Assalamualaikum,
Apa ada pada bantal???
Usianya dah lebih 18 tahun, sama usia dengan
tuannya. memang dia tak ada apa2 makna
kepada sesiapa pun. Sering saya tengok dia bergolek
disana sini. Kadang2 ditepi katil, kadang, dibawah katil,
kadang2 hilang entah kemana, terpenyek dihempap
barang2 lain, semasa berkemas baru di jumpai semula,
dan saya letakkan diatas katil tuannya.
Kalau dia berada diatas katil, dia juga sering
terpenyek dihempap oleh kepala tuannya,
kadang2 dihempap oleh tangan tuannya,
kadang2 pula berada nun jauh dihujung kaki tuannya.
Yang paling seringnya ia akan tersepit di celah kedua
paha tuannya, tak pun dicelah kedua tangan tuannya.
Walaupun dia kelihatan tidak dihiraukan
tapi rupanya dia amat disayangani oleh tuannya.
Buktinya pernah satu ketika, sewaktu dia berusia
enam tahun, sama usia tuannya, saya menukar
pembalutnya, yang asalnya berwarna putih tapi
lama kelamaan kelihatan kehitam-hitaman dan
banyak terdapat peta2 diatasnya.
Apabila tuannya sedar pembalut bantal kesayangannya
dah ditukar kepada warna yang ada sekarang, dia
terus menangis sehari suntuk sambil minta saya
memakaikan kembali pembalut yang asal. Kesiannya
saya tengok dia menangis tanpa henti sehingga
tertidur. Tapi mana saya nak cari lagi pembalut
yang dah saya campak kedalam tong sampah,
dan dah dihangkut oleh lori sampah. hampir dua
minggu saya memujuknya barulah dia boleh menerima
pembalut baru bantal goleknya yang berwarna
warni.
Semalam tuannya minta izin untuk bawa
bantal kesayangannya itu bersama2 ketempat belajar,
saya jawab bawaklah. Bila saya tanya nak tukar
tak pembalutnya atau saya buatkan sampul yang
baru, dia kata tak payah, dia nak yang itu juga.
Esok bantal kesayangan ini akan dibawa tuan nya,
Tinggallah ibu tuanya ini yang sebenarnya berasa
sedih untuk berpisah dengan anak bungsunya.
Tapi demi mengaut Ilmu, ibu relakan.
" Selamat Maju Jaya Buat Adik"
Wassalam.