Saturday, 31 December 2011

Klasik Dan Menyeramkan Tangga Ini.

Assalamualaikum,

Sallam pagi Sabtu. Seronok kan, hari ini hari bercuti. Ada yang belum bangun tidur lagi ke, atau ada yang dah berada diluar rumah. Saya? Masih tercongok depan PC ni, ada gambar yang nak saya kongsikan dengan rodong2 dan pengunjung2 blog saya disini.

Apa perasaan korang kalau berada di atas tangga ini. Tengoklah bagaikan tidak ada penghujungnya tangga ini melainkan ruang kosong semata2. Saya sendiri berasa seram ketika berada ditengah2 tangga ini. Nak ke atas? kemana? Tidak ada rumah, tidak ada apa2 diatas sana. Hanya lorong dan terowong.


Ok, kalau kat sini baru rasa cerah sikit pandangan. Tapi apa ada kat atas, Tak ada bangunan, tak ada rumah. Kemana destinasi saya sebenarnya. Tangga ni nampak cantik lagi. Macam baru di cat dan diganti tile atau mat-mar. Tapi agak kotor, penuh dengan sampah sarap. pastinya dedaun kering yang berguguran, tiada siapa yang membersihkannya.

Ah, tetiba datang pula nostalgia zaman lampau, masa tu saya berumur dalam lingkungan 6 tahun, dipimpin oleh mak menyusuri tangga ini, masa tu tangga ni cuma tangga simen yang bergerutu. Anak tangganya sungguh banyak dan rapat2. Tapi yang ini semuanya dah baru.


Masih belum dapat meneka dimana lokasi tangga ini. Tengok ni, kalau turun kebawah pun masih ke ruang kosong juga. Tiada apa2 dibawah sana. Ah, " I am lost" macam Alice in Wonderlandlah plak rasanya ketika berada atas tangga ini. 


Jangan bimbang ketika berada diatas tangga ini. Saya tak sesat sebenarnya. Tangga ini adalah tangga lama menuju ke Pejabat Daerah Lipis, tempat naiknya berhampiran dengan D' Residen Cafe tempat saya beli mee kari semalam. Ni saya dalam perjalanan nak ke Pejabat Daerah Lipis. Saja saya menggunakan tangga ini untuk membangkitkan nostalgia zaman kanak2 mengikut mak menaiki tangga ini untuk bayar hasil tanah di Pejabat Tanah. Dan tujuan saya kali ini pun untuk bayar hasil juga. Nampak tangga ni macam klasik sangat dan amat menarik, jadi saya ambillah gambar untuk dikongsikan disini.


Dipertengahan tangga saya jumpa biji saga ini. Saya dongak keatas, ada dua atau tiga spesis tumbuhan nampaknya dan sampai sekarang saya masih belum kenal mana satu pokok saga, yang menjadi kebanggaan kereta nasional kita lalu diabadikan dengan nama Proton Saga. Oklah, boring tak pepagi ni cerita pasal tangga plak. Kalau rasa boring saya stop dulu kat sini. Nanti jumpa lagi yee, Wassalam.

Jenguklah juga kedai online kakmah.

Friday, 30 December 2011

Dua Hari Berturut-Turut Makan Mi Kari.

Assalamualaikum,

Sallam hari Jumaat yang berkat. Dah tengahari rupanya ye sekarang.Dah nak masuk zohor pun, dan kejap lagi nak makan tengahari plak. Ari ni saya tak makan tengahari nampak gayanya, perut masih kenyanglagi rasanya Sebab baru je lepas makan mee kari.

Tengok, ni mee kari yang saya makan pukul 10 tadi beli tapau kat D'Residen Cafe. Selama ni saya tak pernah pergi atau makan kat D'Residen Cafe sebab saya  kalau nak makan mesti dikedai yang saya dah biasa makan dan mesti makanannya sesuai dengan selera saya. Tapi ni cuma kes nak cuba ajalah. Sampai tadi tengok Rafi tengah makan mee kari, teringin plak nak try. Rasa, alhamdulillah, memang sedap, lemak
dan tak berapa pedas. Selera saya kata boleh terima. 

Silap, kat atas ni mee kari Alamanda.

