Saturday, 5 June 2010


Assalamualaikum,

Kat atas tu hasil kerja keh sepagi-pagi nih, dari lepas subuh tadi. Sirih junjung untuk orang nok bertunang. Amacam boleh ke?


Nih pulok nasik manis yang keh kacau malam tadi sampai nok tersungkur kedalam koli dek kerana mata mengantuk sangat, tapi Alhamdulillah jadik juga. Nih adalah satu lagi cabang perniagaan yang bakal keh ceburi sedikit masa lagi, nih dah ansur2lah nih.

Ada sesapa yang terliur nok makan nasik manis boleh order. Baik punya.

Sekian Wassalam.

Thursday, 3 June 2010

Negara Tanpa Asap

Assalamualaikum,

Bhutan sebuah negara yang berkongsi sempadan dengan China dan India. Munkin nama negara ini tidak sepopular Malaysia malah munkin ada orang yang langsung tak pernah mendengar nama negara ini. Bukan tujuan nak mengagungkan negara orang, atau membandingkan dengan negara kita yang tercinta ini. Cuma keh tertarik dengan kepimpinannya yang tegas sehingga membawa kepada kesejahteraan negara dan rakyatnya, dan maklumat ini sekadar untuk dikongsi bersama.

Bhutan merupakan sebuah negara yang bebas dari pencemaran udara dari segala asap dari kenderaan kerana kebanyakan penduduk Bhutan tidak mempunyai kenderaan dan mereka lebih suka berjalan kaki atau menaiki kuda. Disini tidak ada masaalah kesesakan lalulintas atau kemalangan sekaligus membuatkan hidup mereka begitu makmur.

Disini juga tidak ada pencemaran udara akibat dari asap rokok kerana rakyat Bhutan tidak dibenarkan sama sekali merokok. Larangan merokok oleh pemerentah kepada semua warga Bhutan berkuatkuasa sejak tahun 2004 lagi. Kerajaan Bhutan juga mengharamkan import plastik sebagai bekas minuman atau makanan.

Yang paling menariknya, walaupun rakyat Bhutan bukan beragama Islam, mereka tidak memakai pakaian yang menjolok mata, pakaian yang boleh menimbulkan ghairah bila mata memandangnya. Anak2 gadis juga digalakkan kawin pada usia yang muda untuk mengelakkan daripada segala macam kegiatan yang tidak baik. Kat sini tak ada masaalah sosial yang boleh menganggu ketenteraman penduduk.

Selain dari itu kedatangan pelancong asing juga dihadkan bilangannya pada sesuatu masa kerana takut mereka akan membawa pengaruh negatif kepada warga negara ini.Ini semua adalah hasil dari ketegasan pemimpinnya yang mahukan rakyatnya hidup gembira dan sejahtera.

Bagaimana kalau pemimpin negara kita bertindak tegas seperti pemimpin negara Bhotan ini, apatahlagi negara kita ini sebuah negara Islam, pasti kita bebas dari segala gejala yang membelenggu dan menghantui kita selama ini.

Munkinkah?? InsyaAllah.

Sekian Wassalam.

Wednesday, 2 June 2010

Mari Kita Tentang Kekejaman Israel.



Assalamualaikum,

Terasa betul sedihnya bila setiap hari membaca berita kekejaman tentera Israel yang menyerang kapal misi bantuan ke Gaza yang turut di wakili oleh rakyat Malaysia. Memang Yahudi ni tak ada hati dan perasaan langsung sehinggakan orang yang mahu memberi pertolongan pun mereka jadikan sasaran.

Simpati dengan rakyat Malaysia yang walaupun diberitakan selamat tetapi disumbat kedalam penjara tentera Israel. Entah apalah dilakukan kepada kesemua tahanan itu. Mereka ini tidak boleh dipercayai, sedangkan kanak2 dan wanita yang tidak berdosa pun mereka siksa, inikan
pula orang yang hendak menolong musuh mereka.

Walaupun kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Tan Sri Najib telah memulakan langkah menyelamat rakyat kita yang terlibat, namun perasaan bimbang tetap ada dihati kita semua rakyat malaysia memandangkan Israel bukanlah bangsa yang senang dibawa berunding.

Sama-samalah kita berdoa, bermunajat kepada Allah SWT, agar dipermudahkan urusan menyelamat dan membawa pulang rakyat kita yang tidak diketahui keadaan mereka disana.

