Tuesday 11 October 2011

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum,

Ini cerita malam kelmarin dah. Baru petang ni dapat update kat blog. Tadi nak buat kat kelas, internet slow sesangat, terus tak boleh nak download. Terpaksalah tunggu balik rumah. tak ada apa-apa cerita sesaja nak upload gambar, buat kenang-kenangan.


Hari lahir yang keberapa? Tak ada ke tertulis kat kek tu. Hehe, rahsia weh...Ni anak menantulah yang buat, makan-makan sikit, dua orang aja yang ada sini, dua orang lagi tak balik, Tak ajak sapa2 pun, cuma aka je yang datang. Buat untuk makan2 sekeluarga je.



Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia saya, bertambah satu lagi angka, Doa saya sebagaimana bertambahnya usia dan bertambahnya angka, begitulah juga bertambahnya amalan yang diterima Allah. Amin.

Ada hadiah weh, kongsi2 agaknya anak2 dan menantu ni, apa kat dalam, belum tahu. Belum buka lagi. Sayang rasanya nak buka. Cubalah teka apa kat dalamnya. Ringan aja weh, tapi kotak boleh tahan besarnya.


Terima kasih anak2 dan menantu serta cucu kerana mengingati tarikh lahir mak dan nenek. Kepada rakan-rakan dan taulan yang telah mengucapkan Selamat Hari lahir dan mendoakan kesejahteraan buat saya, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih. Semuga anda semua juga dalan kesejahteraan selalu.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

8 comments:

  1. selamat ulang tahun kelahiran yg tak kisahlah yang keberapa. semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, ditetapkan iman dan dimurahkan rezeki dan semoga selamat di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday LL..
    semoga dirahmati yang esa..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Lahir LL, semuga sihat sokmo, ceria dan bahagia duni akhirat...beh dpt hadiah yak...apa isinya tu?

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir LL
    moga diberkati Allah sokmo

    ReplyDelete
  5. Selamat Ulangtahun Kelahiran Akak LL. Semoga terus bahagia dan ceria, sejahtera selamanya.


    Apa hadiah dalam kotak besar tuuuuuuu...?

    Macam oven jer? hehehe

    ReplyDelete
  6. happy birthday kak mah
    walau tambah 1 angka...tetap awet muda :)

    semoga berjaya di dunia dan di akhirat..amin!!

    ReplyDelete