Saturday 26 December 2009

Ilang

Assalamualaikum.

Masa keh ilang par kat hospital beberapa taun yang lepas, keh taklah begitu kisah sangat, cuma keh risau ke kad pengenalan keh tu ajalah, bukan keh tak buleh buat baru, tapi baru dua bulan lepas keh dapat pakai kad tu sebab kad lama keh dah patoh, tu pun keh kena tunggu setaun nok mendapatkannya, kena dua kali berulang alik ke pejabat pendaftaran sebab saloh masuk data.
Duit dalam par tu rasa keh adalah dalam RM40, tu pun keh tak kisoh sebab keh dah halalkan orang yang mengambilnya tu, pada keh itu rezki dia yang Allah beri melalui kehilangan par keh. Ikut dialah nok buat menda dengan duit tuh. Dalam pada tuh keh berdoa juge bio tergerak hati dia untuk memulangkan kad pengenalan keh. Tiga ari lepas tuh, ada kawan keh datang kerumoh memulangkan kad pengenalan keh, katanya dia jumpa dekat kedai runcit dekat taman dia. Dia tanya keh, matnya jauh sangat peginya kad aok tuh, keh jawab, munkin jatuh masa keh amik duit nok beli barang padahal keh tak penoh pegi pun kedai tuh.

Masa keh ilang selipa jepun buatan Malaysia keh di Masjid India, masa pegi semayang, keh tak risa sangat, keh dengan berkaki ayam mencari selipa jepun keh keliling masjid tapi tak jumpa. dua tiga kali keh keliling, tak jumpa juge, keh duduk ajalah atas tangga sambil tumpang dagu. Bukan keh tak buleh berjalan kaki ayam pegi kekedai beli selipa baru, cuma bila keh cuba jalan ada batu tajam kena tapak kaki keh. Lima belas minit keh tunggu datanglah hamba Allah lalu depan keh, " Akak tuh selipa saya" kata keh. " Yee ke katanya sikit terperanjat," ingat selipa masjid, maaf yee lama ke aok tunggu". "tak lama sangat " kata keh, tak apalah kala akak nok pakai lagi pakailah dulu" kata keh.

Masa keh ilang moto yang keh letok bawoh rumoh keh ari tuh keh selamba aja mencarinya keliling kawasan perumahan keh. Bila keh cari-cari tak jumpa keh pun beransur kebalai polis nok buat repot. Polis tu tanya keh, apa nombor plat moto, keh bagi tau. Polis tuh senyum semacam aja kat keh, keh pon senyum juga. Moto akak ada dalam pago tu hah, kata dek polis tuh. "Mengapa En", kata keh. "Semalam kami buat rondaan, semua moto yang tak berkunci leher kami hangkut kebalai, kalau akak nak moto akak balik, bawak geran dan sila bayar denda Rm 50." "Yeelah" kata keh. Dalam perjalanan balik keh sempat pegi nengok moto keh sambil ucap selamat tinggal, kita tak kan bersama lagi kata keh. Sampai sekarang moto tuh masih ada lagi dalam pago dibalai tuh. Keh tak lepas nok mengambiknya sebab moto tuh tak ada rodtek. Kesian ke moto keh, tapi deme tuh jaga bebaik moto keh, jarang sekali keh pegi menziarahinya, itu pun kala kebetulan keh datang untok menyemok saman kereta keh.

Tapi bila keh dengo ada enjen jet yang berharga RM100 juta hilang dalam kawalan pihak yang bertanggungjawab, keh rasa terkilan sikit sebab menda tuh mahal sangat, menghilangkannya bermakna membazirkan duit, kala nye sedekoh ke keh lima nam ratus buleh juga keh beli selipa baru, atau par baru. Tapi kala tak silap keh berita awal yang keh dengo enjen tuh bukan ilang dalam simpanan atau kawalan, enjen tu memang ditanggalkan untuk di repair dan keluor dari kawalan pun dengan izin, cuma dia ilang dalam perjalanan nok pegi merepair...atau dalam perjalanan balik dari merepair...Wallahhuallam.

Sekian wassalam


15 comments:

  1. akok, toksoh kata 5-6 ratus, deme tu cempok rm360 pun sedak sangat dah rasanye..lepas juge sebulan sewa rumah koi.

    ReplyDelete
  2. dah kembung perut org yg mnghilangknnya

    ReplyDelete
  3. lawak la entry ni kelakar...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    * Bete het kata aok tu ira, daripada dok membazir tu yek..baiklah bagi ke kita ni hah,

    * Hehehe....maiyah..yee ke kembung..entah2 sedang bersukaria,,,

    * al-man, sekali sekala yek..menyengat..

    * Betul ke kelakar daun...hehehe

    ReplyDelete
  5. gonekan.....org pun boleh hilang...ni kan benda yg tak ade otak...

    ReplyDelete
  6. kalau jarum hilang tu menasabah juga. tapi enjin jet, bukan enjin pemotong rumput. tapi apa nak heran, kayu balak pun boleh hilang. nampaknya David Copperfield kena belajar dgn kita !

    ReplyDelete
  7. Salam lipislady. Memang menarik entri ni. Akok nak buat permintaan boleh dak? Cuba aok translate cerita Ilang aok ni ke Bahasa Malaysia rasmi. Tapi kekalkanlah keselambaannya. Supaya dapat dikongsi bersama dengan rakyat 1 Malaysia yang lain. Saja je, kalau tak dapatpun tak pe. Maaf mengarut hujung-hujung tahun ni.

    ReplyDelete
  8. Benda mahal lagi mudoh hilang... heheheh

    ReplyDelete
  9. Salam
    Please be advised, it's not just about enjin jet hilang. It's about our national security which is at stake. Our national security!!
    KEselamatan negara!!
    Those yg terlibat bukan sekadar pencuri, tapi pengkhianat, penderhaka kepada negara!!Patut hukum mati je..

    ReplyDelete
  10. Ini baru best..adalah yang tidur tak lena ni..

    ReplyDelete
  11. doh 2 tahun ilang baru sedo amatnya yek... koi ingat serupa moto awok la yang dok kat balai polih, tak ander sapa nok tengok. bila diorang g setat jet tu tak bebunyi. bukok aje bonet baru tau enjin dah tak ander. ace gone ke pulok weh...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    * cikgu jang, hilang barang tak apa lagi, asal jangan hilang akal, kalau hilang akal, nampok gaya 1 malaysia pun hilang...

    * Al- orang malaysia lebih pandai buat magic..hehehe..

    * Insya Allah akak, ada masa saya buat...terima kasih atas sokongan akak kepada blog saya ni...

    * Yee echan, menda mahal dan berat...kala rengan macam selipa jepun saya tuh kala ilang pon orang pulang balik..

    * jah kelako lagi masuk bilik DO pakai selipa jepun, pas tu tarik kain kebawoh sampai londeh nok cover selipa..sampai bongkok bejalan...hehehe..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    * Itulah kenyataannya en idi,, kenyataan tentang kehilangan tu pun bercanggah....

    * Berani buat berani tanggung en relevan...

    * cemomoi, tu namanya sedo tak sedo,

    ReplyDelete