Friday, 15 August 2014

Nasi Tomato Dan Daging Masak Merah

Assalamualaikum,

Sallam pagi Jumaat,
Alhamdulillah, sebenarnya lama dah kakmah nak
kongsikan resipi nasi tomato yang kakmah masak
hari raya yang lepas.


Alhamdulillah, hari ni dapat juga kakmah menunaikan nya.
Resipi simple ini, tapi sesuai untuk menjamu kawan-kawan
yang datang kerumah. Sesuai dimasak untuk merayakan
puasa enam juga.


Oklah kita ke resipi Nasi Tomato dulu.

Bahan-bahannya
5 cawan beras 
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan tomato puree
10 ulas bawang halus
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu majrin atau mentega untuk menumis
sedikit garam dan gula.
Cara-caranya.
1. Basuh beras dan tuskan.
2. Kisar bawang, bawang putih dan halia hingga lumat.
3. Panaskan 2 sudu minyak masak.
4. Masukkan majrin atau mentega.
5. Tumiskan bahan yang dah dikisar hingga masak.
6. Didihkan air, bila sudah mendidih masukkan 
beras yang dah dituskan, susu cair dan bahan yang
telah ditumis tadi.
7. Masukan sedikit garam dan gula.
8. Kacau sedikit sehingga semua bahan rata.
9. Bila sudah hampir kering tutup periok,
Masak seperti biasa.
10. Bila sudah masak gaul lagi, dan sedia untuk
dihidangkan.
11. Hias dengan tomato, timun dan bawang goreng.
Boleh juga ditabur dengan sedikit kismis atau
kacang gajus.


Resipi Daging Masak Merah Pula.


Bahan-bahannya

1 kg daging
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 cawan tomato puree
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan minyak masak
garam dan sedikit gula.


Cara-caranya.

1.Bersihkan daging, rebus dahulu sehingga empuk dan potong.

2. Rendam cili kering dengan air panas dan bersihkan.

3. Kisar 1 1/2 biji bawang besar, bawang kecil, bawang putih, 
halia dan cili kering.

4. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan2 
yang telah dikisar.

5. Bila sudah timbul minyak masukkan tomato puree
dan cili sos. kacau lagi hingga timbul minyak.
Masukkan daging dan setengah cawan air.
Masukkan garan secukup rasa dan sedikit gula.

6. Kacau hingga masak dan jangan terlalu kering.
Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba,
Wassalam.


2 comments:

  1. sedapnya...rasa nak buat bila anak anak balik cuti Merdeka nanti.Sajikan mereka dgn nasi tomato daging merah.Sure win.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mokjadeandell....
    sekali sekala hidang untuk anak2 mesti seronok mereka.

    ReplyDelete