Sunday, 22 April 2018

Selimut Perca

Assalamualaikum, 

Selamat berhujung minggu, Selamat bercuti bersama keluarga tercinta. Kemana tujuan kawan-kawan bercuti hari ini, atau apa aktiviti dirumah.Ohh, tau dah, mengemas, masak, cuci baju, gosok baju.

Kak Mah tak kerja dah. Kerja gosok-gosok baju ni bukan kerja biasa hari minggu dah.Kak Mah gosok baju sekali sekala jika perlu aja. Kalau dirumah saja tak perlu gosok baju lagi

Tapi kak Mah ada kerja juga yang nak di buat, tak kiralah hari kerja ke hari minggu ke, maklumlah orang perempuan kan, minat kerja kerja menjahit ni.



Inilah hasil kerja Kak Mah sejak beberapa minggu yang kebelakangan ni,hampir siap dah selimut perca Kak Mah. Yang ini untuk Kak Mah pakai sendiri aja. Sedap tidur pakai selimut perca ni, kalau terasa panas, pakai selimut ni rasa sejuk aja, tapi kalau terasa sejuk pula, pakai selimut ni akan rasa panasnya dan selesanya. Kalau nak tau macam mana rasanya kena cuba sendiri.

Ok lah, sampai sini dulu. Semuga jumpa lagi

Wassalam.

4 comments:

  1. Rajin nya kak mah cantum2 kan perca tu.dulu arwah mak rajin buat ni jahit tangan je masa tu tak mesin

    ReplyDelete
  2. Yerlah Acik, rajin sangatlah kak Mah ni, hehe tu pun dah berbulan baru menjadi...

    ReplyDelete
  3. Dulu2 mak saya sangat berjimat. Tiada pembaziran . Kain perca dan sarung guni tepung gandum pun jadi lemek dan selimut. Mesin jahit pula mesin tangan. Tekun dia jahit .

    ReplyDelete
  4. Samalah mokjadeandell, mak saya pun macam itu juga, itu sebab turun ke anak dia ni, perca kain, kalau musim lepas mengundi lagi bestnya, segala bendera parti dicantum-cantum jadilah kain langsir, cadar tilam, sarung bantal, lelangit dan bermacam kegunaan lagi.

    ReplyDelete