Monday 12 July 2010

Ikan Talapia Goreng Sos Lemon.

Assalamualaikum,

Cerita 10 hari lepas.
Sempena Karnival Lipis 2010, akak keh ajak masuk pertandiangan
masak ikan talapia dengan produk agromas, mulanya keh memang
malas, maklumlah masa suntuk sangat. Banyak lagi perkara lain
yang nak diuruskan, tapi kesian plak dengan akak yang baru pertama
kali nak mencuba dalam bidang masakan.


Nih dua beradik sedang menunggu keputusan Hakim

Keh tak tau nok masak apa, sampai masa hantar borang kah masih
tak pasti nok masak apa. Akhirnya keh tulis ajalah kat borang tu
"Ikan Talapia Goreng dengan Sos Lemon." Lepas tu keh terus
melupakan pasal pertandingan masak tu.


Ini ikan talapia goreng dengan sos Lemon, masa keh
buat testing kat rumah.

Dua hari sebelum pertandingan akak telefon mengingatkan
keh masa pertandingan dah tinggal 2 hari, akak dah buat
testing masakan kat rumah. Pengelola pertandingan pun
telefon suruh ambil ikan kat padang pagi hari Jumaat tu.
Fuhh...masa tu lah keh betul2 tengah sibuk, dan kepala
masih blur tak tau nak masak apa. Resipi dah tak boleh
tukar sebab dah terlalu dekat masa pertandingan. Macam
mana nak buat sos lemon ni, resipinya pun keh tak ada,
masa dah terlalu suntuk, nak cipta resipi pun tak ada masa.
Pulak tu kena ada campuran produk agromas. Gila betul.


Inilah hidangan yang mampu keh sediakan.


Hari Rabu malam khamis keh ajak anak sedara keh berjalan2 kat
karnival, itulah pertama kaki keh menjejakkan kaki ke karnival
Lipis yang dah berlangsung hampir seminggu. Kami singgah
di gerai FAMA yang ada menjual produk Agromas. Tak tau
menda nak beli, belek punya belek keh rasa sos nanas paling
sesuai untuk dijadikan bahan masakan keh. Setel satu perkara.
Dalam kepala ada dah sikit gambaran tentang resipi yang
akan keh buat nanti.


Inilah rupa "Ikan Talapia Goreng Dengan Sos Lemon."

Hari Jumaat keh suruh student keh cuti untuk membolehkan keh
mencipta resipi pada paginya dan petangnya pertandingan
akan berlangsung. Seawal pukul 6.45 keh dah berada di Pasar
Bunga Cengkih untuk membeli Ikan Talapia dan peralatan lain.
Cari ke buah lemon tak ada pulak, dah habis kata toke tu.
Macam mana ni, tak kan nak ganti dengan limau kasturi
atau limau nipis, lainlah rasanya. Huhhh...kecewa betul
rasanya. Nak tak nak keh beli jugalah limau nipis. Balik rumah
terus aja buat resipi, dan siapkan barangan. Sos lemon diganti
dengan limau nipis. Tak kena rasanya. Tak boleh jadi nih,
kena cari buah lemon juga.


Ini hidangan pemenang kedua yang memasak resipi,
Murtabak Ikan Talapia, sedap weh, lebih sedap dari
murtabak daging.

Alhamdulillah, adik balik sekolah keh terus suruh pegi beli buah
lemon di Pasar Mini Ria, batu 2, ada, suruh dia beli 4 biji. Sos
yang keh dah buat dengan menggunakan limau nipis keh ganti
dengan sos lemon yang keh buat semula, rasanya boleh tahan.
Sedap. Alhamdulillah, beres segalanya dan ready untuk
masuk pertandingan.


Ini popia yang intinya dibuat dari ikan Talapia

Walaupun keh tak berjaya mendapat tempat, Alhamdulillah keh
berjaya jyga masuk pertandingan dalam keadaan keh yang
tengah berserabut dengan tugas lain. Walaupun hanya dapat
hadiah saguhati, tapi lumayanlah juga.


Yang paling lumayan hok dalam sampul surat ni lah.


Sekian Wassalam.

20 comments:

  1. lorrr aritu mak suh carik recipe lupa betul. pesai tak ingatkan. hehehe brape angka yg dlm sampul surat tu

    ReplyDelete
  2. Tak penoh rasa lagi resepi nei boleh cuba esok...nampok macam best aje..kash biasa buat pais tempoyak aje ikan talapia nie mmg best.

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat rodong keh. Berkecor air liur terbayang ke lemon teh.

    ReplyDelete
  4. resipi baru.. boleh komersilkan..

    sudi ambik award kat blog koi weh.

    ReplyDelete
  5. Lepas ni boleh tulis seme resepi yang dibuat sendiri.Dapat bawoh sikit dari Chef Wan pun dah okey...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, Jah resipi segera, not bad...cuma terlebih manis kata hakim...yang dalam sampul surat tu angka dia sama juga dengan boleh belanja seminggu...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    En, Yassin memang best pun keh rasa, tapi resipi buat dirumoh lebih sedak dari yang dibuat masa pertandingan..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Laa..kak Aida..ingatkan terbayangkan ikan talapia sos lemon, berkecur air liornya..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    endiem, insyaAllah, memang itu tujuannya, tunggu cukup ilmu dulu, tgh menimba ilmu ni..

    ReplyDelete
  10. AssalamualaikumAssalamualaikum,

    Jejaka Desa, hehehe...bawah sikit pada Chef Wan bolehlah, kala atas karang Chef Wan tak dapat cari makan pulok...

    ReplyDelete
  11. Adessss.. terliur pulok koi petang2 ni...

    ReplyDelete
  12. salam LIPISLADY..menang kalah..adat pertandingan..yang penting..semangat masok pertandingan tu..
    iakan talapia..goreng garing2 dan potong cili api ngan bawang..masukan pun sedap...

    ReplyDelete
  13. Sedap dan sungguh menyelerakan..menang ke kalah ke yang penting lauk itu boleh dimakan..

    ReplyDelete
  14. ambuih behnya deme weh!
    menang ke dok lain criter. yg penting masuk penyertaan.

    suka keh membacanya :)

    ReplyDelete
  15. Oklah tu..mula-mula bertanding peringkat daerah..lama-lama pergi pulak peringkat zon pulak..Lepas tuh masuk tv jadi pengacara memasak..ha!!..manatau!!..

    ReplyDelete
  16. salam,

    tahniah, takpe walau tak menang pun yang penting kita berani nak mencuba dan tonjolkan bakat yang ada.. insya-Allah lain kali akan lebih berjaya lagi..

    ReplyDelete
  17. Tahniah lipislady, semangat juang yang penting.

    ReplyDelete
  18. Salam...

    Tahniah wehh....

    kak sile ambil award di blog koi te..

    ReplyDelete
  19. Namanya aje dah berselera ..teringin pulak nak memasak ikan talapian lepas ni

    ReplyDelete
  20. weyh.. orang pahang kita.. sambak bilis hitam dgn belimbing besi tu sedap.. camna ek nak masak tu..?

    ReplyDelete