Thursday 29 December 2011

Warisan Yang Semakin Luput Ditelan Zaman.

Assalamualaikum,

Sallam ceria pagi Khamis.

Selaras dengan peredaran zaman, arus kemodenan dan pesatnya pembangunan sektor pembuatan dan kecanggihan teknologi, peralatan2 lama yang sering digunakan oleh nenek moyang kita dahulu kala semakin dilupakan. Usaha untuk menjaga atau mengekalkan peralatan-peralatan seperti ini amatlah penting untuk rujukan generasi akan datang. Saya kongsikan disini diantara peralatan2 yang munkin tidak dikenali lagi oleh anak cucu kita akan datang.

Ini kukur kelapa. Dulu2 kalau nak buat kuih koci atau batang buruk, kelapanya dikukur sendiri. Dikukur kasar2 supaya dapat merasakan teksture kelapanya. Guna kelapa muda sedang goncang dimasak dengan gula kabung. Intinya sangat sedap, lembut dan lemak. 


Ini pula peneran bubur cendol yang diperbuat daripada tempurung kelapa yang besar. Ditebuk menggunakan bo, atau ada juga dibuat menggunakan batang kayu yang diukir sendiri dan ditebuk. Bubur cendol atau bubur lior selalu dibuat jika ada kenduri bercukur rambut bayi atau majlis berderau menuai atau mengemping padi. 


Ini periok tembaga. Zaman dato nenek dulu2, mereka cuma guna periok tembaga ini apabila masak nasi atau gulai. Nasi yang dimasak didalam periok ini memang sedap, lembut dan mengurai, ditanak pula diatas dapur kayu. Zaman sekarang Chef Wan pun dah mula menggunakan periok ini untuk sesi masakannya, kerana beliau tahu apa istimewanya periok ini.


Ini pula batu giling atau disesetengah tempat memanggilnya sengkalan. Guna untuk menggiling lada kering, lada basah dan rempah ratus. Gulai yang dimasak menggunakan lada dan rempah ratus yang digiling memang sedap, kerana tidak berair seperti yang di kisar menggunakan mesen pengisar. Apabila digoreng lada dan rempah ratus terus masak dan garing berbanding dengan bahan yang dikisar, proses mengeringkan air membuatkan bahan rempah kehilangan rasanya yang asli.


Dan yang ini alat peneran putu mayam yang diperbuat dari batang kayu juga. Putu mayam dikaitkan dengan kaum India. Tapi sebenarnya putu mayam juga adalah makan tradisi orang Pahang. Ia dimakan dengan manisan atau misan kabung, sebelum dibuat gula kabung, atau dimakan dengan kari daging atau ayam. 

Setakat ini dulu. Semuga berjumpa lagi, wassalam.

8 comments:

  1. 1st time saya tgk alat peneran bubur cendol tu..

    ReplyDelete
  2. Sallam Daddy Ziyyad,

    Nasib baik saya upload sini yee, boleh tengok dan kenal,

    ReplyDelete
  3. Kukur kelapa saya masih pakai :)
    Batu giling lak jiran seblah rumah saya dulu pakai.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum

    jenguk kawan lama... moga sihat sokmo

    ReplyDelete
  5. Sallam Cik Sibuk,

    Seronok sekali sekala mengukur kelapa kan,
    Dapat beza santan kelapa kukur dengan santan yg diperah oleh mesen.

    ReplyDelete
  6. Walaikumsallam Cemomoi,

    Terima kasih jenguk saya,
    Alhamdulillah saya sihat2 aja..

    ReplyDelete
  7. CM tak pernah guna kesemua barang dalam gambar-gambar tu.. generasi berbeza, teknologi berubah..

    ReplyDelete
  8. salam..
    kalsik betul tu..
    yang Sengkalan tu ada lagi
    sebijik di rumah orang tua koi

    ReplyDelete