Wednesday 21 April 2010

Menjawab Tag En. Yassin.

Assalamualaikum

Entry ini keh buat khas untuk menjawab TAG daripada En Yassin, rodong blogger yang sangat produktif dari Jerantet. Ini pertama kali keh di TAG sepanjang hayat keh berblog, terima kasih En Yassin yee, merasalah keh menjawab TAG. Ni seberapa daya keh cuba menjawabnya dengan tepat tapi kala tak berapa tepat juga jangan marohlah yee...

Antara perkara yang perlu keh buat:

1. Go to your photo files, select the 3th photo folder.

2. Select the 3th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 3 blogging friend to do to do the same

Ini adalah gambo yang dalam simpanan keh, tapi folder kedua, sebab keh cuma ada dua folder aja tapi gambo ke 3 tu bete dah. Makcik dalam gambo ni sedang menganyam mengkuang untuk dibuat tiko ( Tikar )

Cerita sikit yee tentang tiko ( Tikar ) nih. Zaman dulu tak ada tiko getah apalagi karpet. Maka tiko mengkuanglah yang menjadi alas duduk tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita. Tiko dianyam dalam berbagai corak, putih biasa, berwarna dan berkelarai. Tiko putih biasanya di bentang untuk alas duduk sekeluarga, manakala tiko berwarna warni untuk alas duduk tetamu yang datang dan tiko kelarai untuk dibentangkan kepada tetamu istimewa atau dimajlis2 keraian atau majlis perkahwinan.

Yang paling istimewanya setiap rumah akan menyediakan sehelai atau dua helai tiko putih yang dianyam khas dari pucuk daun mengkuang, warnanya putih bersih dan lembut. Gunanya ialah untuk membungkus jenazah yang akan dibawa kekubur.


GAMBAR IRINGAN

Ini gambo daun mengkuang, mengkuang ada dua jenis, satu dipanggil mengkuang air, satu lagi dipanggil mengkuang pandan, mengkuang air hidup didalam benchah ( paya yang berair ) manakala mengkuang pandan tumbuh diatas darat ditepi benchah. Beza antara mengkuang air dengan menkuang pandan, mengkuang air daunnya lebih lebar dan panjang dan lebih keras dan tebal, sesuai untuk dibuat sangir ( tudung saji ) manakala mengkuang pandan daunnya lebih kecil, pendek dan lembut. Sesuai untuk dibuat tiko kelarai.

Zaman dulu mengkuang bukan sahaja sebagai sumber untuk produk kraft tangan, tapi ia merupakan produk wajib terutamanya kepada orang kampung. Diantara produk yang dihasilkan dari mengkuang ialah buja ( bekas 4 persegi, seperti bakul tapi tak ada tangkai) digunakan untuk mengisi padi untuk di bawa dari rumah angin ke kepok atau ke lesung. Sumpit ataukelompen, untuk bekas ikan semasa pergi menjala atau mengail, atau bekas emping, Tiko(tikar)untuk alas duduk dan Sangir (tudung Saji).


WARISAN

Ini diantara tiko corak kelarai yang dihasilkan oleh mak saudara keh, warisan dari mak keh yang masih keh simpan untuk diwariskan pula kepada anak cucu keh.

WARISAN 2

Ini satu lagi corak tiko kelarai yang masih keh simpan.


Maaflah En Yassin yee, panjang lebo plak cerita keh, tak pe kan, tulah storynya.

Untuk meneruskan kesinambungan TAG nih keh kenalah juga mengTAG tiga orang dari rodong keh yang terpilih. Lihat siapa yang kena!!

1. Echam

2. Cikgu Jang

3. Nojah

4. En. Hamzah

5. Sha

6. Kak Aida

7. aSHa

8. Lana Bulu

9. Jejaka Desa

Oppsss..terlebih laa pulok...tapi tetap 3 juge yee. tiga kali tiga sama juga sembilan..

Tapi kala rasa malas atau tak nok jawab tak apalah yee..lupakan saja.