Untuk menentang dengan kudrat dan apa juga yang kita adalah terlalu mustahil, namun kita boleh menentang dengan hati dan perasaan kita. Banner diatas tu dihasilkan oleh seorang blogger, sama2lah kita letakkan banner tersebut diblog kita tanda kita perihatin dan turut menentang kekejaman tentera Israel.

Sekian Wassalam

Nuffnang oh Nuffnang


Assalamualaikum,

Hampir setiap hari keh membuka statistik Nuffnang keh, adalah sikit2 peningkatan, tapi lambat sangat. Letih juga menunggu bilalah nok jadi kaya dengan Nuffnang ni.

Keh rasa munkin keh tak selalu blogwalking, tak selalu terjah blog orang, makanya trafik keh tak begitu tinggi, lagi pun keh sendiri selfish sikit agok nya tak rajin klik iklan dalam blog orang lain, sebab itulah orang pun tak klik iklan dalam blog keh.

Mulai hari ini keh akan sentiasa blogwalking dan klik semua iklan dalam blog orang lain. Tapi nuffnang ni satu juge yang keh muskil, iklan tu selalunya keluar masa keh tengoh rehat dari bertenet, bila buka semula iklan dah tak ada.

Walau macam mana usaha itu tangga kejayaan..InsyaAllah.

Sekian Wassalam



Tuesday, 1 June 2010

Susu

Assalamualaikum,

Sekadar nak bagi tau, hari ini 01-06-10 adalah hari susu sedunia. Sebut aja susu biasanya sinonim dengan kanak-kanak aja. Tapi kita orang dewasa ni sepatutnya minum susu sama macam kanak-kanak juga kerana tubuh kita sangat2 memerlukan khasiat dari susu terutama Kalsium. Kalsium yang terbaik hanya terdapat didalam susu.

Khasiat susu ni bukan saja boleh didapati dengan meminum terus dari botol atau kotaknya, ianya juga boleh di jadikan bahan tambahan untuk masakan. Dengan ini orang yang tak berapa suka minum susu boleh juga menikmati khasiat susu.

Susu juga boleh menggantikan santan didalam masakan kita, sekaligus mengurangkan kolesterol didalam masakan kita. Nasi lemak misalnya lebih sedap kalau dimasak menggunakan susu dengan ditambah sedikit minyak atau marjerin, akan lebih gebu dan lembut.

Kurang minum susu maka kuranglah kalsium dalam badan kita, ini boleh mengakibatkan reput tulang dan komplikasi lain.

Rajin2lah minum susu yee...

Jangan dah tua bangka masih minum susu ibu lagi dah laaa..

Sekian Wassalam.


Mudahnya Berjanji

Assalamualaikum,

Semalam bukan main bersemangatnya keh berjanji pada diri sendiri, mulai hari ni 01-06-10( cantik nombor nih) bersamaan 18 J.Akhir, keh akan menyusun dan mengikut jadual harian keh se tepat-tepatnya, tapi nampok gayanya terpaksa juga keh rombak sikit.

Sepatutnya tadi tepat pukul 1.00 keh dah kena keluar untuk tugas seterusnya, solat Zohor di Masjid Negeri Lama, tapi sampai sekarang pun keh masih lagi ket depan komputer bertenet. nampok gayanya terpaksalahkeh melangor jadual yang keh buat sendiri.

Tapi bukan senang sebenornya nak mengikuti setepat-tepatnya jadual yang dah di buat, apalagi kerja macam keh ni, sekejak ada orang datang, sekejak orang talipon, sekejak perut pulok rasa lapo. sekejak nok tengok internet. Tengok-tengok jam lahhh..dah pukul 02.28 petang.

Nampok gaya kenalah keh membatalkan dulu jadual tepat keh ni, tunggu 1 Rejablah pulok, ada lebih kurang 12 hari lagi untuk keh berlengah2. InsyaAllah...semuanya dengan izin Allah belaka.

Allah berfirman dalam surah Al-'Ashr :-

Demi Masa.

Sesungguhnya manusia itu dalan kerugian.

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solih dan berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran.

Memang dah sifat manusia ini selalu lalai, semuga kita semua tidak berada didalam kelalaian.

Sekian Wassalam

Artis Diva, Dato' Siti Norhaliza

Assalamualaikum,

Sekadar hiburan semantara menunggu enrty akan datang