Gambar kat bawah ni plak, gambar mee kari yang saya makan semalam, kat kompleks Alamanda. Saya dah selalu makan mee kari kat sini, adalah dua tiga kali dah. Rasa ok juga, tekak saya kata boleh terima. Tapi yang peliknya mengapa saya hari2 nak makan mee kari. Semenjak baru bangun demam ni tekak saya rasa tak sedap aja. Nak makan pun memilih sangat. Banyak makanan yang saya rasa tak berapa selera nak makan. Nak masak sendiri, tulah, lagilah malasnya. Cuma hari selasa lepas aja saya masak sendiri dirumah. Tu pun sebab ada banyak petai, boleh buat sambal tempoyak.

 Gambar atas dan bawah ni pula mee kari D'Residen Cafe.

Dua-dua sedap. Kalau datang ke Lipis, atau ada di Lipis,
kalau nak cari mee Kari, pergilah ke dua2 tempat ini. 
Anda tak akan kecewea.


Semuga jumpa lagi, Wassalam.


Thursday, 29 December 2011

Warisan Yang Semakin Luput Ditelan Zaman.

Assalamualaikum,

Sallam ceria pagi Khamis.

Selaras dengan peredaran zaman, arus kemodenan dan pesatnya pembangunan sektor pembuatan dan kecanggihan teknologi, peralatan2 lama yang sering digunakan oleh nenek moyang kita dahulu kala semakin dilupakan. Usaha untuk menjaga atau mengekalkan peralatan-peralatan seperti ini amatlah penting untuk rujukan generasi akan datang. Saya kongsikan disini diantara peralatan2 yang munkin tidak dikenali lagi oleh anak cucu kita akan datang.

Ini kukur kelapa. Dulu2 kalau nak buat kuih koci atau batang buruk, kelapanya dikukur sendiri. Dikukur kasar2 supaya dapat merasakan teksture kelapanya. Guna kelapa muda sedang goncang dimasak dengan gula kabung. Intinya sangat sedap, lembut dan lemak. 


Ini pula peneran bubur cendol yang diperbuat daripada tempurung kelapa yang besar. Ditebuk menggunakan bo, atau ada juga dibuat menggunakan batang kayu yang diukir sendiri dan ditebuk. Bubur cendol atau bubur lior selalu dibuat jika ada kenduri bercukur rambut bayi atau majlis berderau menuai atau mengemping padi. 


Ini periok tembaga. Zaman dato nenek dulu2, mereka cuma guna periok tembaga ini apabila masak nasi atau gulai. Nasi yang dimasak didalam periok ini memang sedap, lembut dan mengurai, ditanak pula diatas dapur kayu. Zaman sekarang Chef Wan pun dah mula menggunakan periok ini untuk sesi masakannya, kerana beliau tahu apa istimewanya periok ini.


Ini pula batu giling atau disesetengah tempat memanggilnya sengkalan. Guna untuk menggiling lada kering, lada basah dan rempah ratus. Gulai yang dimasak menggunakan lada dan rempah ratus yang digiling memang sedap, kerana tidak berair seperti yang di kisar menggunakan mesen pengisar. Apabila digoreng lada dan rempah ratus terus masak dan garing berbanding dengan bahan yang dikisar, proses mengeringkan air membuatkan bahan rempah kehilangan rasanya yang asli.


Dan yang ini alat peneran putu mayam yang diperbuat dari batang kayu juga. Putu mayam dikaitkan dengan kaum India. Tapi sebenarnya putu mayam juga adalah makan tradisi orang Pahang. Ia dimakan dengan manisan atau misan kabung, sebelum dibuat gula kabung, atau dimakan dengan kari daging atau ayam. 

Setakat ini dulu. Semuga berjumpa lagi, wassalam.

Sunday, 25 December 2011

Rambutan Gading

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu. 
Semuga ceria selalu.

Gambar apa ni, cuba teka, sedap nampak ni. Terliur sangat rasanya? Ha.. nilah makanan favourate saya. buah rambutan gading yang saya dah hiris-hiris. Barulah mudah nak makan seperti orang tua yang tak ada gigi. Pasal apa saya buat macam ni, tulah saya sekarang ni tengah batuk. Kata orang kalau batuk tak boleh makan rambutan. Selupat biji rambutan tu akan membuatkan tekak kita mudah terguris menyebabkan tersedak dan batuk.  Sebab malas nak makan selupatnya tu saya pun hirislah. makan macam ni memang lebih sedap.


