Saturday, 20 November 2010

Bertemu Rodong Lama

Assalamualaikum,

Bertemu rodong lama memang sangat menyeronokkan, apa lagi rodong yang sama2 bersusah senang, sama bersuka duka apa lagi yang dah terlalu lama tak berjumpa dan tidak mendengar khabar berita. Pagi tadi tiba2 saja bekas rodong lama telefon ajak minum2 dekat gerai daun pisang dekat pekan sari Kuala Lipis. Kami yang kebetulan memang baru balik dari pekan sari kerana nak buka kedai bergegas semula ke pekan sari. Teruja juga bila diberitahu ada orang jauh nak jumpa.

Rupa2nya Puan Salmah dan suaminya Hj. Awang Kenik dari Sarikei Sarawak datang menziarahi kami dalam perjalanan mereka dari Paka Terengganu menuju ke Kuala Lumpur. Walaupun mereka sepatutnya boleh saja menggunakan lebuhraya Kuantan Kuala Lumpur, tapi demi untuk menzirahi kami di Kuala Lipis, mereka sanggup menyimpang ke Jerantut dan seterusnya kemari.

Puan Salmah dan suaminya merupakan orang yang paling awal saya temui semasa datang ke Sarikei dan menetap disana pertengahan tahun 1977 yang lalu. Masa itu merekalah diantara orang yang boleh berbahasa Melayu Semenanjung dengan baik yang boleh saya fahami percakapan mereka. Merekalah juga merupakan rodong2 yang sama2 pusing seluruh daerah Sarikei termasuk kependalaman, untuk mengadakan persembahan kebudayaan. Suatu kenangan yang sukar dilupakan.

Bergambar Bersama Anak Cucu Tuan Hj. Kenik dan Puan Salmah.

Di pertemuan yang singkat dan penuh makna ini sempat juga kami makan-makan bersama dan selepas itu mengabadikan kenangan dan bergambar beramai-ramai di steysen keretapi yang diantara tertua di Malaysia yang dibina dalam tahun 1926 ini. Puan salmah dan Tuan Hj. Awang Kenik mempunyai ramai keluarga di Semenanjung termasuk di Temerloh dan di Paka.

Tak lupa juga 0 mile yang menjadi mercu tanda bandar Kuala Lipis, yang sering menjadi perhatian setiap pelancung yang datang ke Kuala Lipis.

Sayang masa terlalu singkat untuk kami bermesra, kerana mereka akan balik ke Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan ke Perak pula. Semuga Kami akan bertemu lagi dimasa akan datang insyaAllah jika dipanjangkan usia.


Sekian, Wassalam

13 comments:

  1. Salam ..best juga yak dpt jumpa rodong lama nie dpt mengimbau kisa2 lama.. saya pun dah lama cari sahabat lama malangnya tak jumpa sampai ke hari ini :(

    ReplyDelete
  2. Rodong tu makna kawan atau sahabat atau friends..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, En Yassin,

    Setengah orang guna Facebook cari rodong lama

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Imanshah,

    Betul kata en Relevan, rodong tu kawan, dan suami atau isteri pun dikatakan rodong..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, En, Relevan,

    Betul sangat dah tu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Eh...lama dah kawan tak ke lepih...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, Sha,

    Mohlah weh kelepih,menjenguk-jenguk orang lepih pulok..

    ReplyDelete
  8. Tahniah wehhh...bukanye senang nak jumpe rodong lame tuu

    ReplyDelete
  9. salam..
    behh la aok yak?
    orang jauh datang kemari..
    selamat berodong..

    ReplyDelete
  10. bergambo deket batu 0 tu yg terbaikkkkkk

    ReplyDelete
  11. huhuhu stesen keretapi weh..... teringat masa dolu2... dari padang tengku ke lepih..... 20 sen je tambang nye weh..... naik pulok dengan gerabok org kelantan nok berjual kat pekan sari lepih tu..... memang tak menahan....

    kome panggil gerabok ikan masin.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. Tentu banyak cerita yang dikongsi bersama tapi sayang tak dapat tinggal lebih lama.

    ReplyDelete