Assalamualaikum,
Sallam ceria hari selasa. Semuga hari ini dan hari mendatang kita lebih baik dari semalamAlhamdulillah hari ini Kak Mah dapat keudara lagi untuk update blog kesayangan Kak Mah ini. Beginilah kalau dah masa tak mengizinkan, nak online sebulan sekali pun susah.
Alhamdulillah hari ini keudara lagi.
Pada 12-2-17 dua hari lepas berlangsung mesyuarat agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia peringkat Parlimen Lipis di dewan UMNO Kuala Lipis yang mana Kak Mah sendiri adalah diantara tenaga penggerak pertubuhan ini. Inilah yang membuatkan Kak Mah sibuk sikit untuk membuat persiapan. PITKM singkatan persatuan ini diterajui oleh Puan Hjh. Hamidah bt Hj. Hamzah sebagai Pengerusi.
Pengerusi PITKM Parlimen Lipis sedang berucap.
Beginilah aktiviti Kak Mah sehari ke sehari, Mesyuarat, kurang sihat, jumpa doktor, menziarah abang kakak, menziarah anak-anak dan cucu-cucu. Alhamdulillah Masih lagi sihat Kak Mah ni, cuma ada sikit-sikit komplikasi gitulah, maklumlah bila dah dapat sakit Degeneratif ni bila-bila masa je kesihatan jadi tak stabil. Walau bagaimana pun masih lagi bersyukur kerana sekali sekala dapat lagi bertemu kawan-kawan melalui laman blog ini, dan walaupun Kak Mah jarang update blog sendiri tapi Kak Mah masih lagi mengintai blog-blog kawan-kawan kalau berkesempatan online. Cuma kadang-kadang Kak Mah kekeringan bahan nak update blog sendiri.
Ini pula Yang Hormat Dato Jimi Samat, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lipis yang merasmikan mesyuarat ini mewakili YB Dato' Abdul Rahman Muhamad Ahli Parlimen Lipis yang tidak dapat hadir kerana terpaksa keluar kawasan.
Ini Pula Puan Sharifah Zahra, Naib Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Negeri Pahang, sebagai mewakili Pengerusinya Dato' Melati Ali yang tidak dapat hadir.
Ahli yang hadir lebih kurang 50 orang dari 450 orang ahli dari berbagai
peringkat umur.
Semuga Berjumpa Lagi
Wassalam
Bagus kalau kita sibuk berpersatuan gini.
ReplyDeleteBanyak aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan untuk mengisi masa terluang.
Yer betul tu, Tuan
Delete