Monday, 12 September 2011

Alas Meja.

Assalamualaikum,

Hari tu sebelum raya saya ada beli kain cotton untuk buat alas meja makan,Dek kerana terlampau sibuk saya tidak berkesempatan untuk membuatnya. Dua hari yang lepas saya memulakan projek membuat dan menyudahkannya. Susah juga sebab meja bulat. nak kena ukur, gunting dan cantum kain supaya lebarnya mencukupi dengan panjang kain sebagaimana yang dikehendaki.



Setelah dua hari memulakannya inilah hasilnya, proses menggunting dan mengelim dah siap, tinggal melekatkan renda saja lagi.


Hari ni nampaknya kena balik awal, mesti nak siapkan juga hari ini. Tak sabar nak tengok dia terbentang diatas meja makan saya yang mana sepatutnya dia dah terbentang pada hari raya lalu.

Besar juga rupanya alas meja yang akan saya siapkan ini. Empat meter kain yang saya beli secukup-cukup saja untuk membuat satu alas meja. Harap2 petang ni boleh siapkan. InsyaAllah.


Hingga jumpa lagi,

Wassalam.





10 comments:

  1. salam..
    rajin aok yak?jimat kalau
    pandai buat sendiri..kalau
    di beli mahu mahal nih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum LipisLady,

    Kreatif sungguh. Dah siap ker.

    ReplyDelete
  3. rajinnya, cik ina tak pandai menjahit. teringin nak menjahit,tak pandai guna mesin jahit. masa sekolah pernah jahit baju kurung guna tangan je.

    ReplyDelete
  4. Assalam LL..pandai menjahit alas meja bulat ye..acik memanjang je beli.

    ReplyDelete
  5. salam kak mah cayang,

    ati tak sempat lagi nak jahit
    lagi 1 baju raya utk diri sendiri
    bizi dgn rumah terbuka saje...hihi

    petang ni ati ada buat n3 tentang
    kak mah tau...mai lah singgah :)

    ReplyDelete
  6. rajin. kat rumah ada mesin jahit jugak tapi baju sentiasa mengadap tailor..

    ReplyDelete
  7. mesti dah beralas baru meja LL te yak, cantikkk!

    ReplyDelete
  8. salam kak mah,


    bizi buat kuih bahulu ke


    ^_____________^

    ReplyDelete
  9. rajinnya..
    last saya menjahit ialah pada 11 thn yg lalu,
    buat sarung bantal anak pertama..hehe

    ReplyDelete