Assalamualaikum,
Alhamdulillah, jika tiada aral, jika diizinkan Allah kak Mah nak tunjukkan step by step cara-cara nak buat baju kurung khas untuk pengunjung dan pembaca setia blog Kak Mah ini, sebagai terima kasih Kak Mah terhadap anda yang setia memberi sokongan kepada keberlangsungannya blog Kak Mah ini. Serious, tepi Kak Mah akan buat secara berperingkat-peringkat supaya mudah untuk anda pelajari. Disamping hanya membaca dan melihat, jika anda serious hendak belajar, mana tau tahun depan anda boleh pakai baju kurung yang dijahit sendiri oleh anda, maka anda salinlah setiap penerangan dan rajah yang Kak Mah paparkan nanti.
Untuk hari ini, sebagai pengenalan Kak Mah paparkan dulu cara Kak Mah menggunting baju Kak Mah sendiri.
Ok. Pagi ni seawal pukul 9.00 pagi Kak Mah dah siap mengunting sepasang baju kurung, bukan baju kurung orang tempah, cuma baju kurung Kak Mah sendiri aja. Raya puasa baru ni Kak Mah tak buat baju baru, memandangkan Kak Mah tak ada masa nak menjahit kerana memberi tumpuan kepada membuat makanan untuk di jual di bazar ramadhan. Puasa tahun ni juga pertama kali Kak Mah menolak untuk menjahit baju kawan-kawan di sebabkan sangat teruja nak berniaga makanan.
Kain ni sebenarnya Kak Mah dah beli lama dah, raya puasa tahun 2017 lagi sewaktu kunjungan Kak Mah ke Sarawak. Beli di Serikin, sempadan antara Sarawak dengan Kalimantan. Memang Serikin syurga membeli belah tak kira perempuan mau pun lelaki, mau pun kanak-kanak. Selain harga
murah terlalu banyak pilihan untuk di perbuat bandingan dari kedai ke kedai yang hanya bersebelahan. Bezanya pun tak banyak, cuma satu ringgit atau dua ringgit sahaja.
Tengoklah cara Kak Mah mengukur, Kak mah kurang menggunakan tali pengukur kerana dah terbiasa mengukur menggunakan kain sendiri yang telah sesuai di pakai. Cuma kalau menjahit baju tempahan Kak Mah akan ukur badan pelanggan atau Kak Mah akan minta baju dia yang paling sepadan untuk di buat ukuran
Begini saja cara Kak Mah mengukur. Letak aja kain pengukur setepat-tepatnya dan gunting.
Inn Shaa Allah semuanya akan menjadi.
Untuk memasuki bidang jahitan pakaian anda perlukan beberapa perkara ini
1. Semestinyalah sebuah mesen jahit. Jika masih tidak pasti nak beli mesen jahit anda masih boleh menjahit menggunakan tangan sahaja. Baju kurung yang dijahit tangan adalah lebih mahal harga upahnya.
2. Disamping mesen jahit biasa anda perlukan juga mesen jahit tepi untuk mengelim tepi kain yang telah di gunting supaya tidak mudah tanggal benangnya. Jika anda tiada mesen jahit tepi, boleh aja di jahit tepi di kedai jahit, upah untuk sepasang baju kurung hanya sekitar rm3 atau rm4. Untuk baju yang dijahit tangan, kain tidak perlu di jahit tepi.
3. Kain, gunting dan benang jangan dilupakan. Kalau pertama kali nak menggunting beli kain chek, atau kain yang koton yang keras, harga semeter sekitar rm3.50 atau rm3.80. Kain ini keras dan mudah hendak digunting
4. Tali pengukur, pembaris lurus, pembaris bengkok separuh dan pembaris bengkok juga diperlukan. penetas benang dan jarum peniti juga perlu. Zip kain 8 inchi dan getah kain juga butang baju kurung.
Bila semuanya dah lengkap, barulah boleh mula mengenali mesen jahit, bagi yang pertama kali nak memegang mesen, bagi yang dah boleh mengendalikan mesen jahit bolehlah mula mengukur badan atau baju pengukur.
Nanti di entry akan datang dibawah tajuk MARI MENJAHIT Kak Mah akan buat sedikit pengenalan kepada mesen jahit. Kalau berminat selalu-selalulah berkunjung ke Blog Kak Mah ini supaya anda tidak ketinggalan kelas menjahit baju kurung kita.
Jangan lupa entry mengenai jahitan baju kurung ini akan Kak Mah letakkan dibawah tajuk
MARI MENJAHIT
Sekian dulu untuk kali ini. Semuga jumpa lagi
Sallam hormat dari Kak Mah.
Wassalam.
Tak nak jadi penjahit.
ReplyDeleteTapi singgah juga baca.
Hehe, WP jadi petani moden aja yer, tapi kan, pereka fesyen terkenal ramai dari kalangan lelaki...hemmm
ReplyDeleteteringin nak menjahit, by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 317
ReplyDeleteTerima kasih aisyah elsa sudi singgah blog kak mah, kelas menjahit munkin start lepas raya haji, kak mah baru aja sembuh dari demam dan batuk ni, tungguuu
ReplyDelete