Friday 7 May 2010

Hadiah Buat Ibu

Assalamualaikum,

Sempena hari ibu yang akan diraikan pada hari Ahad ni, marilah kita fikir-fiirkan apakah hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada seorang ibu yang jasanya tidak dapat dihitung besarnya, dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya.

Jawapan dari sudut pandangan seorang anak, seorang suami dan ibu sendiri.

Diantaranya :

1. Memberikan ibu sejambak bunga yang harum berserta nota yang memuji ibu, berterima kasih, dan menceritakan jasa-jasanya terhadap anda dan seluruh keluarga.

2. Mengundang ibu untuk makan malam ditempat yang istimewa, dengan hidangan makanan yang digemari oleh ibu.

3. Membawa ibu pergi melancung ke tempat-tempat menarik bersama anak-anak.

4. Berkumpul dirumah ibu sambil mengadakan jamuan doa selamat.

5. Menghadiahkan ibu dengan barangan yang berharga seperti barangan kemas dan pakaian yang mahal.

6. Bertanya ibu apakah benda yang dihajatinya sepanjang hayatnya yang masih belum tercapai dan berusaha untuk mendapatkannya sebagai hadiah kepada ibu.

Jika anda ada apa-apa lagi jawapan yang lebih baik sila catitkan didalam komen anda.

Keh sendiri sebagai anak dan ibu ada jawapan tersendiri yang akan keh catatkan didalam entri seterusnya.

Sekian Wassalam.

13 comments:

  1. salam..
    jasa mak ayah kita memang tak terbalas
    sayangi lah ibu ayah kita sampai bila2
    dan setiap saat.."selamat hari ibu"
    untuk aok juga..

    ReplyDelete
  2. W,sallam, Terima Kasih En Zul, " Selamat Hari Ibu " untuk orang rumoh En Zul Juga..

    ReplyDelete
  3. Kome petang ni nak menjengok ibu kome..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah endiem, untuk ibu yang telah meninggal sedekahkanlah alfatihah setiap kali selepas sembahayang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Saguslah en Relevan..salam buat Ibu aok yee..

    ReplyDelete
  6. weh nok cium mokk, slamat hari ibu buat sema wanita bergelar ibu..

    ReplyDelete
  7. mendoakan kesejahteraan ibu bapa setiap kalai solat..

    ReplyDelete
  8. Jom bersama kita doakan kesejahteraan buat ibubapa kita, di beri segala kebaikkan dan di rahmati serta diampuni segala dosa2 mereka. Amin.

    ReplyDelete
  9. slmt hr ibu.. pd ibu2 kita dan pd kita yg dah jd ibu gak..

    ReplyDelete
  10. Bersyukur pd yg masih ada ibu..

    ReplyDelete
  11. salam
    slmt ari ibu...
    idah 4 thn tanpa mak..tp ttp punyer mak tiri & ibu mertua..sedekah kan alfatihah utk mereka yg dah pergi..
    hargaila mereka sementara ada..jgn sesal dikemudian ari...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum,
    keh stuju dgn C'Pit weh... :)

    ReplyDelete