Thursday 3 June 2010

Negara Tanpa Asap

Assalamualaikum,

Bhutan sebuah negara yang berkongsi sempadan dengan China dan India. Munkin nama negara ini tidak sepopular Malaysia malah munkin ada orang yang langsung tak pernah mendengar nama negara ini. Bukan tujuan nak mengagungkan negara orang, atau membandingkan dengan negara kita yang tercinta ini. Cuma keh tertarik dengan kepimpinannya yang tegas sehingga membawa kepada kesejahteraan negara dan rakyatnya, dan maklumat ini sekadar untuk dikongsi bersama.

Bhutan merupakan sebuah negara yang bebas dari pencemaran udara dari segala asap dari kenderaan kerana kebanyakan penduduk Bhutan tidak mempunyai kenderaan dan mereka lebih suka berjalan kaki atau menaiki kuda. Disini tidak ada masaalah kesesakan lalulintas atau kemalangan sekaligus membuatkan hidup mereka begitu makmur.

Disini juga tidak ada pencemaran udara akibat dari asap rokok kerana rakyat Bhutan tidak dibenarkan sama sekali merokok. Larangan merokok oleh pemerentah kepada semua warga Bhutan berkuatkuasa sejak tahun 2004 lagi. Kerajaan Bhutan juga mengharamkan import plastik sebagai bekas minuman atau makanan.

Yang paling menariknya, walaupun rakyat Bhutan bukan beragama Islam, mereka tidak memakai pakaian yang menjolok mata, pakaian yang boleh menimbulkan ghairah bila mata memandangnya. Anak2 gadis juga digalakkan kawin pada usia yang muda untuk mengelakkan daripada segala macam kegiatan yang tidak baik. Kat sini tak ada masaalah sosial yang boleh menganggu ketenteraman penduduk.

Selain dari itu kedatangan pelancong asing juga dihadkan bilangannya pada sesuatu masa kerana takut mereka akan membawa pengaruh negatif kepada warga negara ini.Ini semua adalah hasil dari ketegasan pemimpinnya yang mahukan rakyatnya hidup gembira dan sejahtera.

Bagaimana kalau pemimpin negara kita bertindak tegas seperti pemimpin negara Bhotan ini, apatahlagi negara kita ini sebuah negara Islam, pasti kita bebas dari segala gejala yang membelenggu dan menghantui kita selama ini.

Munkinkah?? InsyaAllah.

Sekian Wassalam.

7 comments:

  1. salam kak, tak silap koi pilihanraya dibuat secara elektronik di bhutan......betol dok?....

    ReplyDelete
  2. wah anbelibebel sungguh. wujud rupenye negara camni kt dunia ni. bagus betul. mesti segar je udara tetiap ari kt situ. malaysia rasenye, susah la nk jadik gitu. tak mungkin kot

    ReplyDelete
  3. bhutan..malaysia....bnyak beza nya, malaysia berpolitik sepanjang tahun..parlimen sibuk dok gubal akta..
    sibuk mengkaji subsidi minyak dan gula.. sampai tak sempat nak bincang isu seluar ketat..adapon dulu heboh pasal kain baju kurung budak sekolah nipis..tapi senyap jerr...

    ReplyDelete
  4. kat malaysia mengalu alukan pelancong asing. pendatang asing dan pendatang haram.. terlalu kebendaan.

    ReplyDelete
  5. kalu nak pembangunan perlukah kita korbankan tradisi?

    ReplyDelete
  6. salam..
    hebat la gini
    tak de yang kena
    sesak nafas..
    harap tak de yang merokok.

    ReplyDelete
  7. Agak-agak camner kita nak gi lawat dan bersiar-siar di negara Bhutan ini, larat ke?

    ReplyDelete