Sunday 26 July 2015

Kerabu Togeh Dengan Isi Ikan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini Kakmah dah mula masak macam biasa untuk makan tengahari Kakmah dan anak Kakmah. Lama dah Kakmah teringin nak makan kerabu togeh dengan isi ikan. Masa Kakmah buat untuk bazar ramadhan dulu kakmahbuat kerabu togeh dengan sotong, tapi Kakmah tak makan sangat sotong. Hari ini ada kesempatan Kakmah pergi pasar pagi tadi terus je Kakmah beli togeh, ikan dah sedia ada dalam peti Kakmah beli Semalam kat Pekan Sari. Kepada yang gemar kerabu dan nak rasa resipi kerabu ikan Kakmah, ni Kakmah sertakan resipinya yee..

Ini isi ikan yang dah kakmah kukus, buang tulangnya dan gaul dengan 
sedikit halia yang dimayang nipis.

Kakmah kukus ikan selar, seekor jee..

Inilah rupa kerabu togeh dengan isi ikan selar.

Ini diantara bahan-bahannya.

Ok Kakmah bagi resipi lengkapnya pula :

1. 1 Mangkuk togeh yang dah dibuang akarnya, bersihkan dan celur sekejap dengan air panas, jangan celur terlalu lama nanti hilang rangupnya.
2. 1 ekor ikan selar sederhana besar, buang perut, bersihkan dan kukus hingga masak, buang tulangnya, hancurkan sedikit dan gaul dengan sedikit halia yang dimayang nipis
3. 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau, buang biji dan mayang nipis. Ini sebagai hiasan saja, kalau suka pedas tambahkan 3 atau 4 ulas cili padi, mayang halus juga.
4. Setengah biji bawang besar potong separuh bulatan, 1/4 in halia mayang untuk gaul dengan isi ikan.
5. 1 batang serai dan sehelai daun limau purut, satu hirisan lemon atau separuh limau nipis atau limau kasturi, ikut suka anda. Perah dan ambil 2 sudu jus nya.
6. Gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan dan gaul rata, rasa masin, manis dan masamnya, apabila telah sempurna boleh dihidangkan. Berhati-hati bila menggunakan garam dan gula, jangan terlalu masin dan manis kerana rasanya menjadi tidak begitu sedap. 

Kalau nak mencuba bolehlah cuba.
Wassalam

2 comments:

  1. Assalam kak.

    Lama tak pegi pekan sari :)

    ReplyDelete
  2. Walaikumsallam Intan rh

    Yerlah, Kakmah pun jarang pergi walaupun duduk dekat pekan sari..

    ReplyDelete