil2 buat kerja rumah. Tapi kat sini tak ada buat apa2. Ini betul2 makan tido, makan tido, baring dan baring..dah terlebih rehat wehh...


Nak balik lagi dua hari ni, petang ni mesti nak kena keluar jalan2 sambil ambil angin ni, bagi regang sikit urat yang dah berkedut sebab banyak rehat dan makan. Lemak pun dah rasa menebal sikit, terlebih makan lah ni, kalau duduk aja ni memang kuat makan jadinya.


Oklah, sampai sini dululah entry melepas boring ni.


Semuga jumpa lagi,


Wassalam.

Thursday, 21 July 2011

Bersiaran Dari KL.

Assalamualaikum,

Kawan-kawan, rakan blogger yang diingati, apa khabar semua, semuga semuanya dalam keadaan ceria selalu. Dah berapa hari dah tak dapat update blog dan memang rindu sesangat nak berblog nih, akhirnya hari ini saya dapat juga berblog dan ari ini saya bersiaran dari Ukay Perdana, Ampang. Amboi jalan saja kome nih weh. Biasalah orang dah ada anak cucu nih, kalau rindu2 ke anak cucu dia, pergi ajalah kerumah mereka. Kena pulak dah dekat nak puasa ni, kena ziarah mereka beri semangat untuk berpuasa.


Wah, diam tak diam tak sampai sepuluh hari saja lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan ye, maknanya tak sampai sepuluh hari juga lagi kita akan mula berpuasa selama satu bulan. Tak sabar pulak rasanya nak mula berpuasa, Harap-harap pengisian puasa tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Kalau terawih tu hendaknya biarlah genap sebulan. Begitu juga ibadat lain-lain, mengaji ke biarlah setiap hari atau sehingga tamat 30 juzuk dan khatam.


Sebagaimana harapan kepada diri sendiri begitulah juga harapan kepada semua rakan-rakan blogger yang lain, yang paling penting semuga ibadah kita di terima sepenuhnya oleh Allah SWT.


Sekian

Semuga bertemu lagi.

Wassalam

Monday, 18 July 2011

Aktiviti Semalam

Assalamualaikum,

Pagi semalam hadir ceramah sempena Nisfu Syaban di Dewan Umno Kuala Lipis. Majlis di anjurkan oleh Wanita Umno Bahagian Lipis. Kami berlima dari Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Lipis ( NUSRAT ) diundang sebagai memenuhi qota NGO. Memandangkan itu majlis ilmu yang tidak harus di abaikan, kami pun hadir sama. Disamping ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Idris bin Haji Darus dari SM Jengka, seorang personaliti TV yang terkenal ada juga disediakan jamuan tengahari.


Inilah rupa Ustaz Muhamad Idris bin Darus sewaktu memberi ceramah diDewan Umno Lipis semalam. Gambar tak berapa jelas, tak dapat nak ambil dekat.



Sebelum memulakan ceramah, diadakan persembahan Nyasid dari kumpulan AJK Wanita Umno lipis yang dengar ceritanya baru ditubuh kan pagi tersebut, dibawah pimpinan Ustazah Aminah.
Mereka sedang mempersembahan nyasid bertajuk Ibu Mithali.
( Kanan sekali Puan Hajah Hamidah binti Haji Hamzah )
Pengerusi NUSRAT Lipis.



Tetamu Jemputan Yang hadir, Kiri sekali Puan Siti Fatimah binti Yahaya Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Lipis.



Puan Siti fatimah memberi Ucap Aluan.



Dato' Abdul Rahman bin Mohamad, Adun kawasan Padang Tengku, Ketua Umno Bahagian Lipis menyampaikan ucapan Perasmian.

