Assalamualaikum
Salam Syawal, Salam Kemerdekaan dan Salam Satu Malaysia. Alhamdulillah hari ini dapat kembali saya berblog setelah bercuti sekian lama. Amboih..lama betul saya bercuti. Tulah kan dah kata nak bercuti panjang dan nak beraya sakan. Tapi sebenarnya tak beraya sakan pun. Sekadar jalan sebuah dua rumah saja. Selebihnya dok rumah layan tetamu yang datang sambil masak-masak dan makan-makan.
Sebelum meneruskan kata-kata, penghormatan buat Ati Masrif serta keluarganya, blogger Flowers Of My Life, lawat blog dia kat sini, yang sudi berkunjung kerumah saya pada hari raya yang ketiga yang lalu. Terima Kasih Ati sudi datang rumah akak yang serba kekurangan ini. Kalau ada apa-apa kekurangan semasa berada dirumah akak harap maaf ye Ati. Comel orangnya Ati ni, anak-anak dia lagi comel, Suami Ati orang Lipis, selalulah dia balik Lipis. Harap kita dapat jumpa lagi ye Ati.
Tiga biji kek untuk tiga dara di pagi hari raya. Semua orang tak sabar nak potong kek. Nenek pun tak sabar nak makan kek sebab nenek memang hantu kek terutamanya kek coklat moist tu.
Ok, kita teruskan, saya percaya ramai yang dah mula berpuasa sunat hari ni atau semalam. Selamat berpuasa sunat Syawal, mana yang belum puasa tu eloklah dimulakan sewaktu Syawal masih mudu, takut klau tunggu lama nanti jadi malas plak. Saya juga dah mula berpuasa sunat mulai semalam. hari ini merupakan hari kedua saya berpuasa. InsyaAllah kalau tak ada aral hari Ahad ini saya akan beraya sekali lagi. Raya posa enam. Ada buat makan-makan dan rumah terbuka juga ni, sekadar meraikan kemenangan berpuasa enam.
Sebagai memperingati Ramadhan yang telah berlalu, (tahun depan entah sempat ke tidak kita menyambut Ramadhan sekali lagi, minta2 sempatlah) saya kongsikan disini beberapa peristiwa yang berlaku sebelum Syawal menjelma.
Ini baulu saya yang dah semakin meluas pasarannya. Sempat pula YB Dato' Soffi mempromote baulu saya selepas selesai memberi duit raya kepada ibu tunggal dalam kawasan pilihanrayanya. Terima kasihlah YB, promote baulu saya. Harap-harap raya haji ni semakin banyak tepahan yang datang.
Ini dalam perjalanan ke Bentong Jumaat sebelum raya, sempat merakamkan kemalangan ngeri yang mengorbankan seorang, ketua peneroka Felda Kecau Satu, Lipis, dua orang anaknya sehingga Ahad kelmarin khabarnya masih koma di HKL. Kemalangan terjadi akibat allahyarham terlalu mengantuk dan tertidur sewaktu memandu, menurut isterinya. ( Harap kita dapat mengambil iktibar, kalau rasa mengantuk jangan teuskan memandu.)
Terima Duit raya dan sehelai kain batik dari YB, Alhamdulillah, dapat belanja raya. Dan kat bawah sekali bergambar satu keluarga sempena hari raya.
Inilah keluarga kecil saya, pak pun ada sama meraikan hari Raya dengan kami.
Sehingga bertemu di Ramadhan dan Syawal akan datang, Insya Allah.
Wassalam.
lepas ni famos lah baulu tu kan..hehehe..masyuk ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Banyak dapat duit raya nampak
ReplyDeletePuas berjalan ter....
ReplyDeletehari raya pertama kome ada juga pergi beraya di benta.
ReplyDeleteselamat hari raya kak...bila nak datang umah?
ReplyDeleteAssalamualaikum, Selamat Hari raya,
ReplyDeleteAbah Khalisha,
Insya Allah, boleh tambah pendapatan.
Kak Aida, Selamat hari Raya,
Adalah sikit2 kak, buat belanja raya ari tu.
Nizam,
Jalan sebelum raya, masa raya tak jalan pun.
Emdiem,
Mengapa tak terus mengilir ke Lepih,
datang kerumoh kome,
lain kali kalau balik singgohlah kerumoh kome.
ummiarissa @ Ida,
Imsya Allah lepas puasa enam nanti akak pergi rumah Ida. Sedia cup cake yang sedap tu banyak sikit yee, satu tak cukup.
hehe..
salam Syawal
ReplyDeletemoga Syawal tahun ni membawa keberkatan
blogwalking
ReplyDeleteWahhh seronok dan meriah juga sambutan raya Akak dengan cara yang tersendiri. Ada blogger datang menziarah lagi.
ReplyDeleteBauhulu tu harus kena rasa ni. Nanti bila-bila, ada rezeki pasti bertemu dan dapat rasa, kan?
Sallam Aidil Fitri,
ReplyDeletepB, Insya Allah, doa untuk pB juga.
Vantage Kuala Lipis,
TQ, jumpa lagi.
aiezah,
Alhamdulillah, seronok sangat, terutama bila melihat gelagat kelima2 cucu saya,.
Isya Allah jika diusahakan kita pasti akan berjumpa nanti, tentang bahulu tu kalau nak rasa sila bagi alamat, akan saya kirimkan untuk AA.
salam kak mah,
ReplyDeleteterima kasih sudi menjemput ati
mai rumah baru ni...sedap2 semua
makanan akak tu sampai anak dara
ati tambah 3 kali...maluuuu ai :)
nanti bila kak mai selangor pula
sudi2lah mai rumah ati pula di KLIA
rupanya bahulu yg akak beri tu akak yg
buat ye...sedap dan lembut saje
bolehlah jual online lepas ni
ati masih tak buat post baru coz
bz dgn anak yg baru berangkat ke sabah
maybe nx week ati akan buat post mai
rumah akak tu ye
Selamat Hari Raya LL...Maaf Zahir dan Batin!
ReplyDeleteselamat berpuasa enam LL
ReplyDeletenak rasa jugalah baulu orang Lipis