Saturday, 1 October 2016

Sallam Maal Hijrah

Assalamualaikum,

Sallam Maal Hijrah buat rakan-rakan blogger, pengunjung-pengunjung tetap dan pengunjung tersinggah Kak Mah. Semuga dengan kehadiran tahun baru ini membuatkan kita lebih taqwa, lebih berjaya dari lebih sihat.

Alhamdulillah, bulan Zulhijjah tahun 1437 akan berakhir malam ini. Besuk awal Muharram tahun 1438. Tahun baru, azam baru. Masih ada ke lagi yang berazam di tahun baru ini. Harap-harapnya masih ada,

Untuk tahun Hijrah 1438 ini, Kak Mah rasa Kak Mah lah orang yang paling bahgia dan beruntung kerana 1 Muharam tahun ini jatuh cuma awal 10 hari sahaja dari tarikh lahir Kak Mah pada 10-10 nanti. Sangat cantik dan masih belum terlambat untuk memasang azam baru.

Masih belum terlambat kan untuk mengimpikan segala-galanya, selagi nyawa dikandung badan, kita wajib menyimpan hasrat untuk memperbaiki kehidupan ini. Sama-samalah kita perbaiki apa-apa juga kekurangan yang terdapat pada diri kita ini, semuga di berkati Allah segala niat kita yang murni dan baik.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1438.
Semuga Jumpa Lagi
Wassalam.

1 comment:

  1. Selamat menyambut bulan muharam kakmah
    Mesti dah puasa jugak kan hari tasua' dan hari asyura tu
    Happy belated birthday jugak utk kakmah ya
    Terimakasih kerana sudi singah blog kaknoor

    ReplyDelete