Thursday 7 July 2022

Ni Baru Betul Melompat Dan Menikam

 Assalamualaikum semua sahabat Blogger Kak Mah dan sahabat pengunjung setia Blog Lipislady. Alhamdulillah kita jumpa lagi petang ni yer.


Waww, tengoklah ni, kenal tak makanan apa ni, Sahabat sahabat dari Kelantan mesti dah kenal ni, hehe. Saja Kak Mah nak bagi sahabat stress sikit, padahal semua dah tahu.

Iya betul, ini Lompat Tikam, ni lah yang Kak Mah makan masa trip Kak Mah ke Bachok hari tu, selepas trip ke Besut. Semasa di Besut kami di undang oleh saudara kami di Bachok pulak untuk menjamu kami dengan Nasi Dagang dan Lompat Tikam ini. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatanglah. Seriouslah Kak Mah cakap, ini first class punya Lompat Tikam. 
Haaaa, ini pulut tanak, cantik di warnakan merah tu. Memula kaut pulut masuk dalam mangkuk

Ini tepung beras yang di buat som som, lepas tu masukan som som ni.
Lepas tu masukkan santan pekat yang dikacau dengan sedikit tepung beras dan ada rasa garam sikit ni.

Akhir sekali masukkan gula merah atau gula melaka yang dah dicairkan ini. Alhamdulillah, makanlah, sedapnya.

Kannn, nampak sedap.
Walaupun sedap Kak Mah tak makan banyak, 
Bahaya makan gula banyak sangat.
Cepat Tua, hahahahah

Ok Sahabat semua, Terima Kasih kerana
menonton  sampai ke sini
Hingga jumpa lagi di post akan datang,

Wassallam.

No comments:

Post a Comment