Saturday 27 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum,

Kepada semua rodong-rodong blogger dan sesiapa saja yang melawat blog lipislady, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


' SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI'
maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap dan salah saya dalam berkata2 semasa berblog, semasa mengomen dan apa juga dosa dan kesilapan yang saya lakukan.
Lepas ini saya nak bercuti panjang dalam 10 hari kut. Nak raya sakan hehehe...
Kepada rakan-rakan yang ingin balik kampung tu, harap berhati-hati sewaktu memandu, biar lambat asalkan selamat. Saya doakan juga selamat pergi dan selamat kembali.
Sepanjang bulan Ramadhan ini banyak peristiwa pahit manis yang saya tempuhi, yang paling terkini semalam saya selepas balik dari majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal oleh YB. Dato' IR Mohd. Soffi bin Tan Sri Razak, ADUN kawasan Benta, saya dengan dua orang lagi rakan bergegas ke Bentong untuk menghadiri upacara pengkebumian Allahyarhan Suffian, baru berusia 25 tahun, anak rakan saya, yang juga jiran saya sebelum beliau berpindah ke Kuantan. Salam Takziah buat Nora, rakan saya yang kehilangan anak bungsunya yang juga kawan baik anak saya. Harap Nora bersabar. Anggap ini dugaan Allah untuk menguji iman hambanya.

Dalam perjalanan pergi keBentong bertembung kemalangan maut, sedih tengok mayat bergelimpangan diatas jalan raya. Ini akibat pemanduan yang tak berhemah. memotong kenderaan lain tanpa membuat pertimbangan yang waras kerana dihadapan ada kereta yang dipandu dengan teramat laju. Hasrat untuk pulang kekampung bertukar menjadi pulang ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihirajiun. sekali lagi diingatkan kepada sesiapa yang akan balik kampung, berhati-hatilah ketika memandu, memandulah dengan berhemah.

Semuga kita diberkati dan dirahmati Allah selalu.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Syawal Mubarak.

Semuga bertemu lagi
Wassalam.





6 comments:

  1. Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari saya

    ReplyDelete
  2. Salam dan selamat menyambut aidilfitri maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raye maaf zahir dan batin....

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya LipisLady, maaf zahir batin yer

    ReplyDelete
  5. Dari pengurusan blog "kadang-kadang teringin jua" mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan semoga raya kali ini menjadi lebih bermakna..

    Maaf andai ada ulasan yang pernah menyinggung hati di blog ini

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin.

    ReplyDelete