Friday 3 December 2010

Tahun Baru Lagi

Assalamualaikum,

Diam tak diam, pejam celik, pejam celik dah nak sampai pulak ke tahun baru Hijrah 1432, cuma 3 hari saja lagi iaitu pada 07-12-2010 ini. Makin cepat rasaya masa berlalu. Rasa macam baru semalam berikrar dengan azam baru. Masih banyak lagi azam yang dibuat pada tahun 1431 ini yang belum terlaksana sepenuhnya malah masih ada juga yang langsung tak di mulakan perlaksanaannya. Tiga hari lagi dah nak melangkah ke tahun lain pula. Kalau macam itu rasa-rasanya baik dibawa sajalah azam yang lama tu ke tahun baru nanti untuk dilaksanakan disamping mengekalkan kecemerlangan perlaksanaan azam yang telah terlaksana.

Disamping melaksanakan azam, banyak juga peristiwa-peristiwa pahit manis yang telah terjadi pada tahun ini yang telah meninggalkan seribu kenangan pahit manis dihati kita walaupun bukan terjadi kepada diri kita sendiri, tapi masih meninggalkan kesan yang mendalam dihati kita. Peristiwa gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, banjir besar, letusan merapi, pembunuhan, kemalangan ngeri yang kesemua peristiwa ini telah meragut berpuluh-ruluh malah beratus-ratus ribu nyawa bukan sahaja di Malaysia ini malah dinegara jiran kita dan seluruh dunia amnya.

Semua ini dapat kita ambil iktibar betapa rapuhnya nyawa kita dan mudahnya diambil pergi oleh yang Empunya Hak, tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, yang sakit maupun yang sihat. Malah semua ini juga membuatkan kita insaf dan kembali merenung diri sendiri, dimanakah kedudukan kita sebenarnya, sudahkah kita membuat persiapan untuk menghadapi hari-hari tersebut. Atau kita masih lalai dibuai keseronokan dan kesenangan yang sementara ini.

Tidak lupa juga kita merenung diri apakah sumbangan kita dalam membantu mereka-mereka yang masih berkesempatan untuk bernafas setelah mengalami peristiwa ngeri tersebut. Memang mustahil bagi kita untuk membantu mereka secara terus dengan menghadirkan diri, malah kita juga tidak berkemampuan untuk menghulurkan bantuan2 dari segi kewangan namun ada juga diantara kita yang berkesempatan untuk menyumbang setakat termampu melalui agensi2 yang dilantik. Bagi kita yang memang betul2 tidak berkemampuan kita masih berpeluang untuk menghulurkan bantuan dengan berdoa dengan penuh tulus ikhlas agar penderitaan mereka segera di ringankan atau dihilangkan.Tidak ada apa yang lebih baik dari berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Semua ini juga merupakan azam untuk kita menjalani kehidupan ditahun baru 1432 ini nanti. Disamping memperkukuhkan ibadah untuk diri kita sendiri, keluarga dan saudara sekeliling kita.Semuga segala usaha kita, diberkati dan dimakbulkan.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432.

Sekian, Wassalam.


4 comments:

  1. heh... dah berlapis azam lama yang nak carry forward nih

    ReplyDelete
  2. salam..
    penanda aras la nih
    tandanya masa kita dah
    makin singkat nak kumpul
    amal banyak2...ermmm.

    ReplyDelete
  3. Salam, kadang kawan malas sgt nok berazam2 lalu ajelah...pun gitu ada juga azam yang sentiasa tidak tercapai :(

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah,
    smoga thun ini lbeih baik dr thun2 sblumny ^^

    ReplyDelete