Monday 15 April 2019

Majlis Penyampaian Hadiah

Assalamualaikum,

Sabtu 13-04-2019, lebih kurang pukul 2.00 petang, Kak Mah, Anak Sulung Kak Mah menantu dan anak-anak mereka, kami semua berada di dalam Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lipis atau SEMEKAL untuk meraikan dan menyaksikan majlis penyampaian hadiah-hadiah kepada  pemenang-pemenang majlis Tilawah dan Hafazan Quran Peringkat negeri Pahang. Cucu perempuan Kak Mah masuk bertanding dalam katogeri Hafazan peringkat sekolah menengah yang telah dipertandingkan lebih awal pada malam sebelumnya. Pertandingan berjalan selama dua hari melibatkan setamai 160 lebih orang peserta berbagai katogeri, termasuk bercerita dan melibatkan dua peringkat ia itu peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Gambar ketibaan Perasmi, Encik Riza bin Jami,Pengerusi Komuniti Harapan Daerah Lipis. 

Sedikit tentang aktiviti Komuniti Harapan ini, membimbing anak-anak muda kearah melakukan aktiviti yang berfaedah bagi memenuhi masa terluang supaya mereka tidak terdedah kepada gejala-gejala yang tidak baik. 


Ucapan Perasmian oleh Encik Riza bin Jami

Tak ada penyampaian Hadiah dilakukan cuma pengumuman pemenang-pemenang sahaja, munkin masa telah lewat memandangkan peserta-peserta yang jauh terpaksa bergerak balik lebih awal. Pemenang keseluruhan telah di sandang oleh daerah Jerantut. Kuala Lipis kurang bernasib baik pada kali ini walaupun ada pemenag tapi belum mencapai tahap untuk diumumkan sebagai juara daerah.
Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak berjaya, anda juga terbaik kerana telah menjadi juara diperingkat daerah masing-masing. Jangan berputus aca, cuba lagi ditahun depan.


Sekian semuga berjumpa lagi dilain entry,


Wassalam.


1 comment:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia

    ReplyDelete