Showing posts with label Kebunku.. Show all posts
Showing posts with label Kebunku.. Show all posts

Friday, 4 May 2018

Mari Berkebun

Assalamualaikum,

Amboi tajuk, mengalahkan Warisan Petani. Maaf yer WP, Kak Mah ni sebenarnya teringin juga nak bertani ni, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan blogger terutamanya WP yang bertani dengan tanamannya yang segar bugar dan mengeluarkan hasil. Namun apa kan daya kak Mah ni tinggal di angkasa, jadi tanah sekanglang kera pun tak ada. Terpaksalah hangkut tanah, bubuh dalam pasu. Ni gambar-gambar ni semua sengaja Kak Mah nak kongsikan sebagai tanda seriusnya keinginan Kak Mah untuk bertani.

 
Ni pokok pandan Kak Mah, baru je dalam dua bulan kak Mah tanam, tapi tak boleh nak berdaun dia, habis Kak Mah kerat untuk buat nasi lemak.Kesian dia sakit, sampai kuning daunnya.

Pokok nenas pun ada kak Mah tanam dalam pasu kak Mah, baru tiga minggu dia dalam pasu tu. Kak Mah ambil benih dia masa Kak Mah beli nenas, ni tumbuhan atas kepala dia. Kata orang kalau tanam tumbuhan atas kepalanya tu, nanti dia lambat berbuah. Kak Mah nak tengok berapa bulan baru dia berbuah. Tapi kalau bukan tanam dari tumbuhan di kepala dia, nak tanam pakai apa, biji dia ke ?

Ada juga Kak Mah tanam pokok mulberi, sebenarnya anak Kak Mah punya, mesa dia berpindah dulu dia tinggalkan pokok mulberi ini yang dia tanam dalam baldi. Pokok ni rupanya rajin berbuah kalau kita rajin memotong dahannya. Dah dua kali Kak Mah otong dahan dia kalau nampak dah panjang sangat tu, setiqap kali lepas dipotong terus dia berbunga dan berbuah. Tapi dia tak boleh membesar sebab ditanam ditempat yang sempit, dan bekasnya pun tak besar.

Ini bunga keladi, entah apa namanya, belum sempat lagi Kak Mah nak mencari apa namanya bunga ni. Ini kawan Kak Mah yang bagi sewaktu dia nak berpindah juga. Alhamdulillah kekal hidup walaupun pasunya sangat kecil.

Ini bunga yang Kak Mah dapat sewaktu menyertai acara menanam bunga sempena lawatan Yang Amat Mulia Tengku Puan Pahang ke Cameron Highland pada 30 dan 31 Mac lalu. Dulu masa kak Mah dapat dia cuma berukuran 6 inci aja. Tak sangka pula pokok ni tinggi baru dia berbunga. Cantik bunganya macam bunga orkid. Nama nya pun Kak Mah tak tau. Alhamdulillah, biasanya kalau bawak bunga dari CH turun kebawah ni, dia boleh bertahan beberapa minggu aja, lepas tu melayulah. Tapi yang ni alhamdulillah sempat berbunga. Sebenarnya ada satu lagi jenis bunga yang Kak Mah dapat bersama dengan bunga ini, tapi leyu selepas seminggu berada di laman rumah Kak Mah.

 Close up sikit bunga keladi ni, Daunnya pun dah koyak, tak taulah siapa yang gatal tangan pergi koyakkan daun dia ni. Maklumlah tempat laluan orang. Kucing kut..hehe

Pokok Mulberi Kak Mah yang sedang berbuah. Beginilah buahnya. Kecil-kecil aja, kalau makan seulas tak sempat jatuh ke perut, lekat celah gigi aja. Tapi Kak Mah kalau sekali kutip tu adalah  empat ke lima ulas, bolehlah merasa.

Gambaran kebun Kak Mah ni seluas ini aja, sekangkang katak hehe

Oppsss, dah ambil buahnya. Adalah 3 ulas, yang merah tu sengaja Kak Mah ambil. Tak boleh makan lagi tu. Rasanya masam. Kalau yang hitam tu baru boleh makan. Rasanya sangat manis. Kak Mah baru saja menghabiskan ketiga-tiga ulas yang hitam tu. Gambar ni adalah saiz buah yang sebenarnya. Kak Mah dah cakap, kecil aja.

