RAKAN YANG SUDI MEMERIAHKAN BLOG INI

Monday, November 18, 2013

Gelagat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur pada Allah kakmah berada dirumah
pada malam ini. Semalam Kakmah di Kuala Lumpur,
berpeluang ikut serta menghadiri majlis penyampaian sijil
Tadika tempat cucu kakmah belajar. Seronok tengok gelagat 
anak ini menggayakan pakaian beragam..


Teringat kakmah sewaktu kakmah terlibat dengan Tadika ni
sembilan tahun yang lepas. Seronok ada, stress pun ada
dok melayan gelagat anak-anak pra sekolah ni. Namun mereka
ini bagi kakmah adalah seperti kain putih y7ang sedikit pun 
belum tercemar lagi. Cikgu tadikalah orang yang pertama
sekali mencorakkan kehidupan mereka didunia luar kongkongan
ibu bapa mereka.


Iya, tugas seorang cikgu tadika, walaupun nampak mudah,
tetapi sebenarnya amat susah dan mengelirukan, lebih-lebih
lagi bila ibu bapa kanak-kanak ini betul-betul hanya
mengharap kepada cikgu tadika untuk membentuk dan 
mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.

Oleh itu segala penghargaan patut diberikan kepada 
cikgu-cikgu tadika tempat anak-anak kita belajar,
kerana merekalah yang memperkenalkan anak-anak
kita kepada pensil dan buku secara bersistemetik.

Tahniah untuk guru-guru tadika sekelian.

Wassalam
Jumpa lagi.

1 comment:

  1. Masyallah tak terbayang banyaknya pahala cikgu tadika. Setiap kali tangan kecil itu melakar garisan hinggalah empunya tangan berakhir hayat setiap itulah pahala guru tadika ini mengalir seperti air. Kerana guru tadika inilah yang mula mengajar melakar garisan, mengenalkan abjad, mengenalkan angka, mengajar pekerti mulia.... Subhanallah...

    ReplyDelete