Adui laa, saya sebenarnya tak berapa sihat  sejak seminggu ni. Sepanjang hari rasa nak baring dan nak tido saja. Sebenarnya termasuk hari ini dah 9 hari saya demam, cuma hari ni dah berangsur2 baik dah. Tinggal pening dan selsema saja lagi. Orang kata bila tiba musim buah memanglah ramai orang demam dan sakit. Tah kenapa yee, sebab banyak makan buah kut. Saya sendiri sebenarnya tak makan buah pun, sejak mendapat demam Sabtu yang lepas lagilah, makan pun sentiasa berpantang, takut sangat demam melarat dan susah nak sembuh. Nak kata tak makan ubat, semua ubat yang diberi oleh Dr, dah habis saya makan mengikut aturan yang diberi.


Tapi bila dah nak baik dari demam macam ni, tekak pun mulalah meragan, macam-macam nak makan rasanya. Termasuklah rambutan gading ni hah. Walaupun masih batuk, dan semalam nampak rambutan pun tak nak beli, tapi hari ni anak bagi juga rambutan, ambil sajalah. Makan berhirislah nampak gayanya.


Rambutan gading ni memang sedap dan manis dia memang lebih sikit dari rambutan lain. Tu pasallah saya terliur sangat. Makan sikit aja, dua tiga ulas, semuga taklah sampai mengakibatkan saya batuk. Tak larat dah rasanya menanggung demam batuk ni.

Semuga jumpa lagi, Wassalam.

Friday, 23 December 2011

Kursus Keselamatam Makanan 1Malaysia.

Assalamualaikum,

Apa khabar rodong2 semua. Ceria2 selalu yee, dah sampai kepenghujung minggu ni gayanya. Lepas ni kita nak bercuti selaam 3 hari plak. mana yang raya krismas tu rayalah, mana yang tak tu tumpang cuti ajalah. Walaupun bercuti saya pasti masing2 dah sibuk sekarang ini dengan aktiviti membeli-belah saat terakhir untuk persiapan anak-anak kembali kesekolah. Saya pasti ada antara kita yang dah tak menang tangan dengan kerja2 membuat persiapan persekolahan anak2 tu. Saya doakan semuanya berjalan dengan lancar. 
Ni 2 orang penceramah dari Pejabat Kesihatan Lipis,
PPKP Cik Nor Adila binti Ghazali
dan Peg. Zat Makanan (C41) Pn Nurul Asyikin bt Osman

Dalam pada orang sibuk2 buat persiapan anak nak kesekolah saya plak sibuk dengan aktiviti berkursus.
Kursus ni kami dari Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Lipis Yang anjurkan, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan daerah lipis. Kursus sehari yang diadakan di Dewan Lipis Centrepoint Hotel ini bertajuk " Kursus Keselamatan Makanan 1 Malaysia ". Seramai 28 orang peserta yang telah menyertainya.


Sebenarnya kursus ni dah berlangsung Sabtu lepas dah, tapi baru hari ni dapat upload gambar. Bukan apa saya sekadar nak berkongsi info dan aktiviti saya minggu lepas.

Ini PPKP En Fikri bin Mohd Rohni, juga penceramah 
undangan dari Pej. Kesihatan Daerah Lipis.

Sebagai pengetahuan kursus ni wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan sijil GMP atau Amalan Pengilangan Baik dan untuk mereka yang ingin mengendalikan kilang makanan.

Peserta sedang tekun mendengar ceramah dari 
PPKP En Fikri.

Semuga jumpa lagi, Wassalam.

Thursday, 15 December 2011

Kuat Makan Atau Banyak Makan.

Assalamualaikum,

Selamat malam kawan2 dan rodong2. Dah tidur ke weh. Awal lagi ni. Marilah kita jalan2 kat blog kawan2 dulu sebelum tidur. Saya malam ni ada kesempatan sikit. nak buat entry baru. Entry makan2 je. Menu saya sepanjang hari ni. Melihat pada menu ni ada orang yang kata saya ni dah kuat makan. Ishh..kata saya bukan kuat makan. Tapi banyak makan jee.



