Saturday 1 May 2010

Ustazah Suruh Anak Murid Buka Tudung

Assalamualaikum,

Semalam seorang ibu kepada pelajar sebuah sekolah menengah merungut dengan keh, katanya seorang ustazah disekolah tempat anaknya belajar memaksa semua pelajar perempuan membuka tudungnya untuk membolehkan dia melihat rambut semua pelajar tersebut.

Tak pasti pulak apa sebenarnya tujuan ustazah tersebut berbuat demikian, melihat satu persatu kepala dan lehir anak muridnya sambil memberikan komen terhadap rambut dan lehir mereka yang terlibat. Dan tak pasti pulak diamana dia melakukan perbuatan itu. Kalau didepan pelajar lelaki, haru sungguhlah...

Yang pastinya murid tersebut anak kepada ibu yang merungut dengan keh tu ada memakai sepasang subang emas, lalu ustazah tersebut memaksanya menanggalkan subangnya dan tidak membenarkan dia memakai subang tersebut lagi.

Seorang kawannya pula yang rambutnya secara semulajadi kelihatan keperang-perangan disoal bertalu2 samada dia telah mewarnakan rambutnya. Gonalah nak menjawab ya, kalau dah memang saya tidak mewarnakannya, kata pelajar tersebut.

Isu ini sebenarnya tidaklah besar sangat, macam isu guru merogol pelajar didalam kelas tu, cuma kalau nak ikut pendapat keh, apa yang ada didalam kain tudung seseorang itu tak perlulah kita tau, asalkan dia bersopan didepan orang lain. Bimbang juga kalau-kalau ada diantara pelajar yang dibuka tudung tu, ada kurap ke kat lehir dia, ada beguk ke atau kepala dia botak ke, malulah dia didepan rakan2 dia yang lain.

Cammana cikgu-cikgu semua, apa pendapat cikgu-cikgu tentang isu ini, ada ke seseorang ustazah atau cikgu harus berbuat demikian untuk memastikan anak muridnya betul2 bersopan dan tidak membuat sesuatu yang dilarang.

Dulu keh ada pernah dengar seorang guru lelaki yang memandikan beberapa palajar perempuan kelasnya dalam tandas. Hiss..tak bermoral betul perbuatan sebegini...

Wallahualam.

Sekian, Wassalam.

10 comments:

  1. Salam Kok LL,pendapat koi kala mestohok sangat nok buwat spotcheck, buat lar dalam bilik tertutup ker..........

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, man, pada keh tak ada yang mustahaknya, buang masa je membuka tudung bebudok tu satu persatu, lebih baik buat tugas ngajor aja.....

    ReplyDelete
  3. tudung hak individu, tapi kadang kadang ada yang menggunakan tudung untuk menyorok sesuatu.

    ReplyDelete
  4. salam LL
    orang umah koi ustazah
    idoklah segarang tu..
    sema ank murid manja belaka..
    bab bukak tudung tu koi
    rasa ada sbb..mungkin byk kes
    pelajar yang hilang subang dan
    rantai leher di sekolah..tu yang
    cikgu bak periksa agar tak de yang pakai
    wallahualam

    ReplyDelete
  5. sebenornye nak cegah maksiat peringkat awal tu...manalah tahju kot ada tanda lovebit kat leher tu hah...

    bukan senang cikgu2 ni ambik cakne thdp pelajar zaman budak terlebih manja ni....

    sepatutnya kita berpandangan positif atas kesanggupan ustazah tu yang koi kira di luar profesion perguruan sebenarnya tetapi niat untuk memperbaiki kalau pelajarnya sudah mula mencari jalan songsang...

    ReplyDelete
  6. Terkadang niat nyer itu baik cuma cara perlaksanaan itu yang tak kena. Nak buat tu boleh sesekali tak salahnya keknya mesti kena pada tmptnya. Dlm ertikata di tmpatkan di bilik khas sambil di perhatikan oleh cikgu pompuan hok lain.

    Yaa laa kut bimbang juga kut leher tu nyer kepat dik jin mana ker kan heheheh..

    ReplyDelete
  7. akuanakpahang, leher kepat dak jin?.....seram koi wei kakakakaka.......

    ReplyDelete
  8. Salam Lipislady,

    1. Dari segi hukum, kalau tiada lelaki, perkara tu tak salah. Sebab aurat antara perempuan Islam dgn perempuan Islam lain ialah antara pusat ngan lutut, mcm aurat lelaki Islam dgn semua org.

    Tetapi perlu dipastikan yg ada di tempat tersebut hanyalah perempuan Islam shj, lelaki dan perempuan bukan Islam tidak boleh ada sbb auratnya dah jadi berbeza.

    2. Kawan setuju ngan Cikgu Jang, apa yg Ustazah tu buat, pada kawan, langkah pencegahan awal. Zaman skrg kita tak leh kata pakai tudung dah cukup baik. Ada byk org skrg yg gunakan tudung ni utk menutup keburukan yg dia buat. Leher kena kepat dek jin, pakai subang rantai emas curi, rambut kaler kali, mcm2 lagi. Ada juga pakai tudung, tapi baju ngan seluor nya mcm tak pakai pa pe, melekat je nampok habis segala rahsia...

    Kdg2 kita mak bapak ni terlepas pandang, kadang terlebih sibuk ngan urusan harian sampai terlepas pandang gelagat anak dara kita. Jadi bagus la kalau ada Ustazah yg membantu mendidik anak kita ke jalan yg benar..

    Kawan percaya ustazah tu dah ambik kira perkara2 berkaitan hukum dan pelaksanaan semasa dia buat tu semua. Kalau ada terlepas pandang, kalau kecik2 tu, maafkan la dia. Dia pun manusia macam kita jugok, ada jugok salah dan silap. Kawan jugok percaya, Ustazah tu berniat baik, utk memastikan anok2 dara kita ni jadik org berguna, baik luar dan dlm.

    Itu pendapat kawan la...

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya rasa mesti ada insiden yang menyebabkan ustazah tu buat spot check. Anak-anak muda kita; baik lelaki @ perempuan macam-macam gelagatnya, tak kira bertudung atau tidak. Yang tak bersalah jadikan itu sempadan supaya tidak melakukannya pada masa depan. Disiplin dan sahsiah murid adalah keutamaan sekolah selain akademik.

    ReplyDelete
  10. Well, bg saya, ada gunanya ustazah tu wat spotcheck, tujuan ustazah tu check leher mungkin nak tgk ada tnda2 "love Bite" atau gigitan cinta pd leher pelajar tersebut, so pihak sekolah boleh detect samada pelajar tu melakukan mksiat atau x. tau2 la bdak remaja zmn skang ni advance sgt.

    ReplyDelete