Sunday 17 July 2022

Putera Jaya

Assalamualaikum sahabat Blogger Kak Mah dan sahabat Pengunjung Setia Blog Lipislady yang Kak Mah hormati. Alhamdulillah jumpa lagi kita tengahari Minggu ni, Apa khabar semua, semuga sahabat semua sihat dan ceria hari ini. Selamat Berhari Minggu Semua.


Alhamdulillah, hari ini Kak Mah nak kongsi pemandangan yang cantik ini, yang Kak Mah ambil beberapa hari yang lalu. Ada sesiapa tahu tak di mana lokasi pemandangan ini. 

Ada yang dah dapat jawab ke, maaf gambar kabur sikit.

Walaupun kabur, pemandangannya Alhamdulillah cantik sangat. Tak jemu rasanya mata memandang.

Kami disini sebenarnya, Kami dalam program lawatan, tajaan Muslimah Masjid Sultan Mahmud dan UMNO Daerah, Parlimen. 


Alhamdulillah Kak Mah sebenarnya mengintai dari tingkap pejabat Yang Berhormat, Timbalan Menteri 1, di Putera Jaya.


Inilah Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Kami di pejabat beliaulah di Putera Jaya, dan gambar yang indah itu di ambil dari tingkat 29, melalui tingkap bilik pejabat. Alhamdulillah cantik pemandangan nya kan.

Alhamdulillah, Yang Berhormat Dato' Sri menjemput kami menghadirkan diri dipejabat beliau disamping menyediakan kami makan tengahari dipejabat beliau sempena lawatan kami ke Putera Jaya.



Alhamdulillah kami di jamu dengan Nasi Beryiani dan lauk pauk yang sangat sedap untuk makan tengahari. Terima Kasih Yang Berhormat Dato' Sri kerana belanja kami makan tengahari.


Bergambar dulu sementara Tunggu YB Dato' Sri sampai nak makan sama.

Ok sampai sini dulu, Kak Mah nak makan sekejap, nanti kita jumpa lagi yer. Semuga segala pergerakan kita di rahmati oleh ALLAH. AAmiin.

Semuga jumpa lagi,

WASSALLAM.

2 comments: