Sunday, 31 August 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum,


Selamat bertemu kembali rakan, sahabat dan
handal taulan Blogger semua.
Selamat Hari Merdeka ke 57.
" Disini Lahirnya Sebuah Cinta"




Terlambat sikit ucapan ni.
Baru ni dapat online.


Andainya kalau lama kakmah tak online
lama kakmah tak update entry blog ni
tu maknanya kakmah sedang sibuk


Dengan dia orang yang daam gambar ni,
dengan berbagai aktiviti
tak kira dirumah atau pun
diluar rumah.


Dan satu yang kelakarnya
kadang-kadang bila buka blog kakmah
cuma ada gambar yang berbagai saiz
itu maknanya kakmah belum bertemu
dengan pc lagi.


Sebab biasanya kakmah upload gambar
menggunakan telefon,
lepas itu edit dengan PC.
Hehe....


Hehe..jangan mareee... 
Kat atas ni cucu kakmah yang ke 5
dari 8 cucu-cucu kakmah yang dah ada.
Coming soon seorang lagi jadi 9
Jadi nenek dia pun busy tak terhinggalah...


Kalau tak nampak cucu sehari dua 
rindu sesangat, tu yang selalu tak lekat
dirumah. Mendapatkan cucu-cucunya.


Diantara aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan
bersama, semestinyalah aktiviti makan-makan.
Sama ada dirumah atau diluar.


Ini Adik bongsu setakat ini, cucu kelapan,
bualan oktober ini nampak gayanya Ellie
dah jadi kakak lah.


Ni aktiviti sebelum raya dulu,
beramai-ramai mengarak ke kolam renang
di Bukit Gambang Resort.
Seronok bukan main dia orang main air


Nenek tak dapat main air tapi dapat bergambar aja pun 
cukuplah.

Jumpa lagi dengan aktiviti lain pula.

Wassalam.

Monday, 25 August 2014

Jubah Untuk Dijual

FLORAL LACE JUBAH
Kod : CFK 86085
Harga : 58.00
Pos : Rm 10

Assalamualaikum









Kalau teringin nak pakai boleh beli ngan kakmah
Call atau SMS kakmah
016-9540985 atau 019-9242529

Wassalam

Thursday, 21 August 2014

Nasi Lemak

Assalamualaikum,

Waw..nasi lemak,
Home Made plak tu,
Memang lama sangat dah
teringin nak makan nasi lemak
yang dibuat sendiri.
Alhamduillah, 
inilah hasilnya.

Kakmah kongsi gambar ajalah yee..


NI ajalah aktiviti kakmah kat rumah.


Kerja lain tak ada,
kalau ada pun liat sikit..


Masak ni paling kakmah suka..


Kalau ada kawan2 datang makan lagi suka.


Esok masak lain pula yee..


Jumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday, 20 August 2014

Blog Baru Lagi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, inilah kerja kakmah yang paling kakmah
minati. Membangunkanblog baru, lepas tu tinggalkan
begitu sahaja tanpa pengisian.

Opps..yang ni tak kut.Walau bagaimana pun bergantung 
juga pada aktiviti yang dijalankan, sebab blog ni
adalah mengenai pertubuhan yang kakmah
anggotai malah kakmah adalah salah seorang
penggerak utama pertubuhan ini.

Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Lipis
atau lebih dikenali sebagai NUSRAT, 
begitulah nama pertubuhannya dimana kakmah
adalah Setiausaha Kehormatnya.

Blog ini boleh di layari melalui alamat ini

Doakan semuga blog ini dapat bertahan dan semuga
Pertubuhan ini mampu membela nasib ibu-ibu
tunggal daerah Lipis ini yang mana keahliannya
setakat ini telah melebihi 600 orang.

Wassalam.

Monday, 18 August 2014

Mee Campak @ Mee Kuah

Assalamualaikum,

Ini mee kuah versi kakmah. 
Malam-malam begini terasa lapar plak
perut kakmah ni. Buka peti tengok masih ada
berbaki sikit mee kuning lebih petang semalam.
Sedap ni kalau buat mee campak,
fikir hati kakmah.


Kakmah pun terus sediakan bahan-bahannya

1. Setengah mangkuk mee kuning.
2. Dua batang daun sawi.
3. Sebesar kotak mancis daging ayam
4. Masing2 satu pelepah daun bawang dan daun sup
5. Sedikit kobis, jagung, cili dan togeh
6. Setengah biji bawang besar
7. Dua ulas bawang putih
8. 3 sudu makan kicap manis
9. 2 sudu makan sos cili.
Garam dan gula sedikit.
10. 1 1/2 cawan air 3 sudu minyak masak.


Masa untuk menyampak..

1. Basuh mee dan tuskan.
2. Potong semua bahan.
3. Panaskan minyak dan campak bawang besar dan bawang putih.
4. Bila dah layu campak daging ayam dan jagung.
5. Campak kobis dan batang sawi.
6. Masukan air panas, campak mee.
7. Masukan kicap, cili sos, secubit garam, 1 sudu teh gula.
8. Campak daun sawi, togeh dan daun sup/bawang.
9. Kalau suka telur boleh campak sebiji telur.
10. Tunggu telur mengeras sikit, boleh angkat, hidang, makan.

Alhamdulillah, sedap.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Friday, 15 August 2014

Nasi Tomato Dan Daging Masak Merah

Assalamualaikum,

Sallam pagi Jumaat,
Alhamdulillah, sebenarnya lama dah kakmah nak
kongsikan resipi nasi tomato yang kakmah masak
hari raya yang lepas.


Alhamdulillah, hari ni dapat juga kakmah menunaikan nya.
Resipi simple ini, tapi sesuai untuk menjamu kawan-kawan
yang datang kerumah. Sesuai dimasak untuk merayakan
puasa enam juga.


Oklah kita ke resipi Nasi Tomato dulu.

Bahan-bahannya
5 cawan beras 
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan tomato puree
10 ulas bawang halus
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu majrin atau mentega untuk menumis
sedikit garam dan gula.
Cara-caranya.
1. Basuh beras dan tuskan.
2. Kisar bawang, bawang putih dan halia hingga lumat.
3. Panaskan 2 sudu minyak masak.
4. Masukkan majrin atau mentega.
5. Tumiskan bahan yang dah dikisar hingga masak.
6. Didihkan air, bila sudah mendidih masukkan 
beras yang dah dituskan, susu cair dan bahan yang
telah ditumis tadi.
7. Masukan sedikit garam dan gula.
8. Kacau sedikit sehingga semua bahan rata.
9. Bila sudah hampir kering tutup periok,
Masak seperti biasa.
10. Bila sudah masak gaul lagi, dan sedia untuk
dihidangkan.
11. Hias dengan tomato, timun dan bawang goreng.
Boleh juga ditabur dengan sedikit kismis atau
kacang gajus.


Resipi Daging Masak Merah Pula.


Bahan-bahannya

1 kg daging
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 cawan tomato puree
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan minyak masak
garam dan sedikit gula.


Cara-caranya.

1.Bersihkan daging, rebus dahulu sehingga empuk dan potong.

2. Rendam cili kering dengan air panas dan bersihkan.

3. Kisar 1 1/2 biji bawang besar, bawang kecil, bawang putih, 
halia dan cili kering.

4. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan2 
yang telah dikisar.

5. Bila sudah timbul minyak masukkan tomato puree
dan cili sos. kacau lagi hingga timbul minyak.
Masukkan daging dan setengah cawan air.
Masukkan garan secukup rasa dan sedikit gula.

6. Kacau hingga masak dan jangan terlalu kering.
Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba,
Wassalam.