Wednesday, 14 April 2010

Pengalaman Ngeri Keh Dalam Keretapi....

Assalamualaikum.

Dulu kala sebut aja nok pegi keKelantan, amboih bukan main suka lagi keh, maklumlah dapat lama sikit naik keretapi. Itu masa kecik2 dulu. bila tiba masa remaja pulak,lagi suka naik keretapi lama2, dapat kenal2 dan borak2 dengan guard keretapi, hehehe...

Tapi cerita ngeri keh nih berlaku sekitar tahun 1998 dulu, masa tu keh dah dewasa, selalu berulang alik ke kelantan. Biasa keh kala ke kelantan naik keretapi turun di steysen Pasir Mas. Nok pegi ke Kota Baru mudoh dah, jalan kaki sikit terus aja ke steysen bas, naik bas terus ke Kota baru.

Sekali sekala keh kala ada masa keh merayau2 di pasar yang terletak di seberang jalan keretapi Pasir Mas tuh. Barang2 kat situ muroh2 dari barang2 di Lepih nih. selalu juga keh beli barang jenama buatan Thailand yang banyok terjual disitu. Sekarang ni tak tau lah ada ke dok lagi pasar tu. Lama bete dah tak pegi ke Pasir Mas. Last sekali 4 tahun yang lepas.

Ada satu hari tu, keh sampai awal ke steysen Pasir Mas dari Kota Baru. Keh pun ambil kesempatanlah merayau-rayau di pasar yang gelak sengkuak tu, tapi bagi keh best pasar tu, semua menda yang keh nok ada dijual disitu, dari kain baju ke bunga dan hiasan, dari barangan tembaga ke barangan emas, perak semua ada. Dari etot ke ikan kembong. Keropok leko dan keropok leper pun ada. Pendek kata kala sesekali datang tu keh borong abislah, semua nok rasa. hari tu abis semua bahagian pasar tu keh ronda, sampai ke tempat menjual ikan basah pun ke pegi.

Bila keh tengok2 rega ikan tuh, mak aiii......muroh2nya ikan disini. Ikan selar hok beso terbangkok tu pun deme jual seringgit aja seekor. Geram keh nok beli bok balik ke Lepih. Molek lagi gayanya ikan tuh. Bila keh belek2 ikan tuh tuannya pun kata ke keh, akak belilah ikan nih muroh aja, seringgit seekor, kala akak beli lima ekor 3 ringgit aja, kata dia..

Tergoda sungguh keh, kala bok balik ke Lepih nih seminggu keh tak payoh beli ikan, bisik keh dalam ati.Lantas keh beli 5 ekor, suruh dia balut tebal2 sebab keh nok bawok balik ke Lepih kata keh. Toke ikan senyum2 ke keh. Agoknya suka sangat ikan dia laku 5 ekor sekali gus.

Selesai membeli beloh keh pun kembali ke setesyen , keretapi pun dah tak lama nok sampai. Sedang moleklah. Bila keretapi sampai keh pun terus redah nok naik dengan barang sarat kiri kanan tangan. Susoh jugak nok naik kala gitu gayanya. Tapi Alhamdulillahlah dapat juga keh naik dengan selamat dan duduk belakang sekali.

Tak sampai setengah jam dalam keretapi keh pun tertido. Rasanya keh sedo semula setelah 2 jam tertido, itu pun sebab keh nok ketandas. Laa, jauh pulok tandas nih, terpaksalah keh melalui satu koc untuk sampai ketandas.

Masa berjalan balik dari tandas ke tempat duduk keh, keh nampok orang dalam koc yang tengah semuanya kembang kempis hidung nya. Menda pulok deme nih? bisik ati keh. Ada juga yang keh nampok berpandangan sesama sendiri dalam keadaan yang mencurigakan. Ah!! sudah wabak apa pulok nih. keh mulalah rasa suspen. Apahal deme nih semacam aja gayanya. Selasa berada ditengah2 koc tersebut, tiba2 aja hidung keh tertangkap satu bau yang tak menyenangkan.

Bulu tengkuk keh terasa merembang pulok. Tadi masa keh terbangun dari lena keretapi sedang merentasi hutan tebal rasanya. Keh pun rasa chuak, kot-kot ada menda yang tak nampak menumpang koc tu masa merentasi hutan tebal tadi. Keh pun sama mengembang kempiskan hidung mencari punca datangnya bau yang tak menyenangkan tu tapi tak juga dapat keh mengenalpasti dari mana asal bau tu.Cuma baunya aja macam perat2 sikit, kohok sikit pun ada.

Takut terjadi sesuatu keh pun cuba meemjamkan mata. Biorlah deme tuh yang kalut mencari punca bau kohok tu yang semakin lama semakin menusuk hidung. dan baunya pun dah merebak ke koc-koc yang bersebelahan, sehingga guard pun tak senang duduk, kedepan kebelakang, anihnya tiada siapa pun yang berani buka mulut bertanya dari mana punca bau itu. yang mampu deme lakukan hanyalah berpandangan sesma sendiri.

