Wednesday 14 February 2018

Jatuh

Assalamualaikum

Mengapa yer Kak Mah buat tajuk Jatuh ni. 
Rasanya semua orang tahu apa makna jatuh. Pasti semua orang tak mau jatuh. Walaupun pada hakikatnya jatuh akan mempunyai makna sama ada baik atau tidak baik, itu pun jika ditambah satu atau beberapa perkataan lain. Boring betul lah Kak Mah ni, Jatuh pun boleh jadi tajuk entry dia.

Sebenarnya dah beberapa hari Kak Mah terfikir nak buat entry tajuk ni, cuma masa aja belum mengizinkan. Alhamdulillah hari ini berjaya juga Kak Mah membuatnya.

Seperti yang Kak Mah kata tadi, jatuh ni ada yang mempunyai makna yang baik, dan ada yang mempunyai makna yang tidak baik. JATUH cinta contohnya, amboiii...seronoknya kan kalau jatuh cinta, terutama orang muda yang sedang cari pasangan tu, kalau dia jatuh cinta bukan main seronok lagi rasanya kan.

Tapi kalau harga getah JATUH, ada orang yang akan rasa kecewa, rasa sedih terutamanya pekebun kecil getah, pembeli getah malah munkin lebih teruk lagi boleh melibatkan banyak perkara melibatkan pengurusan kehidupan. Sedih kan. Sebab itu Kak Mah kata jatuh jangan dianggap tidak baik sahaja, ada juga jatuh yang mengundang kebaikan.

Tapi jatuh yang Kak Mah nak ceritakan ni memang tidak baik buat Kak Mah sendiri. Jatuh apa yer yang tak baik tu. 

Hehe, begini ceritanya, seperti biasa minggu lepas, hari Selasa Kak Mah berjual nasi lemak dekat gerai Kak Mah. Hari tu Kak Mah terasa lapar lalu kak Mah pergi membeli Lauk dan sedikit sayur, Kak Mah Tak makan nasi, kan Kak Mah diet.

Selesai makan sayur dan lauk yang Kak Mah beli tu kak mah pun nak buanglah sampah bekas makanan tu. Semasa Kak Mah melangkah satu benteng bersebelahan dengan tempat letaknya tong sampah kaki Kak Mah tersandung pada benteng yang Kak Mah langkah.Allah hu Akbar, Kak Mah tersungkur JATUH, mula-mula terduduk macam kita duduk antara dua sujud, tu tapi entah macam mana Kak Mah tak mampu nak seimbangkan badan Kak Mah dan terus Kak Mah tersungkur menyembah bumi. Aduh, JATUH ini amat sakit. Kedua lutut Kak Mah cedera ringan, bahu Kak Mah pun terasa sakitnya.

Itulah JATUH yang sangat menyakitkan. Tapi kalau durian JATUH kan, pasti kita untung, kita dapat makan durian, dapat jual durian, dapat buat tempoyak hehe. Inilah cerita JATUH.

Alah Kak Mah ni mengarut betul, Tapi bagi Kak Mah ini bukan mengarut, ini adalah satu permulaan. Permulaan apa?

Inilah permulaan untuk Kak Mah dan menafaatnya akan Kak Mah kongsikan dengan pembaca Blog Kak Mah juga.

Apa puncanya yang Kak Mah JATUH. OK puncanya, munkin hari itu Kak Mah terlalu penat, ada unsur unsur mengantuk sikit, Ada juga unsur-unsur badan yang tidak begitu cergas akibat penyakit yang di deritai, seperti kencing manis dan darah tinggi yang kadang-kadang kurang kawalan yang sempurna. Faktor usia juga memainkan peranan.

Dari situ Kak Mah simpulkan Kak Mah ni ada bermacam-macam halangan untuk menikmati sisa-sisa hidup ini dengan sempurna, ada gangguan penyakit, gangguan umur, gangguan emosi dan bermacam-macam lagi yang boleh menjadikan hidup ini tidak sesempurna yang sepatutnya.

Oleh kerana itu Kak Mah mulai hari Kak Mah jutuh telah mencari formula dan cara bagaimana untuk menikmati hidup yang sempurna di penghujung kehidupan ini untuk dunia dan akhirat. Kelak apabila Kak Mah bertemu caranya Kak Mah akan kongsikan dengan pembaca-pembaca blog Kak Mah ini.

Oklah dulu setakat ini, kita jumpa lagi.
Sallam sejahtera semua.




2 comments:

  1. Tengah tunggu hujan tak jatuh2 ni.
    Macam nak kemarau.
    Jenuh menyiram tanaman.

    ReplyDelete
  2. Susah hati kan sahabat, kalau hujan jatuh baru hati senang hehe.....

    ReplyDelete