Tuesday 15 March 2011

Selamat Pengantin Baru Ija dan Suami.



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, majlis kawin anak akak dah pun selesai, penat pun dah
hilang. Hari ini dah mula kerja, walaupun semalam sepatutnya cuti tapi
terpaksa datang juga kerana terlupa nak bagi tau 2 student, mereka
datang juga. Kesian kat mereka. Tapi tak apalah, bukan penat sangat,
walaupun keh merupakan tuan rumah kedua mengendalikan kenduri
tersebut. Oleh kerana itu juga keh banyak terlepas peluang untuk
mengambil gambar2 yang menarik. Cuma yang ada ini ajalah yang
termampu keh snap.
Acara berinai, pengantin perempuan sedang diinai kaki.


Kumprinx dan wife dan abang pengantin tak ketinggalan,
sibuk menghias bilik pengantin.


Pengantin lelaki menyerahkan duit mas kawin, beserta iringan
sebentuk cincin dan seutas rantai tangan selepas upacara
akad nikah.


Pengantin bersanding selepas akad nikah.


Pengantin dengan Ibu dan Bapa, akak dan abang ipar keh.


Ini aja gambar yang keh sempat bergambar dengan akak dan
abang2 penganting.

Selamat Pengantin Baru, Semuga Kekal Sepanjang Hayat.

Sekian Wassalam.

6 comments:

  1. Salamat Pengatin baru semoga kekal sepanjang usia. Sama cantik sama sepadan.

    ReplyDelete
  2. salam..
    tahniah buat pengantin..
    moga di berkati pernikahan
    ini hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  3. wah! berseri-seri pengantin, semuga berbahgia selamanya....beh jugek bila kenduri kendara gini kan!

    ReplyDelete
  4. bahagia membawa ke syurga... dah kawin orang sibuk tanya bila nok timang cahaya mata pulok eesok tanya lagi bila nak bermenantu... letihh

    ReplyDelete
  5. beh nye makan lauk kenduri. dah pun jadik bini orang. moleklah. serba merah ija. tapi apasai katan pakai baju kaler biru plak tu. hehe

    ReplyDelete
  6. assalam..

    slmt pngntin bru.. berbahagia selalu ye

    ReplyDelete