Assalamualaikum,
Semasa membelek-belek dan membaca satu majalah dwi bulanan yang terkenal tadi terjumpa artikel ini, lalu keh petik untuk dikongsi bersama teman2. Tajuk seperti diatas. Seringkali kita kalau diserang sakit gigi, selagi mampu ditanggung pasti tidak akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kita selalu menganggap sakit gigi adalah penyakit remeh yang tidak perlu diberikan perhatian yang serious.Ada setengah tu sampai buruk berlubang-lubang dan semuanya dah berwarna hitam gigi tu masih juga bertahan, maklumlah gigi asal, sayang juga nak di cabut apa lagi nak digantikan dengan gigi baru yang palsu.
Tahukah kita sakit gigi boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik seperti nyeri mata, strok, jantung, diabetes dan kelahiran pra matang untuk ibu-ibu yang mengandung. Sebenarnya ada banyak penyakit yang bermula dari mulut dan gigi kerana mulut adalah pintu masuk segala macam benda asing kedalam tubuh.
Sakit gigi boleh menyebabkan serangan jantung kerana kuman yang bersarang pada gigi yang berlubang boleh menembusi kesaluran daraah dan berkumpul dijantung. Gigi yang rosak teruk juga boleh menganggu sistem imun tubuh. Ini kerana sistem imun yang rosak akibat serangan bakteria akan merembes sejenis protein, cytokines. Ia menyebabkan kerosakan sel pankreas yang menghasilkan insulin, hormon yang memicu serangan diabetes.
jadi kalau ada gigi yang dah nampak tanda2 rosak tu lekas2lah mendapatkan rawatan, jangan tunggu sampai gigi tersebut rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.
sakit juga gusi koi pasei dapat baca tajuk je
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteItulah masaalah keh ni, nok taip isi tertekan pulok ke enter, apa tak nya keluar tajuk ajalah, dah tu nok mendapatkan balik nak edit tu bukannya mudoh, internet keh ni lambat, lembam sangat..nasiblah, aok dapat baca tajuk aja..
Aihhhh.. bahaya wehhh sakit gigi ni..
ReplyDeletePopalit weh kalau sakit gigi nie tak tanggung dek badan.. tea'luk (gambo) gigi dia yeek :(
ReplyDeleteTerima kasih kongsi ilmu,buat masa ni gigi kak Zai masih elok,syukur.
ReplyDeletesalam weh..
ReplyDeletekoi jarang kena sakit gigi...tapi sekali kena ya Allah...
Salam,
ReplyDeleteJarang dah sakit gigi sebab gigi pun dah makin kurang hehe
Ubat sakit gigi adalah cabut saja..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemaka jagalah gigi
anda..jangan lupa
gosok gigi..he he
betul. cabut saja gigi yg sakit. kalau tak nak cabut, beli je lah ubat tahan sakit kat klinik gigi atau 7eleven
ReplyDeletealamak, mmg rase gigi ni berlubang.. nampaknye kena g tampal la neh...
ReplyDeletebahaya gak kan sakit gigi ni..tambah2 kalau time nk cabut geraham.org kata,salah2 cabut,boleh senget muka sebelah sbb tertarik urat.
ReplyDeletememang tak tertahan bile kena sakit gigi .tapi sekarang dah ada rawatan matikan akar gigi untuk menyelamatkan gigi drp di cabut.Bayarannya pun boleh tahan.
ReplyDelete