Ni part yang paling seronok, habis saja ceramah Nisfu Syaban, saya dengan Puan Zaini, terus bergegas ke Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak untuk menghadiri jamuan sempena Nisu Syaban juga. Macam biasa saya bukan diantara jemputannya, cuma sebagai pengiring kepada Puan Zaini. Kat sana kami dijamu selera dengan makan tengahari, Nasi, gulai daging, gulai nangka, ayam dan macam2 lagi. Kami sebenarnya dah terlambat, semua tetamu sudah balik, yang tinggal beberapa orang guru sahaja yang sedang membersihkan peralatan dan kawasan. Tapi kerana Puan Zaini dah terlebih dahulu memaklumkan dia akan lewat sampai, kami pun disediakan satu set hidangan. Siap disediakan bekal lagi lauk daging dan nasi untuk dibawa balik. Gambar tak berani nak ambil, malu.



Cuma ini, Puan Zaini bergambar dengan Guru Besar SK Pagar sasak, Cikgu Ishak dan seorang guru penolong.



Beberapa orang cikgu yang masih bertungkus lumus membersihkan peralatan yang masih ada.
Mereka pun dah penat nampaknya, maklumlah bertungkus lumus membuat persiapan dari hari sabtu lagi.

Sekian,

Semuga Jumpa Lagi,

Wassalam

Thursday, 14 July 2011

Hobi

Asalamualaikum

Kawan-kawan, rodong-rodong blogger yang di kasihi. Selamat tengahari Khamis. Semuga hari ini lebih baik dari semalam. Untuk semua rakan-rakan, rodong-rodong yang selalu singgah disini, yang sekali sekala singgah, yang diam-diam singgah, dan yang tetiba sesat disini. Kunjungan rakan-rakan dan rodong-rodong semua sangat saya hargai, mana yang tek sempat saya balas kunjungan anda tu, jangan kecil hati ye, insya Allah saya akan datang juga nanti.


Kawan-kawan kenal tak gambar apa kat atas tu, mestilah kenal kan, apa hal lipis lady ni, tak ada benda lain lagi ke nak ambil gambar, tali rafia pun nak tunjuk kat orang. Ok nanti saya cerita ye!
Semalam semasa membongkar plastik yang berisi perca kain terjumpa tali rafia ni, baki digunakan untuk ikat kotak masa pindah randah dulu. Saya ambil bawak pergi kelas, mana tau ada guna nanti nak ikat2 barang ke buku ke atau kertas2 sebelum di buang tidak bertabur.



Tetiba teringat pula nak buat sesuatu yang lebih berguna berdasarkan hobi saya yang memang suka menukar bahan terbuang kepada sesuatu yang boleh diguna pakai. teringat suatu ketika dulu saya pernah buat sejambak bunga yang sangat cantik daripada tali rafia pengikat barang yang dibeli dikedai, yang banyak saya kumpul. Bahan tambahan cuma gunting dan inti bunga.



Semalam saya dah siapkan 3 kuntum bunga yang comel macam kat atas ni hah. Hari ini harap2 dapat siapkan beberapa kuntum lagi.




Pemandangan dari dekat sekuntum bunga dari tali rafia. Mudah aja, dan boleh cuba buat. Harap saya dapat menggubahnya menjadi sejambak bunga untuk hiasan di meja dalam masa yang terdekat ini.


Sekian,

Jumpa Lagi,

Wassalam.

Wednesday, 13 July 2011

Penganan Talam

Assalamualaikum,

Selamat Hari Rabu. Hari ini bukanlah hari Rabu yang bisu buat saya, tapi hari ini merupakan hari rabu makan-makan dan cakap-cakap. Tak derlah banyak sangat makanannya, cuma nak tunjuk gambar kuih penganan talam yang saya buat semalam. Terlanjur lama sangat dah saya tak buat entry mengenai makan-makan dan kuih muih. Bukan apa saya sekarang ni macam dah gantung periok belanga dan kuali. Malas masaklah tu.


Kuih penganan talam tradisi, warisan mak, mesti lembut,
kepala mesti basah2 sikit, lemak dan tidak keras.

