Assalamualaikum,
Selamat malam rakan2 blogger, pengunjung2 setia blog Kakmah, pengunjung yang baru sampai ke
Blog ini. Tajuk ini Kakmah tujukan khas kepada blogger-blogger yang mempunyai iklan nuffnang di blog mereka.
Beruntunglah bagi mereka yang dapat cash out pendapatan mereka daripada nuffnang sebulan sekali, kerana ini dah menjadi pendapatan bulanan anda dan tersangatlah boringnya bagi mereka yang setelah beberapa lama pasang iklan nuffnang tapi masih juga tak bertambah-tambah nilainya, kalau bertambah pun hanya ada beberapa sen sahaja. Kakmah pun sama juga, setelah setahun selepas cash out yang bernilai RM 67.21, itu cash out yang kedua dan masa untuk mencapai jumlah itu adalah selama 20 bulan bersamaan setahun lapan bulan.
Setiap hari kakmah meneliti dan menilai, bagaimanakah untuk meningkatkan pendapatan melalui iklan ini, sekurang-kurangnya boleh juga menambah pendapatan bulanan kakmah. Lebih-lebih lagi kakmah sekarang ini tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menguruskan kehidupan. Harapan kepada pendapatan sebegini amatlah tinggi bagi orang seperti kakmah ini.
Tetapi setelah kakmah teliti-teliti diantara perkara-perkara yang boleh meningkatkan pendapatan secara mendadak ialah melalui klik kepada iklan yang kita pasang. Pendapatan melalui klik ini mampu menambah jumlah yang boleh kita lihat. Disamping itu kita kena berusaha untuk meningkatkan trafik ke blog kita kerana juga boleh menjana pendapatan walaupun jumlahnya sangat kecil, tapi kalau sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Bagaimana untuk meningkatkan trafik? Pertamanya tuan blog kena sentiasa aktif dan jangan tinggalkan blog terlalu lama. Entry baru kena sentiasa ada walaupun sekadar mengucapkan sallam kepada blogger lain atau pengunjung2. Bina hubungan dengan blogger lain dengan sentiasa masuk blog baru kalau boleh setkan berapa blog baru yang kita nak masuk atau lawat sehari supaya perkara itu m,enjadi rutin harian kita. Jangan lupa blog lama juga, kalau boleh sentiasa tinggalkan komen disetiap blog yang kita lawati. Mampukah. Pokok pangkalnya kalau hendak seribu daya.
Jumpa lagi,
Wassalam.
Assalam, info berguna tq
ReplyDeleteWalaikumsasllam CekWa,
DeleteTerima kasih singgah...
good info..tq kak mah
ReplyDeletesalam :)
Alhamdulillah Sumayyah Humaira,
DeleteMari kita sama-sama jadikan berblog ini sebagai sumber pendapatan tambahan.
salqam berkunjung balas kak mah, info yang sangat berguna di atas tu, memang ada kalanya kita tersangat malas n bermood bila nak menulis blog mungkin kerana kita belum pernah menerima cek nufnang sampai beratus atau beribu, saya sendiri bila suka suka cek kat nufnang takat 20 rm je, hihi tapi betulahkan kena n3 hari hari kat blog bukan sebulan sekali. Jom kak mah kita pakat2 rajin berblog semula.
ReplyDeleteSetakat ni kakmah pernah terima dua kali cek nuffnang ni, tapi setelah bertahun, alhamdulillah lah..
ReplyDelete