Monday 21 December 2009

Tak Kan Melayu Hilang DiDunia

Assalamualaikum,

Dato' Hang Tuah pernah berkata, "Tak Kan Melayu Hilang Didunia" begitulah sayangnya dan yakinnya Dato' Hang Tuah kepada kebijaksanaan dan keberanian serta ketuanan orang melayu.
Memang sampai sekarang orang Melayu sangat berani dan sangat bijak serta mampu menjadi Tuan. Tapi sayangnya kerana keberanian, kebijaksanaan dan ketuanan itulah maka tak lama lagi oranag melayu akan hilang di dunia. Lenyap terus.

Diantara sebabnya ialah:

1. Orang Melayu sekarang terlalu berani mencegah atau menyangkal atau mengelak pemberian serta rahmat Allah lalu mereka makan pil perancang untuk menyekat kelahiran anak, kalau tak ada anak mana nak biak dan kekal orang melayu di dunia..

2. Orang Melayu sekarang terlalu berani dan bijak untuk mencuba berbagai jenis dadah, akibatnya mereka ketagih, mendapat penyakit, hidup tak seperti orang, akhirnya pupus, kalau semakin hari semakin ramai yang menempah jalan sedemikian, orang Melayu pasti akan lenyap.

3. Orang melayu sekarang suka sangat buang zuriat, kalau lahir zuriat dicampaknya dalam longkang, tong sampah, diperhentian bas, pangkal pokok pisang, habis kalau macam itu gayanya
lama-lama pupuslah orang melayu.

4. Orang melayu sekarang semakin changgih, malu mengaku melayu apalagi Islam, lalu mereka tukar penampilan, ikut orang barat dan paling changgih lagi tukar agama dan budaya, ini pun salah satu sebab orang Melayu akan pupus di dunia ini.

Kalau ada nak tokok tambah silakanlah.

Sekian Wassalam.


12 comments:

  1. Org Melayu jaguh merempit! Senarai kematian tertinggi akibat rempit tu....
    eh! eh! udoh tukor gambor...
    baru nampok clear...

    ReplyDelete
  2. Nok buat goner...yang ada cuma pada nama "tidak melayu hilang didunia" jika adanya tidak mendatang manfaat pada bangsa sendiri dan org lain amnya disitu pun dan punah melayu itu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    * Sedih bete kala mati akibat merempit,
    Gambo taun baru tu en Idi...

    * Apalah nasib bangsa kita nih yee en Yassin..
    mudoh sangat terpengaruh hok menda2 tekelok..

    ReplyDelete
  4. Dan bila cikgu nak mengajar garang-garang sket, sibuk komplen kat menteri. Tak boleh cuit lalu. Last-last cikgu tengok jelah anak awok tu, dah tak boleh marah... gone?

    ReplyDelete
  5. selagi dalam surat beranak ade kolum keturunan, selagi itulah melayu takkan hilang. Tapi andainya dah takde, maka hilanglah melayu kat dunia ni...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    * Komplen kat menteri tu tak apa lagi, tapi ada juga yang sanggup bocorkan tayar kereta cikgu, belasah cikgu, belasah sesama pelajar..huh...terkedu rasa mendengarnya..sedih.

    * Cikgu Jang, kalau setakat kaum aja melayu, tapi jatidiri kemelayuannya dah tak ada, tak ada maknanya lagi dah...

    ReplyDelete
  7. Banyak hak melayu yang telah mula dilupakan.
    Keretapi Tanah Melayu dah jadi KTM, Utusan Melayu dah tak ramai orang baca. Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  8. serius tol topik aok kali nih yek..

    Kawan kena cek dulu salasilah tok nenek kawan ..melayu ke mende..hehe

    ReplyDelete
  9. koi yakin koi melayu walau bercampur genetik seberang (ander hok kabo koi ada dna DKK) apa pon koi sayang kat bangsa koi yang suke amat betelagoh sesama sendiri ni.. tu pon faktor kepupusan tu.. asyik santau kedai sebeloh aje gone nak maju

    ReplyDelete
  10. org melayu ramai berbini empat..dgn ini makin ramai lah org melayu atas dunia ini..hehehehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    * Endiem, KTM, Keling Tipu Melayu, sebab melayu mudoh lupa, kena tipu de keling...hehehe

    * Sesekali sekala kena serious Idi, lagi pon semangat taun baru nih...

    * Betul tu cemomoi, kita org melayu ni banyak sangat memakaai title PHD tu sebab kita tak berapa maju.Kebanyakan orang melayu kita nih bercampur genetik dan asal dari seberang, tapi kitalah orang melayu sebenarnya.

    * Hehehe..Melayu Asli en relevan..

    * Makin ramai yg berbini 4 makih huru hara tanah Melayu

    ReplyDelete