Petang semalam lepas makan nasi, perut rasa lapar lagi. Apa nak makan ni, semua makanan dah habis. Kering. Tengok tepung ada penuh lagi dalam bekas, kelapa ada sejemput dalam peti, gula, gula merah ada. Terus teringat kuih penganan talam. kacau-kacau, ramas2 kukus. Dah jadi macam kat atas. Masak terus makan dengan adik satu bokor ( loyang) habis. Satu loyang masuk peti untuk makan pagi ni, dan bawak bekal.



Boleh buat sarapan pagi tadi, tidak terlalu manis,
lawan dengan teh tak tarik. Kalau terliur sila buat sendiri.



Donat ni walau pun tak segebu mana, tapi lembut.


Buat kuih ni tak boleh sejenis, dalam nak buat penganan talam teringat pula ke donat, lama dah tak makan donat, adik mesti dah rindu kat donat mak dia. Sukat tepung dan bahan lain, terus uli donat. Tak banyak buat satu cawan tepung saja. Dapatlah 9 biji donat. Saya makan satu biji, lebihnya tinggal kat adik, untuk dia makan balik dari kelas malam.


Pagi tadi tengok masih lagi ada berbaki ni hah,
3 biji, panaskan dan golek semula dengan gula.
Boleh buat sarapan pagi juga.


Ohh....resipi tak ada, sebab saya pakai resipi ikut dan, dah terlampau pakar. Tapi tetap jadi juga sebab resipi dah ada dalam kepala.

Jumpa lagi,

Wassalam.

Sunday, 10 July 2011

Trip To Bentong

Assalamualaikum,

Selamat malam rakan-rakan blogger. malam ni nak cerita pasal trip saya ke Bentong siang tadi. Trip yang tidak dirancang ini memulanya saya anggap trip biasa saja, trip yang membolehkan saya tidur sambil rakan saya memandu. ( Niat tak baik tu, kawan tu ajak teman supaya dia dapat borak2 untuk hilangkan mengantuk masa memandu.) Kalau dia tau niat saya ni mesti dia tak hingin nak bawak saya.

Petang semalam kawan saya dari JPN Lipis datang kelas, nak meminang saya untuk jadi teman dia. Ishh.. bukan teman hiduplah tapi teman memandu dia. Dia dah siap2 cerita destinasinya kemana, ada program sekolah katanya. Saya memang tak jawab pun untuk menyatakan nak pergi atau pun tidak memandangkan hari minggu adalah hari rehat dan hari kerja rumah saya. Lagi pun saya tak terlibat langsung dalam program itu. Tapi adalah saya tanya dia pukul berapa nak pergi.

Tepat pukul 8 pagi tadi dia telefon saya, " Dalam pukul 9.30 kita gerak, saya ambil awak " kata dia. Secara tak langsung kira jadilah tu. Saya pun siap2 dan tepat kul 9.30 pagi kami pun bergerak. Sampai dalam pukul 10.30. Tepat untuk waktu perasmian penutup.

Destinasi kami sebenarnya kesini, Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong. Puan Zaini dijemput sebagai mewakili PPD LIpis untuk program " Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang tahun 2011. Puan Zaini berbaju putih bertudung biru, gambar ini pun saya ambil semasa kami dah nak balik. Nak suruh dia ambil gambar betul2 dia tak nak. Dapat candid dari belakang pun jadilah.
Acara yang bermula sejak semalam lagi, diadakan di dewan ini dengan sebelas peserta dari sekolah-sekolah menengah seluruh Pahang mengambil bahagian. Program dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Lipis pun ada menghantar satu pasukan dari Sekolah Menengah Setia Wangsa. Bila sebut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ni, saya pun memang teruja sangat, maklumlah saya pernah berkhidmat dengan jabatan ini, dan kebanyakan pegawai dan kakitangan lama yang berkhidmat di Bentong saya kenali.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri Pahang, Puan Fairojibanu binti Zainal Abidin sedang memberikan ucapan alu-aluan. Gambar pun tak dapat nak ambil dekat-dekat pasal tak ada orang nak sibuk-sibuk ambil gambar selain dari pemberita yang sedang pegang kamera kat depan tu saja. Malu plak rasanya nak kacau majlis orang. Diberi tempat duduk pun syukur Alhamdulillah, sebab kesemua tempat duduk dah di labelkan bermakna tidak ada tempat untuk orang yang tidak berkenaan macam saya. Ahh.. malu. Mula masuk ke dewan pun dah ada seorang berdua dari JPNIN Kuantan yang saya kenal dan munkin mereka pun masih ingat saya, malangnya saya boleh terlupa nama mereka. Memalukan betul.


