Friday, 23 July 2010

Kopi Taik Musang

Assalamualaikum,

Kopi Luwak merupakan kopi yang termahal didunia.
Biji kopi Luwak ini boleh dijual pada harga RM 1,600 untuk setiap
kilogram.Kopi ini terhasil apabila biji kopi yang telah masak ranum
dipetik dan diberimakan kepada musang2 yang dipelihara khusus untuk
menghasilkan kopi Luwak ini. Biji kopi yang keluar bersama najis
musang tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dipanggang
dan di proses untuk dijadikan serbuk kopi yang termahal didunia.
Proses membuat kopi Luwak ini pernah disiarkan di TV.

Gone weh, sanggup ke kita minum kopi te,??? Gone rasa agoknya
yee, lebih sedak dari kopi cap cikgu yang keh selalu minum ke??

Sekian Wassalam.

16 comments:

  1. huh..tak sanggup ambo!!!!

    ReplyDelete
  2. Sallam,

    Cikgu Naman, hehehe...dah nama taik yek, nok dimakan balik..eeee...geli...

    ReplyDelete
  3. Musang tu kabornya hanya memilih biji2 kopi yang terbaik sahaja utk dimakan sebab tu biji kopi itu jadi mahal.

    Macam2 kopi ada sekarang nei yeek.. Kash tak minum kopi mudoh het pening huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. Omboih weh....Pandei amat musang ter membuat kopi yek..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    En Yassin, proses pemeraman dalam perut musang tu yang membuatkan kopi tu mahal agoknya...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Jejaka Desa, musang yang dah dilatih untuk membuat kopi.

    ReplyDelete
  7. LIPISLADY..biau le akak tak minum kopi mahal..dah nama najis tu pun akak dah tak sanggup..lagipun..akak tak suka kopi..

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Minum kopi tapi tak minat sangat. LF selalu pekena teh tarik ! Bila baca entri ini, berminat juga nak rasa minum kopi special ni ! Kalau ada beritahu, LF boleh datang .

    ReplyDelete
  9. eeeeiii uwek. baru je minggu lepas tgk dokumentari pasal kopi ni. ade la gak dia tunjuk pasal kopi luak ni. tp testimoni org yg dh penah minum takde la ckp kopi ni sedap. diorg cuma ckp macammane namanye, mcm tu la rase dia. kira bahasa sopan tuk 'kopi ni rase taik'. uwek

    ReplyDelete
  10. kopi indon ke ni? dengo crita pnoh diberi pada presiden us dan deme maroh pasal berasa terhina la pulok

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum
    Kak Erna, nampak gayanya semua orang tak suka najis kak, nama pun dah najis, dibasuh macam mana pun ia tetap najis...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,
    LF, kopi ni rasanya hanya ada di Indonesia..moh kita kesana kalau nak merasa..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Jah, moh kita pakat beli dan rasa, sedak agoknya..heee...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    kalau yang pelik2 gini memang dari Indonlah...hehehe, mana tak marahnya president US tu, orang bagi ke dia taik, hehehe...

    ReplyDelete
  15. Bagus kopi ni ubat kuat tenaga luaran dan dalaman..he he!

    ReplyDelete
  16. salam..
    koi hantu kopi..
    tapi main kopi taik musang ni
    koi larikkk..kerja gila apa
    makan kopi taik...he he

    ReplyDelete