Tengok ni, bubur oat masin ni menu saya sebentar tadi, kul 9.30 baru makan malam wei, Tapi jangan terperanjat kalau saya bagi tau sebelum makan bubur oat tadi saya dah makan 2 mangkuk bubur kacang campur durian macam kat bawah tu hah. Kawan2 rasa saya kuat makan ke atau banyak makan?


Nasi goreng yang kat bawah ni plak menu makan tengahari saya tadi. Tapi sebelum makan tengahari pun saya dah makan satu mangkuk bubur kacang durian dengan Pn Asmah tadi. Bawak bekal dari rumah, terlanjur Pn Asmah ada bagilah dia rasa semangkuk. Nak ajak makan nasi goreng, sikit sangat takut tak cukup untuk diri sendiri. tapi jangan terperanjat lagi yee, sebab tak sampai setengah jam sebelum Pn Asmah sampai saya dah makan pulut panggang dan karipap sardin dengan Phillis. 



Sarapan pagi tadi saya makan nasik goreng macam kat atas juga, satu piring dengan air milo satu cawan. Sejak akhir2 ni saya kena makan makanan berat setiap pagi sebab saya cepat lapar. Kalau dapat nasi goreng semangkuk dengan secawan air milo memanglah menyengangkan.


Tapi kawan2 nak tau tak, semasa duduk2 aja atau buat kerja, mulut saya ni memang tak boleh nak diam. Mesti nak kena mengunyah juga. Oleh itu siap2 saya beli kacang salut tepung dekat Mi burger. Makanlah saya tak berhenti2 sehingga saya tidur sekejap lagi. Ni saya nak tanya lagi dengan kawan2, saya ni kuat makan ke atau banyak makan??? 


Oppsss, terlupa plak, betik kat bawah ni saya makan juga sambil2 makan kacang salut tepung. Tapi anehnya saya tak rasa pun kekenyangan yang amat sangat dengan kuantiti makanan saya yang sebanyak ini. haru betul, apa yang jelasnya tadi jumpa kawan masa nak beli pulut panggang, dia kata akak dah nampak gemuk sikit. Gemukkk!!! Taknakk....saya tak nak gemuk, saya nak makan aja.

Terima kasih kepada kawan2 yang sudi baca sampai ke sini yee. Lain kali kita jumpa lagi yee.. Selamat Malam. Wassalam.


Jangan lupa jenguk    Kakmah online pula.

Saturday, 10 December 2011

Apam Tapai Dengan Eno

Assalamualaikum,

Selamat malam minggu buat rodong2. Dah tido ke?. Awal lagi, saya baru aja habis buat kuih, Apam Tapai. Belajar dengan akak saya. Memang lama dah saya nak cuba buat kuih ni, belajar dengan akak, tapi banyak sangat halangan dan rintangannya. malam ni tercapailah hasrat saya.


Malam tadi tanya akak apa bahan2 nak buat apam tapai. Sebab bila makan akak punya, sedapnya lembut sangat. Selalu tu saya buat pakai tapai aja. Tapi agak keras sikit . Kukus dalam loyang lepas tu potong. Akak kata inilah bahannya :  2 cawan tapai yang dah masak, 1 kampit tepung beras, 1 cawan gula, 5 cawan air, 1 peket Eno warna biru. Itu aja. tapai tu kalau boleh buat dengan beras biasa, tidak berbiji.


Masukkan semua bahan dalam blender kecuali Eno, dan blend, masukkan dalam bekas dan biarkan selama 5 hingga 7 jam. Masa nak mengukus baru masukkan Eno dan kacau. Panaskan acuan dalam kukus bila dah panas kukus 20 minit. Mudah aja rupanya.

Tengoklah hasilnya, menjadi, lembut dan rasanya pun tidak terlalu manis. Sesuai untuk minum petang. Tapi saya makan malam ni. Dah siap masak tadi pun saya dah habiskan sebanyak 5 biji. Puas hati dapat buat sendiri Nak tau apa jadi masa lepas blend bahan2 tu pagi tadi. Amboi cairnya. saya rasa nak buang aja dalam sinki, ingatkan tak jadi. Tapi hati nak juga tengok hasilnya bila dah masak. 