Majlis bermula dengan persembahan koir dari tiga buah sekolah yang belum membuat persembahan mereka semalam. Ini persembahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Wangsa Kuala Lipis. Boleh tahan juga persembahan mereka.


Ini pula persembahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari Bentong .


Ini pula persembahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Temerloh Pahang.


Sebelum pemenang diumumkan para hadirin di hiburkan dengan persembahan dari tuan rumah Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong. Ini 4 orang penari yang terdiri dari pelajar sekolah ini sedang mempersembahkan tari mereka.


Ini persembahan nyanyian patriotik secara medlay. Memang tak kurang hebatnya persembahan mereka ini.

Terutamanya persembahan dikir barat ini. Memang sangat menghiburkan. Saya rasa berbaloi trip saya hari ini dengan persembahan mereka yang cukup mantap ini.


Kini tibalah masanya pengumuman juara Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2011. Juara telah disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong. Kecoh se dewan dibuatnya oleh peserta-peserta yang meraikan kejayaan mereka.


Memang sedap, menarik dan mantap persembahan mereka. Sebelum bersurai mereka sekali lagi mempersembahankan nyanyian mereka.

Selesai acara di dewan Puan Zaini dijemput untuk menjamu selera bersama VVIP di bilik khas. Saya, macam mana ni, kalau tak ada extra pinggan untuk saya nanti...melepas...oppsss...Malu, maklumlah saya bukan jemputan khas, cuma temankan Puan Zaini. Puan Zaini kata " Tak apa, duduk saja dekat saya.." Ahh..lega.... ada pun extra tempat duduk untuk saya.

Nasib baiklah kat situ ada beberapa orang dari JPNIN yang saya kenali, taklah saya terasa asing sangat seperti rusa masuk kampung, dan nampak seperti diparhatikan sebab saya bukan dikalangan mereka yang salin mengenali antara satu sama lain.

Kat situ ada Puan Foo Ah Moi, lama tak dengar celoteh dia, Abang Dollah, masih kenal lagi dia pada saya, Encik Tahar, bekas bos, teman borak, rakan bergaduh dan baik semula, pengkritik dan pembimbing, ahh..membangkitkan nostalgia zaman berkerja dengan mereka..seronoknya bertemu mereka ini semua. Berbaloi betul trip saya ke Bentong hari ini.


Dalam perjalanan balik kekereta saya sempat snap ini, yang terletak dicelah-celah bangunan,


Dan ini, cantik dan bersih kawasan sekolah ini, tapi tak dapat snap banyak malu kat orang yang pandang2 sewaktu saya snap gambar ini.



Selamat tinggal Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan Bentong. Kalau ada acara lagi insyaAllah kami akan datang lagi.

Sekian,
Wassalam.

Friday, 8 July 2011

Crossing

Assalamualaikum,

Sallam pagi Jumaat buat semua rakan-rakan blogger, semuga rakan-rakan semua
diberkati Allah dengan keceriaan, kejayaan, dan ketenangan sepanjang hari ini.

Semalam, sewaktu lalu diatas jejantas, saya melihat panorama ini, teruja melihatnya saya snap beberapa keping gambar, bukan senang nak jumpa pemandangan begini.

dan saya juga teruja untuk mengongsikan dengan rakan-rakan semua disini.

Panorama begini memang menarik, kedua-dua keretapi
sedang bergerak kearah yang bertentangan,
kebiasaannya bila crossing atau berselisih cuma
satu sahaja keretapi yang bergerak
sedangkan yang satu lagi berhenti dilandasan.
Saat yang paling teruja ialah bila kepala kedua-dua
keretapi ini hampir bertemu. Melihatnya dari kejauhan
seolah-olah mereka akan bertembung.