Oklah jumpa lagi.

Wassalam. Salam Sejahtera.

Tuesday, 26 April 2016

Mari Berkebun 3

Assalamualaikum,

Rakan-rakan blogger yang di ingati,
Masa lalu kat depan rumah Kak Mah tadi terpandang pula kebun mini Kak Mah yang ada pokok cili yang dah berbunga ni.Harap-harap sempatlah berbuah.


Ni pokok kucai, dah lama juga rasanya Kak Mah tanam, nampaklah rimbun sikit dari mula-mula tanam dulu. Rahsianya pokok kucai ni perlukan baja berterusan dan air pun tak boleh berkurangan barulah cepat membiaknya. Yang Kak Mah ni pun nampak dah kering sikit tanahnya, pagi tadi tek smpat nak siram. Pokok sayur ni kalau nak siram dia biarlah awal pagi sebelum matahari terbit, tengah sejuk lagi, barulah pokoknya subur.


Alahai, dalam pasu kat bawah ni anak peria yang Kak Mah semai dua hari lepas, nampaknya dah mengeluarkan tunas. Nak sangat tengok dia membesar dan berbuah. Kak Mah belum pernah tanam peria ni dalam pasu. Harap-harap menjadi.


Yang ni pula biasalah, anak pokok tomato, inilah sayur yang paling rajin Kak Mah tanam sebab senang aja. Lepas potong tomato untuk masak, ambil sikit bijinya terus masukkan dalam pasu, tunggu dalam seminggu adalah tumbuh. Tapi tomato yang ditanam cara ini jarang lekat buahnya, kecil lagi dah gugur. Cara terbaik tanam tomato, keringkan dulu benihnya yang diabil dari buah tomato yang betul-betul masak, keringkan dulu beberapa hari, baru disemai. Lepas itu ubah anak pokok tomato ke pasu lain dan jaga hingga besar, berbunga dan berbuah. Harap- yang ini berbuah.


Sebelah tu ada anak pokok kurma yang belum sempat dihantar ke kampung, dan juga pokok paku bulu yang pucuknya boleh di makan. 

Semuga Jumpa Lagi,
Wassalam.

Tuesday, 24 May 2011

Mini Kebun

Assalamualaikum,

Susahnya,
kalau nak buat cekodok
untuk makan dua orang pun,
kadang2 nak juga letak daun kucai,
barulah sedap sikit.
kena juga berlari kepasar, nak mintak
beli dua batang pasti tak
dapat.

Susah-susah sangat
saya pun berusaha mencari benih kucai,
dapatlah kat rumah kawan kakak,
tanpa malu2 saya pun mintak sikit untuk
tanam salam pasu sendiri.

Ni daun kucai saya yang berusia dua hari dalam
pasu barunya. Harap-harap dia membiak
dan segar dalam jagaan saya.

*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*

Begitu juga kalau nak buat masakan yang
memerlukan
beberapa tangkai daun kesom,
kena gak beli dipasar, seikat seringgit,
gunanya beberapa tangkai aja,
selebihnya kering dalam peti.

Tiga minggu lepas saya beli daun kesom,
guna sikit selebihnya saya rendam
dalam botol, Dah segar dan tumbuh akar,
saya pindahkan kedalam pasu ini.

Inilah hasilnya,
dah segar daun keson saya yang berusia
2 hari juga masa gambar ini diambil.


*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*


Daun pandan pun sama,
tiap kali nak guna pergi rumah akak,
ambil beberapa helai,
gunanya 2 helai, yang lainnya kering.

Minggu lepas pergi lagi rumah akak
ambil daun pandan.
Akhirnya dia campak dua batang
anak pandan yang dah ada akar.
"Ambik ni, tanam dalam pasu" kata akak.
Sebelum ni tak ada idea ke
nak tanam ni semua.
Tapi tak apa,
belum terlambat.

Pandan ni baru letakkan dalam pasu
setelah seminggu direndam dalam
baldi.

Semuga mereka ni semua subur,
dan tak payahlah lagi
saya nak membeli di pasar.

Banyak lagi akan menyusul.
InsayaAllah.

Sekian Wasalam.