Hasilnya alhamdulillah jadi dengan baiknya. Cuma melekat sikit pada acuan sebab dikeluarkan masa masih panas. Maklumlah tak sabar2 nak letakkan dalam piring. Tengok tu banyaknya, itu pun saya buat separuh adunan saja, dapatlah dalam 25 biji. Sapa nak habiskan ni?? Oklah, rodong2 yang sudi baca sampai habis, Selamat malam yee, jumpa lagi di entry akan datang.

Wassalam.

 

Sunday, 4 December 2011

Pertama Kali Buka Laptop.

Assalamualaikum,

Kepada rodong2 dan kawan2 selamat berehat dipetang Minggu. Ari ni saya nak cerita sikit pasal aktiviti saya semalam. Terujanya, semalam saya dapat assigment untuk buka komputer atau laptop. Saya dengan dua orang kawan lagi pilih untuk buka laptop. Buka komputer dah biasa. Ini merupakan kali pertama saya buka laptop. Teruja sungguh nak tengok macam mana laptop yang nipis tu memuatkan semua perkakasaan yang diperlukan untuk dia berfungsi. 

Huhh betul2 teruja. Benda yang tak pernah saya mimpikan akan terjadi. Maklumlah dah berumur bagini mana ada sekolah atau akademi yang nak terima saya sebagai pelajar lebih2 pulak dalam bidang teknikal. Nak tengok skru yang kecil2 pun dah tak nampak. Saya adalah satu2nya orang tua yang dah lebih umur diterima untuk menyertai latihan dengan Empower, even untuk kelas masakan dan jahitan pun limit umurnya hanya 50 tahun kebawah. Dan kesemua pemohon yang berumur 51 keatas permohonannya ditolak. Semuanya disebabkan saya yang beria-ia mintak nak nak belajar dan melihatkan komitment saya maka saya diterima.. Alhamdulillah dan terima kasih Empower Lipis kerana mereallisasikan impian saya yang dah berumur lebih setengah abad ini.


Tengok ni sempat lagi saya bergambar dengan dua orang cikgu yang bertanggungjawab mengajar kami. Yang lelaki tu En Tava dan yang perempuan tu Cik Awee, pensyarah dari Riverbank Akademi, Pusat Latihan yang bertanggung jawab mengendalikan kursus Membaik Pulih Komputer yang dianjurkan oleh Empower Lipis.


Ini motherboard, sama macam motherboard yang didalam desktop cuma leper sikit. Semua peralatannya kecil2 belaka, dan padat. Tak ada banyak wire2 yang berselirat. bukan tak banyak sebenarnya, tapi hampir tak ada langsung. 


Tengok nih, kalau jumpa laptop yang macam nih jangan buang, boleh dibaiki lagi. Sebenarnya membaiki laptop lebih mudah dari membaiki desktop. Itu yang saya rasakan, sebab komponen dia kecil2 dan ringan. 



Alamak!!, terbaliklah pulak pasang keyboard ni. Hehe..seronok sangat dan konon dah pandai sangat, sampai kami tak sedar terpasang keyboard ni terbalik. Puas nak sambung wire kat dalam tu. Beginilah orang tengah belajar, sentiasa aja membuat kesilapan. Tapi belajar dari kesilapan adalah pelajaran yang paling baik.


Hard Disk yang hanya sebesar telefon blackberry dan nipis sahaja. 


Ha..koo...habis hancur laptop ni kami kerjakan. Kami keluarkan semua isinya, satu pun tak tinggal. Selepas itu kami cuci, dan tukarkan mana2 komponen yang mengakibatkan kerosakan pada laptop tersebut. Lepas tu mestilah pasang semula, dan mesti boleh berfungsi, kalau tak, tiada markah untuk assigment ini. Teruja kan. Daripada laptop yang rosak boleh berfungsi semula dengan hasil tangan kami bertiga. Alhamdulillah.


Yang lain2 pun semuanya sibuk, teruja dan takut. Macam-macam perasaan ada maklumlah bukan senang nak  kenal pasti komponen yang rosak dan tak berfungsi ni, kena dua tiga kali buka dan pasang baru betul. Perhatikan juga kesemua peserta adalah lelaki, cuma ada 3 orang perempuan sahaja seorang kakak, seorang makcik dan seorang nenek dan nenek itu adalah saya. Sebenarnya peringkat permulaan ada 29 orang peserta namun sehingga kini cuma tinggal 12 orang pelajar saja yang masih bertahan termasuklah nenek ini.


