Friday, 11 February 2011

Hobi Lama


Assalamualaikum,

Semua orang ada hobi masing-masing. Ada yang suka berkebun, tanam bunga, gubah bunga, kraftangan, memasak dan banyak lagi hobi2 yang ada sesetengahnya boleh dijadikan pendapatan sampingan, dan ada juga sekadar untuk memenuhi masa lapang.

Keh sendiri ada bermacam-macam hobi yang selalu dilakukan apabila ada masa lapang. Tapi sejak akhir2 ini keh langsung tak ada masa lapang menyebabkan keh terpaksa melupakan segala hobi yang pernah keh lakukan dulu.

Tapi semalam keh rasa macam nak memulakan semula segala hobi yang dah sekian lama keh tinggalkan. Jadi keh mulakan dengan hobi pertama ia itu mencantum perca kain. Hobi ini memang melekakan dan memerlukan masa yang agak panjang, maklumlah bila dah mula mencantum kain tu selagi tak siap jarang nak berhenti. Perca kain ni kalau dicantum lebar sedap dibuat selimut, sejuk dan selesa tambahan ianya menggunakan kain polyester, satin dan kain yang lembut2 sahaja.

Keh mula membongkar perca kain yang keh dah simpan lebih kurang 5/6 tahun lalu pada pukul 6.00 petang, keh dulu tukang jahit, jahit baju kurung dan baju melayu sahaja. Keh pun memulakan kerja mengukur dan menggunting. Leka betul, berhenti untuk tugas wajib aja lepas tu sambung semula sampai pukul 9.45 malam. Hasil nya keh dah menyiapkan satu bidang kain cantuman yang terdiri dari 80 keping perca yang berukuran 20 cm persegi setiap 1. Ada gambar kat bawah sebagai bukti.

Ni dah siap, tinggal sebidang lagi.
Laa tak ada warna merah rupanya, patutlah
pudar dan kelabu asap aja.

Dah selesai jahit perca tetiba plak keh rasa lapar. Tak tau menda nak makan, intai2 telor ada baki lapan biji lagi, majerin ada setengah kampit lagi (majerin pelangi aja) Gula, tepung semua ada, ok, sukat gula satu cawan, majerin pelangi 250gm, tepung gandum yang dah siap digoreng (kat rumah keh memang ada stok tepung yang dah siap digoreng untuk keh buat kuih bahulu,) 13/4 cawan, telor 5 biji, sapu loyang dengan majerin, panaskan oven 175c.

Tepat pukul 22.22 malam, ( siap tengok jam tu! ) keh pun pukul/kacau majerin dengan gula 5 minit aja ( guna senduk kayu hehe ) pecahkan telur pukul dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam adunan majerin separuh, pukul adunan dalan 2 minit dan masukkan separuh lagi dan pukul/ kacau hingga sebati. Masukkan vanilla dan tepung yang dah diayak dengan 1/2 camca teh B/P. Kacau dan masukkan dalam loyang dan bakar. Setengah jam kemudian:-

Inilah dia hasilnya, walaupun ada bubble sikit atasnya
dan hitam2 sikit, tapi sedap.
Balik petang ni kalau tak ada apa-apa program lain keh akan siapkan selimut perca kain, esok cuci dan boleh pakai selimut baru untuk menggantikan selimut lama yang dah koyak2.

Apa plak hobi anda?? Sharelah.

Sekian dulu.
Wassalam.

8 comments:

  1. sebelom ni hobi saya masak.tapi start masuk bulan 2 ni,tukar hobi kira hari kat kalendar.maklomlaa...bulan dpn nak balik malaysia.kih3x!

    ReplyDelete
  2. Sallam Anis
    Hehehe, bagus hobi tu, jarang ada orang yang hobinya kira hari kat kalendar, makcik baru ni pun ada hobi gitu, masa jaga cucu, tiap hari mesti lebih dua kali kira hari, takut kiraan yang pertama silap hehehe.

    Selamat kembali ke Malaysia, bila tu??

    ReplyDelete
  3. Salam, aok tak emboh jual seselai.. teringin kash nok buat selimut selai :)

    ReplyDelete
  4. salam..
    menjahit perca kain
    sesambil makan kek..
    behh la cenggitu yak?
    he he..

    ReplyDelete
  5. as salam LL..sekarang ni dah tak de hobi tertentu dah..dulu2 suka baca novel dan majalah..
    sekarang ni pulak..sejak jumpa blog masak2 ni..asek nak cuba buat kek la..buat apam la..dan segala jenis puding tu..

    ReplyDelete
  6. Sallam AAP,
    Nanti bila siap yang terbaru keh hantar ke aok selai yee..

    ReplyDelete
  7. Sallam En Zul,
    Memang behhh,
    makan tu yang paling behh sekali.

    ReplyDelete
  8. Sallam Kak Erna,
    Hobi masak ni memang bagus,
    saya pun dah bine kemabli
    hobi masak ni.

    ReplyDelete