Tuesday 9 August 2011

Bulan Puasa Bulan Berjimat Cermat.

Assalamualaikum,

Kepada semua, selamat menjalani ibadah puasa, selamat menunggu berbuka puasa, lambat lagi weh, sekarang baru pukul 5.00 petang ada dua jam lebih lagi. Buka apa petang ni? masak ke beli dipasar ramadhan? Saya sendiri cuma ada dua pilihan saja, sama ada masak atau berbuka kat masjid Sultan Mahmud Lipis. Tahun ni bukan tak nak, tapi tak berapa nak lah pergi kat pasar Ramadhan. Sebab yang utamanya nak jimat belanjalah. Bukan ke bulan Ramadhan ni bulan berjimat. Lagipun saya suka makan masakan yang masih suam-suam bila berbuka puasa. Tak suka makan lauk pauk yang dah dimasak pagi tadi atau lauk semalam yang dipanaskan. Itu bagi saya, bagi orang lain saya tak tahu. Pilihan ditangan masing2.

Nak tengok apa menu saya untuk sehari yang lepas. Walau pun jauh dari yang istimewa tapi alhamdulillah cukuplah sekadar untuk melepaskan lapar dan dahaga kami dua beranak semasa berpuasa.



Ini menu hari Ahad, balik kerja dah pukul 6 petang. Start masak pukul 6.45. Alhamdulillah, sempat berbuka. Tak ada kuih muih atau dessert. Cukup nasik dan lauk. Air pun segelas air masak sahaja. Tapi adik tiga gelas air kelapa.



Ini pembuka atau pembasuh mulut, dua biji buah kurma seorang.
Selepas itu terus sambung makan nasi. Tapi adik minum air kelapa dulu segelas
baru makan nasik.

Ini menu utama saya,
sotong goreng kicap cair rampai dengan kacang botor.



Dua ekor ikan gelama masin, ayam dua ketul seorang,
sebenarnya ayam tu pun tak abis makan, konon tinggal untuk
bersahur, tapi pagi tak sempat bersahur sebab saya terjaga
semasa orang dah azan subuh.

Ini menu paling best, sambal ikan bilis dengan tempoyak
cicah dengan ulam-ulaman seperti kat bawah tu.


Ulam petai, jering, peria katak dan kacang botor.



Alhamdulillah dengan nasi sesenduk ni perut rasa kenyang sederhana dan sedap tidak sebu atau kepenuhan. Akhir sekali baru minum air masak segelas. Tdak ada air manis atau sejuk. Kuih muih pun tak ada, bukan tak nak makan, tapi tak sempat buat. Insya Allah ada masa buat.

Semuga jumpa lagi.

Wassalam.





11 comments:

  1. Selamat berbuka LL, menu nasik memang mengenyangkan..jimat belanja bulan ramadan ni.

    ReplyDelete
  2. salam, dah lama tak bw kat sini, selamat berpuasa LL. masak sendiri memang jimat asal menunya simple2 je, kalau saya teringin sangat baru beli kuih kat PARAM itupun kuih pelita je.

    ReplyDelete
  3. Sallam Ramadhan CekWa,

    Dah tua2 ni tak pandai nak makan banyak2 jenis dah,takut perut meragam pun ya juga.

    ReplyDelete
  4. LL, yer lah LL, akak ni perut meragam jer sehari dua ni..kena hati2 dgn pemilihan nakanan ni..

    ReplyDelete
  5. kak...menu macam ni lebih membuka selera :)

    ReplyDelete
  6. Sallam Ramadhan Gerhana Luka,

    Terima kasih sekali sekala datang sini yee,
    masak sendiri ni ikut cita rasa kita, anak pun lebih suka masakan mak dia..walaupun tak sesedap mana.

    ReplyDelete
  7. Sallam Ramadhan Cikgu Hani,

    Minum sedikit saja sebelum makan,
    dan jangan makan makanan manis sebelum
    makan nasi,dan elakkan makan berbagai jenis makanan sekali gus, supaya perut tak meragam.

    ReplyDelete
  8. Sallam amadhan AIM,

    Memang membuka selera,
    lebih2 lagi tengah perut lapar.

    ReplyDelete
  9. salam..
    alhamdulillah..bab
    makan petai tu yang
    tak tahan nih..he he..
    kena kumur listerin weh
    tidak besok buka mulut je
    popaleh..lari orang
    :)

    ReplyDelete
  10. Salam, hok paling penting ada sambal tempoyak colek tu ngan ikan masim jadi dah :)

    ReplyDelete
  11. salam ramadhan


    bagi cik ina tu dah syukur sangat. sedap tu. kalau banyak juadah , membazir buat apa. kat rumah cik ina ni pun minum air suam je, kalau minum air manis letih.

    ReplyDelete