Anihnya keh dalam orang kalut2 mencari punca bau kohok tu, boleh keh tertido semula. nampo gayanya terpaksalah keh berhenti bercerita disini saja. Akan keh sambung semula lepas terbangun dari tido nanti.

Sekian, tunggukan cerita seterusnya ' Pengalaman Ngeri Keh Dalam Keretapi.'

Wassalam.





Saturday, 10 April 2010

Aksi Terlampau Gadis Genit

ASSALAMUALAIKUM,


Nih hari pertama saya kat pejabat nenek saya. Jawatan saya ialah sekteri nenek saya.Bz sangat nih...banyok keje kena buat...Amacam nenek, pandai tak saya buat keje??


Bila penat buat keje saya round2 sambil tarik jabir plastik.Bukan jabir sebarang jabir yee pakcik2 makcik2 nih jabir cari makan tau.


Bila dah terlampau penat saya pun terduduk. Masa nihlah saya rasa betul2 sedih, terkenangkan mammy dan daddy yang jauh dimata.

Oklah, cukup 3 dulu aksi saya yang terlampau nih. Sekarang masa untuk minum susu.

Sekian Wassalam.

Friday, 2 April 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

Assalamualaikum,

Terlebih dulu Al-Fatihah buat Alahyarham Din Beramboi, semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman. Dan kepada keluarganya semuga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Keh bukanlah peminat setia Din Beramboi malah tidak mengikuti langsung perkembangan hidupnya cuma adalah kadang-kadang terbaca berita tentang beliau dan melihat beliau beraksi di kaca TV. Terakhir sekali semasa beliau mengadili rancangan realiti Raja Lawak.

Tapi pagi tadi tiba2 ada orang bagi tau keh tentang kematian Din Beramboi lepas tu seorang lagi. Bukanlah keh terperanjat diatas kematiannya yang mengejut itu, kerana kematian akan terjadi kepasa sesiapa saja tak kira masa, sama ada yang tua atau yang muda, dan yang sakit atau yang sihat cuma penyebab nya saja yang berbeza.

Apa yang menarik perhatian keh ialah punca kematiannya yang dikatakan terkena jangkitan
Virus Rats Pee atau virus air kencing tikus. Keh sebenarnya tak tau sangat tentang virus ini cuma pernah dengar orang tua cakap, bebaik sikit dengan tikus tu, sebab dulu tikus ni selalu sangat masuk dalam tong atau tempayan beras. Kata deme boleh bawa maut kala termakan makanan yang terkena air kencing tikus. Betullah rupanya.

Macam mana virus ni boleh berjangkit kepada manusia? Diantaranya melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing tikus yang telah kering. Air kencing tikus yang mengandungi toksid yang boleh membawa maut dalam jangka masa yang sangat singkat.

Penggemar minuman dalam tin berisiko untuk mendapat jangkitan ini jika mereka tidak berhati-hati kerana tin minuman berkemunkinan tercemar oleh air kencing tikus. Apabila mereka mengogok minuman terus dari tin yang terkena air kencing tikus, virus tersebut akan sama memasuki tubuh mereka melalui minuman tersebut. Jadi berhati-hatilah. Kala tak ada air nok basuh tin minuman tersebut sebelum mengogoknya baiklah gunakan strow aja.

Moralnya : 1. Basuh tin minuman sebelum digogok sebab munkin tin minuman tersebut dah dikencing oleh tikus maklumlah dah disimpan berhari2 digudang atau dikedai yang dah tentunya bayak tikus bersarang.
2. Jangan beli atau makan makanan yang dah lunyai dikerik oleh tikus, terutamanya ubi kentang, mee, tepong, gula, walaupun yang lain2nya tu masih baik, kemunkinan tikus kencing pada barangan yang masih baik tu dan makan barang yang lain.
Walllahualam.

Sekian Wassalam.

Monday, 29 March 2010

Plastik Minyak atau Minyak Plastik

Assalamualaikum,

Beberapa bulan yang lepas keh pegi ke satu Pekan Sari dalam daerah Lepih ni juga. Memang kebiasaan keh kala pegi Pekan Sari keh membeli keropok untok dibawak balik. Keh tengok pada petang tu ada tiga orang yang berniaga keropok goreng kat situ. Toke yang sorang tu keh tengok ramai bete orang bekerumun dekat dia menunggu giliran nok membeli keropok. Toke yang dua orang lagi tu tak berapa ramai sangatlah.

Biasalah keh kala nengok orang ramai tu keh rasa mestilah keropok dia tu terlebih sedak sikit pada orang lainnya. Keh pun bekerumunlah kesitu juga. Lama juga keh menunggu nok mendapatkan dua ringgit keropok leko yang di potong nipis dan dijual 10 keping seringgit tu.