TAG ini keh sudahi juga dengan serangkap pantun :

Ayu sungguh sidara sunti

Berbaju kebaya bersanggul dikepala'

Sungguhpun budaya datang dan pergi

Warisan kita jangan dilupa.

Sekian, Wassalam.

LipisLady.

18 comments:

  1. terima kasih kerana tidak melupakan saya. saya tak berapa faham arahannya. tapi kalau mengikut pemahaman saya, senang je nak memenuhi tuntutan tag ini. nanti saya buat ikut pemahaman saya. tapi kalau tak betul jangan pulok aok kecik hati yek !

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, En. Hamzah, tak ada hal, cuma untuk suka2...

    ReplyDelete
  3. Tag mengetag keh tak berapa,
    Ada masa nanti keh layan;
    Warisan kita jangan dilupa,
    So datanglah ke Kota Warisan

    ReplyDelete
  4. Pertama terima kasih juga kerana menjawab dan menyelesaikan TAG ini dgn baik dan sempurna...kek hok kurengnya tag aok neh teadeh gambo aok aje hehehehe tu hok jadi kurang markahnya ... kalau doh harus 100/100 dah hehehe..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    * Kak Aida,
    Tag mengetag ni untuk suka-suka
    Sambil layan kerenah rodong,
    InsyaAllah ada masa keh datang juga
    Ke Kota Warisan pasti berkunjung

    * En Yassin, aok nok tengok gambo keh kee, nantileh yek, bile2 esok keh buat enty khas untuk gambo keh saja...

    ReplyDelete
  6. salam ziarah dan singgoh membaca.

    ReplyDelete
  7. W,salam man, terima kasih singgoh...

    ReplyDelete
  8. LL...Pembetulan..aok mungkin terlepas pandang..Kawan ada ngetag aok pd n3 kawan bertarikh 22Feb 2010..Silap kawan mungkin tak maklumkan pd aok..tp tak ngaper..sonok-sonok jer..
    Matnyer..aok ngetag kawan ya!!..

    ReplyDelete
  9. salam..
    menrik belaka gambo2 yang
    aok kemukakan LL..siap penerangan
    yang jelas...

    ReplyDelete
  10. salam cik kok.
    dapat jugok kwn tahu paser tiko ni.alhamdullilah la masih ada penerus warisan

    ReplyDelete
  11. salam..

    huhu nasib koi baik..

    ReplyDelete
  12. Name koi pun ande juge yek.Terime kaseh weh.Tapi koi tak berape nok maham ke bahase mat salleh ter.Kali pertame koi bace ande bunyi syair.Kali kedua bunyi bertih bergoreng.Tu yang payoh ter.

    ReplyDelete
  13. nama koi pun ada..ehehe ok ok nanti koi buat..ada 3 draft dah sedia ni..tima kaceh

    ReplyDelete
  14. Salam Lipislady,
    Sungguh informative cerite aok te pasal tiko. Rupanya banyak benda yg kawan tak tau pasai warisan kawan sendiri...

    ReplyDelete
  15. koi mintak pospon dulu boleh tak...laptop koi mogon pulak ari ni....his his his...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    * Sha, laa keh masa tu tengoh sibuk sangat, banyok entry aok keh termiss...sorrylah yee..jangan pulok aok serik nok mengetag keh ...

    * Alhamdulillah en Zul, keh minat sangat menda gituh, dulu keh menganyan tiko juga ikut mok keh..ada cerita disebalik menganyam tiko nih, nanti keh buat entry mengenainya...

    * Yerlah pacifist, warisan orang2 tua dulu ni jangan dilupakan, nanti tak ada lagi aslinya kita orang melayu nih...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,

    * En Mazru, napa pulok aok bernasib baik..hehehe,

    * Jejaka Desa, hehehe...sepatutnya keh translate ke bahasa melayu ari ter yek..

    * Terima kasih aSHa, makcik tengoh menunggu nih...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,

    * En Idi, laa aok tak kena tag yee..keh terlepas pandang yek..memang keh suka sangat membongkor warisan nih..esok2 keh bongkor menda lain pulok.

    * Tak ada hallah cikgu Jang, menda hok suka2 aja..

    ReplyDelete