Assalamualaikum,
Weh Rodong, keh baru aja baca buku yang bertajuk MUKASHAFAH AL QULUB oleh IMAM AL-GHAZALI, yang dah diterjemohkan kedalam Bahasa Malaysia. Ini salah satu panduan yang keh rasa baik ontok keh kongsikan bersama rodong2, untok diamalkan setiap hari.
Di rawikan dari Muhammad bin Munkadar ai berkata, " Ku dengar ayah ku berkata, " satu hari Sufyan ats-Tsuari ketika tawaf melihat lelaki yang selalu membaca selawat keatas Nabi SAW ketika duduk mahu pun bangun. Sufyan bertanya, " Kau tidak bertasbih atau bertahlil dan kau gantikan dengan selawat pada Rasulullah SAW. Apakah dalam hal ini ada sesuatu padamu?"
Lelaki itu bertanya kembali, " Siapakah engkau?" Aku menjawab, '" Aku Sufyian." Kemudian dia menerangkan. " Kalau engkau tidak seorang zahid tidak ku ceritakan perihal ku dan tidak ku beritahu rahsia ini kepadamu." Kemudian lelaki itu berkata kepadaku, " Ayahku menunaikan haji ke Baitullah. Disatu tempat beliau sakit. Aku menunggu sampai beliau meninggal. Tiba-tiba wajahnya menjadi hitam. maka aku berkata, "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un." Lalu ku tutup wajah beliau. Aku bersedih hingga tertidur, lalu aku bermimpi melihat lelaki itu berwajah tampan berpakaian cantik dan harum baunya.
Dia berjalan mendekati ayahku dan membuka selimutnya dan mengusap-usap tangannya kewajah ayahku hingga kembali putih. Lalu dia berlalu. Ku tarik pakaiannya sambik kutanya, " Wahai hamba Allah, siapakah engkau? Lantaran engkau Allah memberi nikmat pada ayahku dinegeri asing." Dia berkata, "Tidakkah kau kenal aku? Akulah Muhammad bin Abdullah. Pemilik Al Quran. Adapun orang tuamu keterlaluan. Tetapi dia banyak membaca selawat padaku. Ketika ditimpa bencana dia memohon pertolongan padaku. Sedang aku penolong orang yang membaca selawat padaku." Kemudian aku terbangun dan wajah ayahku kembali putih.
Moralnya,Demikianlah fadhilat selawat keatas Nabi SAW. Kalau kita ingin mendapat syafaat Rasulullah SAW dihari akhirat maka banyakkanlah berselawat. Tapi jangan tak sembahayang pulak yee, kerana apa juga kebaikan orang yang tidak mendirikan solat tidak akan diterima Allah SWT.
Sekian Wassalam.
Kash setuju amat dgn topik deme neh...berselawat utk kebahagian hati dan kerahmatanya jua disana nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Alhamdulillah en Yassin, samalah kita ingat mengingati...
ReplyDeletewehhh..ari ni tazkirah kite..Alhamdulillah
ReplyDeleteSallam sha, yerlah weh, dah lama sangat dah lalai, sesekali kenalah tazkirah pulok...
ReplyDeletewah,wah,wah..baguslah la weh n3 kali ni..muge sama kite mengamalkan selawat ke atas nabi tercinta
ReplyDeleteSalam LipisLady..
ReplyDeletememperbanyakkan selawat serta salam keatas nabi junjungan kita SAW..moge kehidupan diberkati didunia dan akhirat..