Gembira dan seronok kerana kumpulan kami adalah kumpulan favourate En. Tava dan Cik Awee. Kumpulan kami satu-satunya kumpulan yang pilih laptop untuk assigment semalam. Alhamdulillah kami dapat menyudahkan assigment ini dengan jayanya setengah jam sebelum masa tamat. Syukur.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.

Saturday, 3 December 2011

Demam Muka Buku

Assalamualaikum,

Penafian  : Ini bukan cerita merapu, tapi ini adalah kisah benar. Sila baca sampai habis.

Selamat berhari minggu buat semua rodong2 dan pengunjung lipislady. Sihat ari ni?, harap2 semuanya sihat2 dan ceria belaka. Saya? saya hari ni demam2 air. Nak tau kenapa. Oh...sebab sekarang ni musim orang demam maka saya pun tak ketinggalan di jangkiti demam. Korang nak tau eh, sejak bila pulak saya pandai menggunakan perkataan korang ni. Haa.. kalau nak tau jawapannya tulah tandanya saya sedang demam.


Demam ni sebenarnya banyak perkara demam, ada yang demam cengkering macam cucu saya dulu, nasib baik tak teruk, kalau yang teruk ambil masa 40 hari juga nak baik, lebih2 lagi kalau terkena hujan, parutnya boleh berbuah, bukan saya kata tau,orang tua dulu2 kata, tapi tak ada lagi bukti yang saya tengok.Ada juga orang demam bola, eh demam bola dah berakhir ke, saya ketinggalan keretapi ni, sebab tak ada lagi saya dengar orang bersorak dan tepuk2 meja kat kedai makan 24 depan bilik tidur saya ni.


Tapi hari ni saya bukan nak cerita pasal demam cengkering atau pun demam bola. hari ni saya nak cerita pasal demam muka buku. korang pernah terkena demam muka buku tak?. kalau tak pernah terkena baguslah. Huhh. siksa weh kalau dah terkena demam muka buku ni. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang jadinya. Tak percaya, ni saya nak ceritakan macam mana orang yang terkena demam muka buku.
Hari tu dah pukul 5.00 petang, saya dah bersiap2 nak balik, datang dua orang mamat kat kelas saya. Sorang umur dalam 50an. Sorang lagi dalam 30an. Dia tanya saya, 'ini kelas kompiter ke'. 'Yelah'  kata saya. Lepas tu saya tanya dia, 'awak nak belajar kompiter ke.'  Korang nak tau apa dia jawab. " kome nok belajo main pesbok." ah sudah, demam deme ni. Bukan mudah nak setup akaun muka buku kalau deme tak ada email lagi. Nak buat email pun kadang2 susah juga. kalau nasib baik oklah senang je. Saya suruh dia orang datang esok ajalah. Tapi dia orang minta tolong sangat2 untuk buatkan email dan sign up pesbok dia orang hari tu juga.Demam, memang demam dia orang ni. 

Kesian kat 2 orang mamat tu saya setuju aja buatkan akaun muka buku dia orang. Walaupun dia orang ni tak tau langsung tentang komputer, internet dan muka buku. Demam saya mengajar dia orang ni. Hampir 3 jam baru siap buatkan akaun diaorang. Alhamdulillah beres. Harap2 dia orang akan menggunakan nya dengan sebaik munkin, tidak menggunakannya untuk tujuan dan kegiatan tidak sihat.
Tapi nak tau apa jadi bila saya balik rumah. Demam dua orang mamat tu dah berjangkit kepada saya. Apa tidaknya. pukul 10 malam mamat yang umur 50 tu kol saya tanya macam mana nak masuk pesbok dia. Laa, tadi kan saya dah ajar. Tak ingatlah pulak. Demam tak kebah saya mengajarnya. Macam manalah nak mengajarnya melalui telefon, sedangkan apa yang saya arahkan dia langsung tak tahu dan tak faham. Macam mana ni weh, "aok datang esok ajalah. saya nak tido dah nih." itu aja yang mampu saya katakan untuk memutuskan perbualan kami.