Keretapi kargo ini memang panjang, ada lebih kurang
30 gerabak kargo yang di tariknya. Berjalan tetap dengan
kelajuan biasa lebih kurang 40 hingga 50 km sejam.
Tidak berhenti di steysen Lipis, cuma meninggalkan
tag pesanan kepada Master yang menunggunya
disebelah kanan landasan.



Kepala keretapi ini betul-betu berada dibawah saya,
sempat saya melambai kepada pemandunya, entah dia nampak
atau tidak saya pun kurang pasti. Ah..rasa macam berada didalam
filem James Bond la plak, saya adalah heroin yang akan terjun
dari jejantas keatas gerabak keretapi untuk menyelamatkan
seseorang.

Lihatlah betapa panjangnya kedua-dua buah keretapi ini,
Saya rasa keretapi penumpang yang menghala ke Tumpat itu Express Sinaran
yang sepatutnya sampai awal pagi tetapi terlewat masa.

Semuga berjumpa lagi,
salam ceria

Wassalam.

Tuesday, 5 July 2011

Gelagat

Assalamualaikum,

Selamat petang Selasa buat kawan2 pengunjung blog Lipislady, semuga kawan2 semua sihat dan gembira selalu. Lama juga saya tak update blog, hampir seminggu. Dalam masa seminggu ini banyak juga pristiwa suka duka yang saya lalui. tapi tak apalah, saya tak mau ceritakan semuanya disini, cuma petang ni saya nak berkongsi cerita gembira melayani 5 orang cucu saya yang datang berkumpul kerumah saya hujung minggu lepas. Mari kita lihat gelagat mereka.


Ini dua orang cucu paling kecil, Zulaika 4 bulan lebih dan Ustaz fareez 6 bulan lebih.
Borak apa agaknya dua beradik ni, dalam bahasa yang mereka berdua aja memahaminya.
Lokasi mereka ni betul2 kat ruang tamu, saya bentangkan dua lapis toto dan tilam supaya senang cucu-cucu saya nak berlegar.



"Adik Zulaika tengok abang Fareez dah pandai meniarap. Tengok abang angkat kepala, tinggi tau, adik tak pandai lagi.." Itu agaknya yang dikatakan oleh Ustaz Fareez pada Zulaika. Zulaika tenang je tengok abang dia beraksi, "Nantilah bila dah besar macam abang nanti saya pun nak buat macam ni" Munkin itu yang dikatakan oleh Zulaika dalam hatinya. Hehe..



Angah dengan Daryn, mesra sampai meja nenek pun jadi tempat santai mereka untuk baca buku. Tu belum dapat gunting dengan kertas lagi, tapi kali ni gunting tak dibekalkan kepada mereka, bahaya.
Tisya dengan Daryn ni sama baya, tapi mengapa Tisya besar dan tinggi, Daryn rendah dan kecil hehe...Mesranya dua beradik ni masa mula bertemu, siap carry2 naik basikal lagi. Daryn peluk2 badan Tisya. tapi awas ye, bila dah lama sikit jumpa, saksikan gambar seterusnya......



Minum aiskrim pukul 12 tengahmalam. kalau dah berkumpul beramai-samai semua menjadi. Dia orang ni plak macam tak reti2 nak mangantuk. Malam tu kul 2 pagi baru dia orang bertiga ni tidur.
Bila mata dah tak mengantuk, mereka pun mulalah membuat bermacam-macam aksi. Saksikanlah aksi seterusnya.





Jaga! Mummy sudah datang, siaplah korang, kena sekali sorang selepuk sedap juga tu.



Dah nangis,



Kita kawan2 yee, main sama2.



Tapi tak lama, semangat lawan2 sentiasa ada.



Dah habis lawan, kita kawan semula. Kali ini kita gotong royong memanjat.

Walau bagaimana pun hati tetap terhibur bila bersama mereka.

Sekian, Wassalam.