Thursday, 27 May 2021

Sambal Mangga


Assalamualaikum
Rakan Blogger, pengunjung setia Kak Mah.
Selamat Malam


Exited pulak Kak Mah malam ni, nak share gambar sambal mangga
yang Kak Mah buat untuk makan tengahari tadi.
 


Mudah je bahannya,
1. Cili Thailand yg besar tu Kak Mah guna 4 ulas aja
tu pun dah pedas sangat.
2. Ikan bilis setengah cawan, dah buang perut, kepala dan tulangnya,
Basuh bersih dan rendam dengan airpanas.
3. Mangga masak ke atau mengkal boleh belaka, cincang, secawan cukuplah
4, Garam satu sudu teh, gula satu sudu teh



Caranya pula.

1, Tumbuk cili dengan garam sampai lumat.
2, Masukkan ikan bilis ya dah dituskan airnya, tumbuk lumat juga
3. Masukkan mangga dan gula, tumbuk dan gaul
gaul ajalah.
4. Bila dah rata bolehlah dimasukkan kedalam mangkuk.


Emm, siap dah
Boleh lah makan dengan nasi.
Kepada sahabat yang ingin mencuba, bolehlah,
Sedap ni.

Ok semua
Hingga jumpa lagi
Wassallam




 

9 comments:

  1. comfirm bertambah makan kalau ada menu ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Betul betul, tak payah lauk lain dah

      Delete
  2. Kecur air liur terus tengok sambal mangga ni :)

    ReplyDelete
  3. Haaa, tu lah, tiap hari makan pun tak apa, selera sokmo makan nasi...hehe..

    ReplyDelete
  4. Waa.. kegemaran ni. Dapat makan asam pedas atau masak lemak pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, memang sedap sangat, tapi kalau jodohkan dengan masak lemak tu lagi sedap, hemmm

      Delete
  5. favorite all the time ni..yummy!!

    ReplyDelete