Thursday 14 July 2011

Hobi

Asalamualaikum

Kawan-kawan, rodong-rodong blogger yang di kasihi. Selamat tengahari Khamis. Semuga hari ini lebih baik dari semalam. Untuk semua rakan-rakan, rodong-rodong yang selalu singgah disini, yang sekali sekala singgah, yang diam-diam singgah, dan yang tetiba sesat disini. Kunjungan rakan-rakan dan rodong-rodong semua sangat saya hargai, mana yang tek sempat saya balas kunjungan anda tu, jangan kecil hati ye, insya Allah saya akan datang juga nanti.


Kawan-kawan kenal tak gambar apa kat atas tu, mestilah kenal kan, apa hal lipis lady ni, tak ada benda lain lagi ke nak ambil gambar, tali rafia pun nak tunjuk kat orang. Ok nanti saya cerita ye!
Semalam semasa membongkar plastik yang berisi perca kain terjumpa tali rafia ni, baki digunakan untuk ikat kotak masa pindah randah dulu. Saya ambil bawak pergi kelas, mana tau ada guna nanti nak ikat2 barang ke buku ke atau kertas2 sebelum di buang tidak bertabur.



Tetiba teringat pula nak buat sesuatu yang lebih berguna berdasarkan hobi saya yang memang suka menukar bahan terbuang kepada sesuatu yang boleh diguna pakai. teringat suatu ketika dulu saya pernah buat sejambak bunga yang sangat cantik daripada tali rafia pengikat barang yang dibeli dikedai, yang banyak saya kumpul. Bahan tambahan cuma gunting dan inti bunga.



Semalam saya dah siapkan 3 kuntum bunga yang comel macam kat atas ni hah. Hari ini harap2 dapat siapkan beberapa kuntum lagi.




Pemandangan dari dekat sekuntum bunga dari tali rafia. Mudah aja, dan boleh cuba buat. Harap saya dapat menggubahnya menjadi sejambak bunga untuk hiasan di meja dalam masa yang terdekat ini.


Sekian,

Jumpa Lagi,

Wassalam.

15 comments:

  1. kreatif jg akok ye...koi takde talent lgsg.. :)

    ReplyDelete
  2. Sallam sis intan,

    Mudah aja, mengisi masa terluang.

    ReplyDelete
  3. Sallam kakcik,

    Terlanjur ada masa kakcik,
    lagi tu hobi saya.

    ReplyDelete
  4. Wahhh berseninya. Kreatif!

    Kalu dapat campur campur warna lagi indah, kan?

    Nanti tunjuk gambar yang dah siap sejambak tu yerrrrr...


    Wordless Wednesday: Siaran Tertunda 13 Julai...

    ReplyDelete
  5. SALAM..
    berseninya
    tangan aok ter..
    bukan mudah kalau
    tangan keras macam koi
    nih..he he












    Terima kasih sudi singgah
    dan komen di blog saya
    dan jangan lupa datang lagi
    www.zulkbo.com

    ReplyDelete
  6. orang lepeh kretip2 agaknya...hihi

    staff ayah saya, pak guard kat TM tu...sambil2 menunggu bangunan, dia anyam wayar2 talipon yg halus2 tu...

    buat bakul...bakul telur...rumah kecik...macam2 lagi...

    suka tengok...ayah mesti beli dari dia bawak balik buat perhiasan kt rumah

    yg paling saya suka, dia buat rumah kampung dari pencungkil gigi... ada gmbrnya...nanti saya share kt blog :)

    ReplyDelete
  7. amboi seni dan kreatifnya..

    bunga ni untuk raya yee..
    letak di sudut2 tertentu..
    pasti cantik dan memukau mata,klu kena dengan susunannya..
    selamat membuat...moga berhasil nanti..

    ReplyDelete
  8. Cantik dan berseni!! Usaha yang baik dalam mengisi masa lapang..

    ReplyDelete
  9. kreatif lah ...idea yg boleh di pakai guna

    ReplyDelete
  10. cantik, kreatif LL ni..blh la tgok dah siap sejambak nanti!

    ReplyDelete
  11. kak leh ajar ida lepas ni...weee

    ReplyDelete
  12. good idea, apa ada lagi kreasi dr tali rafia

    ReplyDelete
  13. wah..cantik..malah kreatif and good idea..

    ReplyDelete