Dan kalau korang nak tau, inilah part yang paling lucu saya rasakan tentang demam muka buku ni. Tapi kalau korang rasa tak lucu langsung selepas membaca apa yang saya ceritakan ini, saya tak salahkan korang, sebab cerita ni memang tak lucu pun. dan jangan plak korang salahkan saya sebab cerita perkara yang tak lucu. Ok ni saya nak ceritakan. Selepas saya letak telefon dan bersiap2 nak tidur, dalam pukul sebelas lebih sikit macam tu, saya pun dah lupa masa sebenar, mamat yang muda sikit tu kol saya.

Ni dialog yang terjadi antara saya dengan dia malam tu:

mamat : Akak macam mana nak masuk pesbok saya ni?
 (tak sempat-sempat bagi salam terus je tanya soklan ni.)
saya     : Masuk ajalah.
mamat  : tak boleh
saya     : aok dah log in ke?
mamat  : log in tu apa
saya     : log in tu nak masuk pesbok lah.
mamat  : masuk kat mana.
saya     : masuk kat website pesbok aoklah.
mamat  : website apa?
( Demam, demam saya dibuatnya.)
saya     : Aok sekarang ni ada kat mana. Depan kompiter ke?
mamat. : saya dalam bilik.
saya     : yerlah, depan aok tu ada kompiter ke tak.
mamat. : Tak ada.
saya     : abis tu apa yang adanya. macam mana aok nak masuk pesbok kalau aok tak ada kompiter.
mamat. : saya ada talipon.
Saya    :  Talipon apa?
mamat  : Talipon yang akak tengok petang tadilah.
saya     : Ipon tadi ke?
mamat. : Ha,ah.
( Demam saya makin bertambah parah, sebab saya sendiri pun tak tau guna dan tak pernah guna ipad.)


Terima kasih kerana membaca sampai habis.


Semuga jumpa lagi
Wassalam.

Thursday, 1 December 2011

Emas, Emas, Emas.

Assalamualaikum,

Semuga Rodong dan pengunjung blog lipislady
 success selalu. 

Emas, emas, emas, begitulah, heboh sana sini
orang memperkatakan kenaikan mendadak
harga emas dipasaran. hari ini saja kalau tak
silap pandangan saya semasa lalu dihadapan
kedai emas tadi, harganya adalah RM 208 untuk satu gm.


Memanglah emas sejenis logam yang sungguh bernilai sehinggakan
didalam Al Quran pun disebut tentang nilai emas sehinggakan
ia menjadi pakaian ahli Syurga.

"Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal,
yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,
mereka dihiaskan didalamnya dengan 
gelang-gelang tangan emas,
dan memakai pakaiaan hijau dari sutera yang nipis
dan sutera tebal yang bersulam,
mereka berehat didalamnya dengan berbaring diatas
pelamin-pelamin (yang berhias)
demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya
dan demikian itulah syurga tempat berehat
yang semolek-moleknya."

( Surah Al-Kahfi : ayat 31 ) 


 Syiling Emas Pertama Dunia.

Berkat kenaikan harga emas juga maka hebohlah sana sini
orang mempromosi saham yang berlandaskan emas.
Dan tak dinafikan ada yang betul dan boleh memberikan
keuntungan yang sungguh lumayan kepada pelabur2nya.
Dan tidak dinafikan juga ada yang sekadar ambil 
kesempatan diatas kehebohan pelaburan emas ini, mereka
pun menubuhkan syarikat pelaburan emas,
mereka mengutip dana dari pelabur2.
selang dua atau tiga bulan, mereka bungkus 
tikar dan bantal, terus hilang tanpa jejak.


Moralnya kalau tak pasti tentang syarikat yang mengendalikan
pelaburan emas, janganlah suka2 nak melabur 
walaupun anda ada duit banyak. Lebih baik beli aja
rantai dan gelang emas banyak2
simpan di bank, sampai masa harga emas naik 
bolah jual. Untung juga kan.

Semalam aja ada dua orang dari syarikat yang 
berlainan ajak saya masuk saham emas.
Tapi duit tadak, nak masuk macam mana....
tengok ajalah statement dia orang
yang beribu-ribu lemon tu....

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Sila jenguk juga : kakmah online.