Sunday, 28 November 2010

Apa Dah Jadi

Assalamualaikum,

Menurut sebuah akhbar tempatan, purata 10 orang wanita di Malaysia menjadi mangsa keganasan termasuk fizikal, mental dan seksual pada setiap hari.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie kes tersebut termasuklah kes rogol, bunuh, dera dan keganasan rumahtangga.

"Lapuran statistik disediakan mengikut sumber kes-kes yang telah dilapurkan kepada polis yang terbaru untuk tahun ini juga secara tidak langsung membuktikan tahap serious keganasan terhadap wanita di Malaysia" kata beliau. ( macam zaman jahiliah )

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen Say No - United To End Violence Against Women sempena hari Antarabangsa Menangani Keganasan terhadap Wanita 2010 dan Kelab Youth orbit - Circle of Influence ( Kelab YO )

Menurut Seai Kie, dalam kebanyakan situasi kes keganasan terhadap wanita sebenarnya dilakukan oleh orang yang dikenali atau pun mereka yang paling rapat dengan mangsa. kes juga berlaku di mana saja tanpa mengira faktor kaum. kepercayaan agama, status ekonomi dan sosial.

"Kes begini bukan saja mengancam nyawa dan kesejahteraan mangsa, jika dibiarkan berlaruta terutama dalam kalangan golongan muda yang merupakan generasi masa depan negara. Ia boleh meruntuhkan masyarakat dan menghalang kemajuan sesebuah negara" Jelasnya.

Berita kaki :

Dalam masa satu bulan dua orang remaja di Kuala Lipis dilapurkan hilang, Kemana mereka ni pergi yee..

Sekian Wassalam.

12 comments:

  1. Ada tak statisik lelaki didera secara fizikal, mental & seksual di m'sia...nak tau gak apa dah jadi..

    ReplyDelete
  2. Salam adus amat simpati terhadap wanita tersebut apasal buat ganes het ker org tine gitu tak baik entakkk.
    New Entry "Awas!! Risiko Berbolgger"

    ReplyDelete
  3. memang tak patut kalau orang lelaki yang dianggap pelindung buat begitu .. patut dikenakan hukuman berat tu !

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    memang sedih bila baca berita begini
    dan inilah antara cabaran wanita masa kini
    pengalaman saya membantu mangsa2 ini
    mereka kebanyakkanya takut meminta tolong
    alhamdulillah jika mereka berani berkongsi maslah mereka.

    ReplyDelete
  5. salam..
    majlis ini di adakan di KL Central..
    kebetulan koi di sana masa tu,ande juga nampok

    ReplyDelete
  6. Memang kes penderaan ni banyak sangat dah berlaku sebaik2nya buat undang2 yang lebih berat.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, Sha....

    Setakat ini tak nampak plak..stastiknya...
    nanti kalau jumpa saya post kat sini..ok sha..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, AAP..

    Memang kesian en Yassin, mentang2lah
    orang tine nih lemah...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, Tuan Haji..

    Memang sepatutnya tidak ada lagi tolak ansur dengan mereka yang membuat jenayah seperti itu..
    haraokan pagar, pagar makan padi..kejam betul..

    ReplyDelete
  10. Walaikumsalam, ummu

    Wanita sepatutnya diberi kesedaran dari kecil lagi supaya mereka tahu hak mereka, jangan sekadar mendiamkan diri apabila penderaan atau kekejaman terjadi keatas mereka, lapurkan segera kepada pihak berwajib sebelum perkara yang lebih teruk terjadi..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, En zul,

    Ada terlibat ke dengan program tu en Zul?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, kak Zaitun,

    Setuju sangat dengan cadangan tu...

    ReplyDelete