Showing posts with label Ucapan Khas. Show all posts
Showing posts with label Ucapan Khas. Show all posts

Saturday, 1 October 2016

Sallam Maal Hijrah

Assalamualaikum,

Sallam Maal Hijrah buat rakan-rakan blogger, pengunjung-pengunjung tetap dan pengunjung tersinggah Kak Mah. Semuga dengan kehadiran tahun baru ini membuatkan kita lebih taqwa, lebih berjaya dari lebih sihat.

Alhamdulillah, bulan Zulhijjah tahun 1437 akan berakhir malam ini. Besuk awal Muharram tahun 1438. Tahun baru, azam baru. Masih ada ke lagi yang berazam di tahun baru ini. Harap-harapnya masih ada,

Untuk tahun Hijrah 1438 ini, Kak Mah rasa Kak Mah lah orang yang paling bahgia dan beruntung kerana 1 Muharam tahun ini jatuh cuma awal 10 hari sahaja dari tarikh lahir Kak Mah pada 10-10 nanti. Sangat cantik dan masih belum terlambat untuk memasang azam baru.

Masih belum terlambat kan untuk mengimpikan segala-galanya, selagi nyawa dikandung badan, kita wajib menyimpan hasrat untuk memperbaiki kehidupan ini. Sama-samalah kita perbaiki apa-apa juga kekurangan yang terdapat pada diri kita ini, semuga di berkati Allah segala niat kita yang murni dan baik.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1438.
Semuga Jumpa Lagi
Wassalam.

Sunday, 1 May 2016

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Semua pekerja diseluruh negara merayakan hari pekerja hari ini. Hari ini cuti, kebetulan hari ini memang hari minggu, kecuali beberapa buah negeri lain, Maka cuti akan diganti pada hari esok. Sebab itu Kak Mah lewat sikit tulis entry hari pekerja ni.

Kepada rakan-rakan blogger, peminat blog Lipislady, pengunung-pengunjung yang baru sampai sini, Kak Mah ucapkan Selamat Hari Pekerja, selamat bercuti panjang.  Kepada yang balik kampung atau yang pergi melancung tu, hati-hati memandu, semuga selamat pergi dan selamat kembali.

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Thursday, 31 December 2015

Selamat Tahun Baru Masihi 2016

Assalamualaikum,

Hari ini 31-12-2015. 
Hari ini genaplah tahun 2015.
Hari esok kita sudah berada di tahun baru 2016.
Mau tak mau bertambahlah satu tahun lagi kiraan usia kita.

Kepada rakan-rakan blogger, pengunjung blog Kakmah, ribuan 
terima kasih Kakmah ucapkan kerana telah memberi 
Kakmah sokongan kepada memajukan blog
Kakmah ini. Tanpa anda semua
Blog Kakmah ini akan
sunyi sepilah.

Setiap kali tahun baru mendatang, maka kebanyakan kita pun
mulalah berazam untuk mencapai sesuatu. Atau setidak-
tidaknya berazam untuk mencapai azam yang telah
dibuat sekian lama namun masih juga belum
tercapai. Tidak salah kita berazam
menguji kekuatan semangat
kita dalam berusaha
untuk
mencapai
sesuatu 
yang
kita
rasa
kita 
perlu.
Bagi
Kakmah
azam 
itu
penting
untuk
memacu
semangat
dan tindakan kita.
Lagi besar azam kita lagi
kuat semangat dan usaha yang
perlu kita gembelingkan demi mencapau
azam tersebut. Dan natijahnya sama ada tercapai
atau tudaknya adalah bergantung kepada kebijaksanaan kita 
juga. Usaha sahaja tanpa kebijaksanaan usaha seolah-olah sia
sahaja. Untuk berjaya ilmu dan usaha haruslah seimbang. Amin.


SELAMAT TAHUN BARU 2016

Wassalam





Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum,



Buat semua Guru2 kakmah ucapkan

SELAMAT HARI GURU

Jasamu Cikgu kami hargai
Mendidik anak bangsa hingga berjaya
Walaupun di sakiti tapi tidak berkecil hati
Berkhidmat berbakti seikhlasnya.

Wassalam.