Dah dapat keh pun pegilah ketempat lain pulok, nengok2 aja lebihnya, belinya sikit aja. Hala nok balik keh terpandang ke toke keropok tempat keh beli keropok kejak tadi. Matnya weh mata keh tersaloh tengok ke, keh nampok toke keropok tu pegang dua kampit minyok kiri kanan terus aja celup kedalam koli minyok panas, habis cair dengan pelastik minyok sekali masuk kedalam koli minyok panas dia tuh.

Lama juga keh memikirkan mengapa dia buat gitu, tak ke plastik minyok tu bahaya kala termakan, nih kala dah cair dalam koli gitu mestilah melekat pada keropok yang keh beli tadi. Tu hok baru keh nampok, belom lagi hok keh tak nampok. His geli keh.

Bila keh cerita pada sorang kawan barulah keh tau perbuatan tu sengaja dilakukan untuk mengekalkan kerangupan keropok yang digoreng tu, walaupun dah sejuk. MasyaAllah weh. Baru2 ni ada pulok orang bagitau keh jangan beli goreng pisang di tempat2 tertentu sebab minyak goreng pisang dia dah dicampor dengan plastik minyak juga, bertujuan untok merangupkan tepung goreng pisangnya.

Memang pun kala rasa goreng pisang dia, tepungnya memang rangup dan macam berbuih aja tepung tu menyalut pisangnya. Kala dah sejuk terasa lagi rangupnya tapi keras dan liatlah sikit.
Tak cukup dengan keropok dan goreng pisang aja, bawang goreng juga katanya ada deme campurkan strow dalam minyak untok mengekalkan kerangupan bawang goreng tersebut.

Kala gini gayanya, tak heranlah kita nih ramai sangat yang dapat penyakit pelik2, dan kronik2.
Kadang tu muda lagi dah dapat penyakit kronik. Rupanya kita nih makan racun sesaja. Entahlah..Wallahualam..

Sekian Wassalam


Friday, 26 March 2010

Tamat.

Assalamualaikum,
Kala beginilah gaya rupa kenderaan nih, rasa keh tamat riwayat semua
orang yang berada didalamnya. Kesian bete.

Sekianlah Wassalam.

Thursday, 25 March 2010

Dia Buat Lagi

Assalamualaikum,

Letih bete keh memikirnya, asa berkumandang aja azan maghrib, mulalah dia nok merepair speaker kereta dia, pasang lagu pulok hok lambung2 rambut hok terloncat2, kuatnya toksah ceritalah macam ada karaoke dalam rumoh keh pulok rasanya.

Gonelah gaya keh nok membuatnya, nok maroh keh rasa tak ada hak, itu kedai dia, tak kan dia nok halau customer dia yang nok merepair keretanya. Nok diamkan aja tak bulehlah juga. Sampai nok solat pun tercaca.

Pulok tu keh peliknya yang hantor repair kereta tu nampoknya orang melayu kita nih, kala sekali sekala tu tak apalah, nih tiap2 hari. Tuju ke bete2 masa maghrib, sama naik dengan azan bunyi lagu dia. Kala orang cina ke , keling ke keh tak kisoh sangat nih orang melayu kita.

Entahlah apa nok jadi dah dengan orang kita nih...

Sekianlah dulu.

Wassalam

Wednesday, 24 March 2010

Maaf Weh Yek

Assalamualaikum,

Terlebih dulu keh nok minta maaf pada rodong2 yang selalu masuk blog keh dan keh selalu ziarah blog mereka. Sajak akhir2 nih keh tak dapat lagi nok menjawak komen deme, dan tak lepas lagi nok menziarah blog deme. maaflah yee weh.

Disini keh catatkan diantara sebab mengapa keh tak dapat nok berbuat demekian.

1. Internet terlalu lambat :
a. Nok masuk blog keh sendiri ambil masa 3 minit.
b. Nok masuk blog En Zulkbo amik masa 5 minit.
c. Nok masuk blog En Yassin amik masa 6-7 minit
d. Nok masuk blog En Relevan amik masa 4 minit
e. Nok masuk blog En Pie amik masa 4 minit
f. Nok masuk blog endiem amik masa 5 minit
g. Nok masuk blog cikgu Jang amik masa 5 minit, lagi dan lagi dan lagi

Mana hok nama keh tak sebut tu jangan terasa ati yee..sebenonya keh cuba nok buka semua blog rodong2 tapi itulah masaalah keh..sedangkan masa untok online terhad sesangat.

Letih keh menunggu, pas tu nok comment tunggu comment pulok amik masa 5 minit.
Jumlah yang pernoh keh kira untuk selesaikan buat komen blog seorang rodong libih kurang 20 minit. Macam mana weh, ada deme mangalami masaalah seperti keh alami nih?

Harap jangan maroh yee, walau apa pun keh tetap mengingati deme semua..

Sekian wassalam